Thursday, April 26, 2012

Lilitan Lengan


Kapten pasukan untuk sebuah pasukan bola sepak, kadang kala dikenali sebagai skipper ialah ahli pasukan yang dipilih untuk menjadi ketua dalam padang. Ia juga merujuk kepada seseorang yang berkebolehan atau berpengalaman daripada ahli-ahli pasukan yang lain, atau seorang pemain yang boleh mempengaruhi permainan. Dalam bola sepak, kapten sering mengambil tugas yang boleh dikenali sebagai pengurus dalam peringkat lebih tinggi. Secara umum kapten membekalkan 'rallying point' untuk pasukan. Sekiranya pasukan dalam keadaan moral yang rendah, kapten yang akan berfungsi untuk menaikkan semangat pasukan.Turut sama, kapten mungkin menyertai pengurus dalam menentukan kesebelasan utama untuk sesetengah perlawanan. 

Dalam sejarah bolasepak moden, terdapat beberapa orang kapten terhebat dan terbilang. Antaranya sebagai contoh ialah Franz Beckenbauer, Lothar Matthaus, Roy Keane, Paolo Maldini, Franco Baresi, Didier Deschamps dan Steven Gerrard. Mereka semua ini kalau dilihat telah mengetuai kelab atau negara mereka beroleh pelbagai kejayaan. Selain itu, kehadiran mereka ini di atas padang memang amat diperlukan serta memberi pengaruh yang kuat kepada aksi rakan sepasukan yang lain. Bagaikan irama dan lagu, begitulah juga dengan kapten dan anak buahnya. Saling memerlukan dan menghiburkan penonton yang pergi ke stadium.

DD mengetuai FRANCE menjulang WORLD CUP 1998 dan EURO 2000

Dengan selamba menampar pipi comel RDM demi mempertahankan pasukannya

Namun begitu, kelantangan seseorang kapten ada batasnya. Sebagai contoh Roy Keane. Beliau telah meninggalkan Manchester United selepas mengkritik 7 rakan sepasukan mereka di dalam stesyen MUTV.Antara komen beliau telah ditujukan kepada pembelian rekod Sir Alex iaitu Rio Ferdinand. Katanya.."Jange sebab mu dibayar pitih 120 ribu rial seminggu dan bermain cemerlang selama 20 minit menentang Spurs,mu dah bule belagok koya superstar?" Atas sebab kelancangan inilah beliau ditendang dari Manchester United.

JT gagal mengawal tekanan sehingga hampir-hampir menyebabkan Chelsea tersingkir pada separuh akhir ECL 2012 menentang Barcelona 

Dalam salasilah bolasepak moden juga melahirkan beberapa ekor kapten yang teruk perangainya sama ada di dalam padang ataupun di luar padang. John Terry misalnya telah meniduri bekas isteri Wayne Bridge ketika mereka masih lagi menjadi rakan sepasukan di Chelsea. Terbaru sekali ialah kenyataan berbaur perkauman yang ditujukan kepada Anton Ferdinand sehingga menyebabkan JT dilucutkan dari jawatan menjadi kapten pasukan England.Walaupun di dalam padang beliau sangat cemerlang. Tetapi tingkah laku beliau di luar padang menjatuhkan kredibilitinya sebagai ketua pasukan.

Mamaaaaaaaa......
Tidak dapat kita lupakan seorang lagi kapten yang teruk ialah William Galas. Aksi ibarat anak kecil yang tak dapat makan aiskrim ketika pertemuan menentang Birmingham City pada 2008 meloyakan tekak setiap peminat bolasepak. Sebulan selepas itu, beliau dengan lancangnya mengkritik Theo Walcott. Katanya..."Theo perlu lebih banyak berlatih dan memahirkan penggunaan kari kiri. Lebihkan fokus dan jangan terlalu lama menyimpan bola". Walaupun beliau seorang kapten, kedua-dua peristiwa di atas menyebabkan Arsene Wenger melucutkan lilitan kaptennya dan kemudiannya diganti oleh anak muda yang hebat, Fabregas. 

Kesimpulannya...sedangkan anda seorang kapten pun dilarang untuk membuat kenyataan sesuka hati yang bole menjatuhkan air muka rakan sepasukan yang lain, inikan pula sekiranya anda hanya seorang pembancuh air di dalam pasukan. Amatlah tidak 'APPROPRIATE' sekiranya si pembancuh air itu mengkritik kapten beliau dan dia boleh disingkirkan dari kerja-kerja membancuh air. Tetapi jika kapten itu sehebat Raul Gonzalez, memang tidak layaklah kita hendak mengutuk beliau. Bagaimana pula jika kita mempunyai kapten seperti Gallas?Sendiri mau hengatlaaaaaa....



No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...