Tersingkirnya Malaysia dalam
pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menjadikan kita terpaksa menunggu 4 tahun
lagi untuk memasang cita-cita menyaksikan Harimau Malaya beraksi di pentas
dunia. Tetapi Rajagopal ada pendapatnya sendiri.
“Kita tidak tewas, kita seri sahaja, saya bangga dengan pemain saya,
mereka main dengan sangat aggresif...”
Pada 4 June 2012, pasukan Harimau
Malaya telah seri 0-0 dengan Filipina di Shah Alam, juga yang kedua menentang
pasukan sama tahun ini. Buat pengetahuan semua, pasukan Filipina ini dahulunya adalah lauk makan malam
buat pasukan Malaysia.
“Saya berbangga dengan pemain saya. Mereka dapat mencipta 15 peluang
walaupun tiada jaringan berjaya dilakukan. Ini adalah kelemahan yang sudah saya
kenalpasti..”
Berikut pula adalah komen
Rajagopal selepas kalah kepada Vietnam pada 11 September 2012 di Shah Alam. Ini
merupakan perlawanan pertama menentang Vietnam dalam rangka persiapan Piala
Suzuki 2012.
"Ini merupakan suatu kesedaran yang bagus untuk pemain-pemain
kita. Saya tidak berapa risau kerana saya tahu bila pemain kita akan bersedia..."
Datuk K Rajagobal ketika ditanya
adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak
jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, yang akan bermula dari 24 November
hingga 22 Disember ini dengan selambanya telah menjawab.
“Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetapkan
oleh majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala
Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan...”
Dalam temubual yang sama juga,
Rajagopal dengan angkuhya bersuara menyatakan pendirian tegasnya.
“Jurulatih mana yang berjaya seperti saya? Mereka boleh bandingkan
dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa
Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas
pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF
2010 buat kali pertama sejak 1996?”
Pada 4 October 2012, ranking yang
dikeluarkan FIFA menunjukkan Malaysia jatuh enam tangga di kedudukan 162 (163
ketika entri ini ditulis) dunia berkongsi tempat dengan Singapura.
"Ranking hanyalah kedudukan yang membabitkan angka..."
Ketika semakin hampir Piala
Suzuki 2012. Rajagopal masih tenang bagaikan ikan lumba-lumba yang
berenang-renag di Laut China Selatan.
“Saya akan terus bereksperimen demi mendapatkan kesebelasan yang
terbaik apabila tiba kejohanan sebenar...”
Selepas tewas 2 perlawanan
berturut-turut kepada Thailand dan Vietnam, serta hanya mampu seri dengan Hong
Kong, Rajagopal yang berulang kali beralasan seperti kelihatan semakin
terdesak.
“Bertemu Bangladesh, tiada lagi alasan kerana ia aksi persahabatan
terakhir. Kita benar-benar kena bangkit dan perlu betul-betul bersedia untuk
menghadapi saingan sebenar Piala Suzuki AFF...”
Sudahlah pahit, kelat pulak tu...inilah ibaratnya apabila Harimau Malaya hanya mampu seri sahaja dengan pasukan Rangking 171 dunia iaitu Bangladesh yang mana negaranya lebih hebat dalam sokan Kabbadi. Apa pula komen Rajagopal dengan keadaaan ini ketika hanya 4 hari sahaja lagi sebelum kejohanan bermula.
“Saya tidak boleh janjikan kejuaraan. Tiada apa yang pasti dalam kehidupan dan dalam bola sepak anda tidak boleh beri jaminan. Saya tidak pernah berjanji sebelum ini dan tidak akan melakukannya.”
Malaysia tewas perlawanan pertama Piala Suzuki 2012 kepada Singapura 3-0. Ini reaksi Rajagopal...
"Saya jangka kita tewas 1-0 ataupun seri menentang Singapura. Saya langsung tidak menjangkakan kita kalah dengan jaringan 3-0."

hope harimau malaya tak putus asa
ReplyDeleteAssalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 19.
ReplyDeleteNanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link
nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)
Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .
From: Fariz Reza [Dot] Com