There was an error in this gadget

Monday, December 23, 2013

Piala Dunia 2014: Croatia



Pengenalan

Pada tahun 1998, pasukan Croatia telah melakukan kejutan paling besar dalam sejarah bola sepak dunia apabila berjaya menduduki tempat ke-3 selepas menewaskan Belanda dengan jaringan 2-1. Pasukan yang hanya menyertai UEFA pada tahun 1992 ini turut menewaskan kuasa besar bola sepak dunia, Jerman pada peringkat suku akhir. 

Pencapaian penuh sejarah ini juga mengangkat nama Davor Suker sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol. Siapa yang tidak kenal beliau, sila terjun Sungai Kinabatangan sekarang jugak! Figura ini juga telah dilantik menjadi Presiden Bola Sepak Croatia pada tahun 2012. Sesuatu yang agak mustahil akan berlaku di Malaysia yang mana untuk kita melihat bekas pemain memegang jawatan setinggi ini. 

Selain Davor Suker, nama seperti Slaven Bilić, Zvonimir Boban, Igor Tudor dan Robert Jarni selepas itu sentiasa meniti di bibir peminat bola sepak seluruh dunia. Mereka adalah Generasi Emas 1998 untuk bola sepak Croatia. 

Malangnya selepas kejayaan tahun 1998 tersebut, pasukan Croatia lebih gemar bersandarkan pada kenangan silam. Cerita tahun 1998 telah diulang beberapa kali sehinggakan generasi pemain selepas itu gagal memberikan kejayaan yang setaraf dengan Generasi Emas 1998. Ini terbukti apabila pasukan Croatia tidak layak pada edisi 2010 dan pada tahun ini bergelut untuk layak selepas hanya berjaya menumpaskan Iceland dalam perlawanan play-off. 

Jurulatih: Niko Kovac.



Niko Kovac sepatutnya berada dalam skuad Piala Dunia 1998 Croatia. Malangnya dia terlepas untuk ke Perancis kerana masih belum sembuh daripada kecederaan yang dialaminya ketika itu. 

Pada awal Januari 2013, dia dilantik menjadi jurulatih pasukan Croatia bawah 21 tahun. Beliau hanya dipertanggungjawabkan membimbing pasukan Croatia pada Oktober 2013 bagi menghadapi perlawanan menentang Iceland.

"Saya tahu ia satu amanah yang besar dari seluruh umat Croatia," begitulah reaksinya ketika ditanya apakah perasaanya apabila memegang jawatan ini pada hari pertama.

Ketua Pasukan: Darijo Srna. 


Beliau diangkat sebagai Lagenda di Ukraine selepas 10 tahun menghambakan diri disana. Bermain untuk Shakhtar Donetsk lebih daripada 400 perlawanan dan beliau turut memegang 110 penampilan antarabangsa untuk Croatia.

Bermain untuk posisi bek kanan dan merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan percuma pasukan Croatia.

Pemain Bintang: Luka Modric. 


Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan tentang pemain ini dari segi corak permainannya. Kini namanya disebut-sebut sebagai calon utama pembelian David Moyes.

Secara dasarnya Luka Modric adalah wajah keseluruhan pasukan Croatia. Mungkin tekanan yang amat tinggi diletakkan di bahu pemain ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi persembahannya di atas padang kelak.

Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Mateo Kovacic.


Pemain tengah yang kreatif ini hanya berumur 16 tahun ketika membuat penampilan pertama untuk pasukan Dinamo Zagreb daripada Russia. Kehebatannya menarik minat banyak kelab utama di Eropah. Tetapi akhirnya dia telah berpindah ke Inter Milan dengan harga £14 Juta.

Dunia sedang menanti penuh teruja untuk melihat aksi pemain muda yang penuh bakat ini. 

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...