There was an error in this gadget

Saturday, December 21, 2013

Sukan Sea 2013: Malaysia 1 - Singapura 2



1. Malaysia turun dengan penuh semangat untuk memburu pingat gangsa bagi menebus kebebalan gagal mempertahankan pingat emas. Pada separuh akhir Malaysia tewas kepada Indonesia. Aku menggeleng kepala 8 kali semasa aku dengar rintihan seorang rakan selepas tahu Malaysia kalah. Tapi bagi siapa yang arif bagaimana bola sepak Malaysia sentiasa memainkan perasaan kita semua pasti tahu itu boleh dikira sebagai tidak luar biasa langsung. 

2. Aku seperti biasa dengan handal dan tabah menyeksa diri menonton perlawanan ini. Nama K. Rueben, Thamila Arasu dan kapitan Irfan Fazail tepampang jelas dalam kesebelasan utama. Sekali imbas aku dah tahu nasib pasukan Malaysia dalam perlawanan ini.

3. Seperti biasa Malaysia bermain seperti tidak cukup latihan sepanjang 30 minit permainan. Buktinya mereka bolos mudah pada minit ke-13 dan 14 hasil jairngan pantas Hariss Harun. Ini ke pasukan yang perabis duit berlatih dekat Slovakia, Jepun dan negara arab tu?

4. Tamat 45 minit separuh masa pertama. Petang ini, Malaysia bermain tidak cerdik secara rutin dari minit pertama sehingga tamat. Aku adalah penyokong tradisional yang akan memaki hamun bila Malaysia kalah. Kalau menang pula agak sukar untuk aku puji. Dah main serupa takde otak, puji buat mende?

5. Ingatan aku terimbas pada kata-kata seorang sahabat setahun yang lalu. "Sebenarnya team yang OKS bawak ni boleh pergi jauh. Sebab ada Nazmi, Thamil, dan ramai bakat muda terbaik." Aku tersenyum nipis masa tu. Dia tak perasan ke Malaysia berbakat dalam melahirkan pemain yang acuannya sama? Mari sini aku ingatkan semua. Zubir Azmi - Rosdi Talib, Nazmi Faiz - Shukor Adan, Thamil Arasu - V. Saravanan, Izzaq Faris - Khalid Jamlus. Jadi apa yang kita harapkan jika kualiti pemain yang seperti ini sentiasa kita lahirkan?

6. Separuh masa kedua bermula dengan Malaysia acah-acah bermain secara agresif. Kalau diperhati secara halus, taktik menendang ikut arah telor masih tegar diamalkan. Aku bangun dan terajang televisyen serta-merta.

7. Singapura bermain santai dengan bertukar-tukar hantaran sesama mereka. Manakala Harimau Muda lebih selesa menjadi pemerhati. Sikap mudah berpuas hati ini yang Tun Dr Mahathir tak berapa berkenan sebenarnya.

8. Tetapi secara tiba-tiba bagai dirasuk semangat hutan, Thamil Arasu berjaya memecah kebuntuan (ayat Berita Harian) dengan satu jaringan cantik dan tenang menewaskan Izwan Mahbud. Malaysia 1 - Singapura 2. "Game on" kata Zainal Abidin Rawop. Aku sekali lagi bangun dan terajang televisyen bertubi-tubi.

9. Selepas itu Harimau Muda terus-terusan menyerang. Menendang bola ikut arah telur, sepak bola dari pertahanan terus mencari penyerang, tahan bola guna hidung dan segala jurus digabungkan serentak dengan harapan untuk mencari gol kedua. Tetapi gagal.

10. Tamat perlawanan. Malaysia tewas kepada Singapura seperti yang diharapkan. Sama-sama la kita doakan semoga ada antara pemain Harimau Muda ni muhasabah diri dan bersara awal. Takkan nak tunggu dah kematu macam SYM dan SR Copot baru nak menyesal?

11. Terimalah sebuah gurindam bertajuk Oh Pasukan Bola Malaysia.

Aku tak pernah kutuk ko 
bila kalahhh.. 

Aku cuma kutuk ko.. 
bila main.. 
macam.. 
bangang.. 
Dan ko... 
konsisten.. 
bangang.. 

Hari hari.. 
kau main.. 
bola.. 
Namun di desa ini.. 
aku masih menunggu.. 
bola sebenar.. 
darimu. 

Oh Pasukan Bola Malaysia 

Antara kau.. 
dan bola.. 
aku pilih.. 
bola.. 
Kecuali.. 
selepas.. 
bola habis.. 

Kau.. 
aku timbang.. 
seperti bola.. 
Takkan aku biarkan.. 
kau jatuh ke bumi.. 
meski aku letih gila.. 

Aku.. 
masih.. 
tidak punya.. 
bola.. 
Untuk membuat hantaran.. 
Dan abahmu Dunga.. 
Maafkan aku. 

Kau ku lencongkan 
ke dalam 
gol.. 
Untuk kemenangan kita bersama 

Seperti bola Tango.. 
kau menyakiti.. 
aku.. 
Tidak makmur.. 
celah kelangkangku.. 
bila teringatkan.. 
kau.

Oh Pasukan Bola Malaysia 

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...