There was an error in this gadget

Tuesday, December 17, 2013

Piala Dunia 2014: Brazil


Pengenalan 


Brazil, negara yang berkapasiti 198.7 juta penduduk ini memulakan Pra-Piala Dunia dengan cerita kematian pekerja binaan dan juga separuh daripada 12 stadium yang akan digunakan pada kempen Piala Dunia kelak masih jauh daripada jadual asal. Pelbagai protes dilakukan di seluruh Brazil. Tidak kira tua ataupun muda. Semuanya turun ke jalanraya melakukan apa yang dinamakan sebagai Kebebasan Hak Bersuara. 

Namun Presiden Dilma Rousseff  masih tenang. Dalam satu ceramahnya beliau berkata "Brazil masih yakin mampu menganjurkan kejohanan ini dan tidak akan berganjak darinya. Pendirian ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat selaras dengan gagasan 1Brazil iaitu rakyat didahulukan, bola diutamakan". 

Tambahnya lagi, "Kerajaan Brazil tidak perlu menunggu pilihanraya kecil untuk melaksanakan dasar-dasar proaktif, kami tidak perlu bina stadium, buat jambatan atau turap jalanraya 3 ke 4 kali untuk memenangi hati rakyat". 

Keyakinan yang seperti ini membuktikan negara juara Piala Dunia pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002 sedang berada pada landasan tepat untuk mencari kejuaraan ke-6 mereka. 


Jurulatih: Luiz Felipe Scolari. 

Kami bermain bola sepak dengan penuh seni. Hangpa apa tau?

Beliau adalah penjana utama ketika kejayaan Brazil menjulang Piala Dunia 2002. Dikenali dengan gelaran 'Big Phil' dan figura yang pernah melatih Chesea sebanyak 36 perlawanan ini sangat kaya dengan pengalaman di peringkat antarabangsa. 

Pada umur 65 tahun dengan diiringi kejayaan menjulang Piala Dunia di tanah air sendiri sudah pasti akan membawa beliau kepada gelaran 'Datuk'. 


Ketua Pasukan: Thiago Silva. 



Cafu adalah pemain pertahanan terakhir yang mengetuai pasukan Brazil menjulang Piala Dunia pada 2002. Resepi yang sama kini cuba diulangi oleh Scolari. Walaupun ia tidak selazat makanan kebangsaan Brazil iaitu stew daging khinzir yang dimasak bersama kacang merah. Tetapi pemain pertahanan PSG ini kelihatan mampu menggalas tugas yang penuh mencabar ini. 

Kini pada usia 29 tahun, pemain pertahanan kental yang menjulang kejuaraan liga bersama Milan dan Paris St Germain nampak bersedia memburu penampilan ke-50 nya dengan Brazil menjelang perlawanan pembukaan kelak menentang Croatia. 


Pemain Bintang: Dani Alves. 


Beliau akan berumur 31 tahun apabila Piala Dunia bermula kelak. Bintang Barcelona ini akan mempersembahkan aksi sebenar selaku "full back" yang mana beliau sendiri mengakui banyak belajar daripada menonton kelibat K.Reuben bersama Harimau Malaya melalui laman YouTube. 


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Neymar. 



Barcelona menghabiskan wang dari kantung mereka hampir £50 juta ketika membeli pemain ini daripada kelab Santos. Pencapaian peribadi beliau yang terbaik adalah ketika menjadi Pemain Terbaik Amerika Selatan pada tahun 2011 dan 2012 dengan perbezaan mata yang jauh meninggalkan pencabarnya yang lain. 

Belia yang hanya akan berusia 22 tahun pada bulan Mac nanti sudahpun memiliki 46 penampilan dan 27 gol untuk pasukan Brazil. Power. 

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...