Seorang sahabat bergambar dengan Piala Dunia milik Malaysia suatu hari nanti. |
Ya. Itu adalah sasaran aku secara peribadi sekiranya ditanya bila masa paling sesuai untuk Malaysia layak ke Piala Dunia. Layak secara merit dan bukannya sebagai tuan rumah. Sudah 40 tahun kita tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke Piala Dunia. Jika dikira dari Piala Dunia Brazil 2014 ke Piala Dunia 2058, ada 12 edisi kesemuanya. Dan ia akan menjangkau masa selama 44 tahun. Kemudian ditolak pula Piala Dunia 2058, maka akan ada 40 tahun untuk FAM membuat persediaan. Tetapi pernahkah anda mendengar sasaran dari pihak FAM bila untuk mereka layak ke Piala Dunia? Adakah mereka lebih bersenang hati dengan setiap 4 tahun hanya untuk terkandas di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia?
Sudah letih sebenarnya becakap tentang kebebalan FAM ini. Ibarat mencurah yougurt di daun keladi. Melekat sekejap, tetapi selepas itu dimakan semut. Memang tiada faedah kita melontarkan pelbagai idea untuk memajukan bolasepak ketika ini kerana selagi tidak berubah pucuk pimpinan FAM, maka setakat itu sahajalah bolasepak kita. Pada 2058 nanti, saya membayangkan Presiden FAM ketika itu adalah Safee Sali yang telah pun berumur 74 tahun (sama umur dengan aku) dan berada pada penggal terakhir sebagai presiden. Itu hanya sebagai bayangan sahaja kerana bagi saya amat penting memiliki presiden yang mempunyai naluri jiwa cintakan bolasepak selain pengalaman luas dalam bidang ini. Bukannya seorang yang hanya tahu duduk beralaskan sofa empuk dan ditemani penghawa dingin berjenama di pejabat.
Seperti yang kita tahu lewat ini begitu banyak konflik yang melibatkan FAM dan bolasepak Malaysia. Dari isu pemecatan Tan Sri Anuar Musa hinggalah yang terbaru isu kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun. Persatuan ini masih bermain drama dan kelihatan ketandusan cita-cita. Setiap kegagalan akan diletakkan di atas bahu pemain dan jurulatih. Tahun ini misi kita adalah mempertahankan Piala AFF Suzuki yang sewajibnya kita menang. Entah sampai bilalah kita nak menjadi jagoan asia tenggara yang tak seberapa ini. Itupun masih lagi bergelut untuk menewaskan pasukan seperti Myanmar dan Filipina. FAM yang tidak diubah pentadbirannya ini akan sentiasa mengecewakan hati seluruh peminat bolasepak Malaysia sehinggalah kiamat menjelma.
Saya yakin dengan bakat pemain yang ada sekarang ini. Cuma ia memerlukan satu badan yang bijak untuk mengeksploitasikan bakat-bakat yang sedia ada. Di dalam skuad Ong Kim Swee begitu ramai pemain yang berkualiti. Begitu juga dengan anak muda di sekolah Bukit Jalil serta pemain muda dari seluruh Malaysia. Sekiranya Nazmi Faiz berjaya mengembangkan kariernya di Portugal, maka tidak mustahil untuk kita melihat kebanjiran pemain Malaysia keluar bermain di Liga utama eropah seperti mana yang sedang dilakukan Jepun dan Korea. Dengan paksi yang dibina dari pemain ini maka sudah tentu kita akan menjadi pencabar di peringkat Asia dalam tempoh 20 tahun lagi.
Saya rasa cukuplah 4 perenggan ini ek...hehehe..tulis panjang-panjang nanti kena tangkap pulok...Percayalah!! Menjelang 2058 kita akan layak ke Piala Dunia itupun dengan harapan Presidan FAM dan konco-konconya mengundurkan diri dengan cara terhormat mulai dari sekarang. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk meletakkan jawatan selepas meraih kejayaan Juara Piala Suzuki 2010 serta menjuarai 'Back-toBack' Pingat Emas Sukan Sea. Ini kerana sudah 40 tahun lamanya bolasepak Malaysia berada dalam kegelapan samada di peringkat Asia apatah lagi dunia. Sememangnya kita sudah cukup sengsara dengan tempoh ini. Selamanya gelap....
Bolasepak Malaysia |
* Gambar pinjam dari seorang sahabat - Ujang -
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...