1. Malaysia mesti kalah kepada Indonesia dalam perlawanan ini. Dengan itu barulah Soltan Bola tidak boleh terus-terusan angkuh dengan kejayaan di Sukan Sea yang tak seberapa ni.
2. Derbi Malaysia-Indonesia kini boleh diletakkan sebagai pertembungan bola sepak paling sengit di ASEAN. Tidak pernah ada perlawanan bolasepak di ASEAN sebelum ini yang penuh kontroversi dan provokasi seperti Malaysia bertemu Indonesia. Namun pada Edisi 2011 Malaysia berjaya 'membungkam telur' Indonesia pada perlawanan akhir dan seterusnya menjulang pingat emas.
3. Perlawanan bermula cantik dan cermat tanpa kehadiran K. Reuben di atas padang. Pada awalnya pemain Indonesia bernama Bayu kelihatan seperti lubok. Tetapi selepas 25 minit permainan berlangsung, rupa-rupanya si Nasir yang lubok.
4. Tepat pada minit ke-30 Indonesia berjaya menjaringkan gol pertama hasil gerakan satu dua antara Fandi Eko Utomo dan Bayu Gatra Sanggiawan. Terbukti Bayu bukan lubok.
5. Selepas itu Malaysia cuba bermain secara gila menyerang. Tapi ia tidak berhasil. Macam mana nak kawal permainan kalau taktik sepak bola dari pertahanan terus mencari penyerang sentiasa diamalkan? Taktik ini sangat terkenal. Ia dinamanakan sebagai "Bek dapat bola, mesti clear ikut mana arah telor."
6. Separuh masa pertama tamat. Indonesia 1- Malaysia 0. Baik Hazwan Bakri mahupun Thamil Arasu, sekor pon tak dapat tembak tepat dalam gawang. Segala saka mak nenek dah dibawa masuk. Agaknya Indonesia menggunakan bomoh lagi kuat barangkali.
7. Separuh masa kedua pula bermula. Pemain tengah Malaysia tidak berubah perangai. Mereka sudah kawal elok, hantar bola sesama sendiri dekat tengah. Selepas tu bagi jugak ke pertahanan. Macam biasalah bila dah sampai ke kaki pertahanan, depa hantar bola terus ke ataslah untuk mencari penyerang power Thamil Arasu.
8. Haznizam Huzir ni bukan main lagi dia ulas game Malaysia. Dia tak ingat ke dulu pasukan dia kena belasah dengan Indonesia 6-0 masa Sukan Sea Brunei 1999?
9. Lagi satu cilake punya taktik yang aku dapat kesan. Pemain A membuat lontaran ke dalam ke arah Pemain B. Pemain B menolak semula ke pemain A. Pemain A terlelap. Bola keluar semula.
10. Pada minit ke-84 Izzaq Faris masuk. Beliau adalah Giroud Malaysia. Apabila kita terpaksa meletakkan harapan pada orang macam Izzaq Faris ni, ia sudah cukup menggambarkan bagaimana mutu bola sepak negara kita. Malaysia kini bermain dengan 4 orang penyerang - Hazwan Bakri, Thamil Arasu, Rozaimi dan Izzaq Faris (Torres, Neymar, Giroud). Power!!
11. Tepat pada minit ke-85, seperti biasa juga tuah masih memihak kepada Malaysia. Daripada sepakan penjuru Nazmi Faiz, bola secara tiba-tiba jatuh ke kaki pemain paling power. Siapa lagi kalau bukan Thamil Arasu. Gol!!!! Satu rembatan padu daripada Torres Malaysia. Kedudukan menjadi 1-1.
12. Tamat 90 minit permainan. Maknanya aku terpaksa ulas lebih daripada 11 point. Baik aku solat Magrib dulu.
13. Masa tambahan aku diseksakan dengan corak permainan bola sepak gaya bangang daripada Harimau Muda. Aku pun tak tahu macam mana boleh tahan dengan semua ini.
14. Andik yang kononnya Messi Indonesia masuk pada minit ke-77. Pada minit ke-101 dia dikeluarkan kerana cedera. Messi celah mana tu?
15. 120 minit tamat. Kedua-dua pasukan bermain tanpa arah tuju dan tiada pedoman. Macam ginilah dia tahap bola sepak Asia Tenggara. Penalti menjadi penentu.
16. Malaysia kalah penanti. Thamil, Shahrul Saad tidak masuk. Nazmi, Fadli Shas, Rozaimi masuk. Malaysia kalah 4-3. Punca kalah ialah Thamil Arasu. Sebagai penyerang dia terlepas berpuluh peluang depan gol. Penalti sepak pun tak masuk. Aku cadangkan dia bersara ajelah.
17. Kesimpulannya, main macam gampang mestilah kalah. Takkan benda mudah macam gini pun aku nak kena bagitau. Lepas ni bolehlah kita kembali ke tugas rutin kita, iaitu mencerca FAM dan JDT secara konsisten dan tidak berbelah bahagi.