Liga Super Week 13
April 13, 2012 (Jumaat)
Kedah v Sarawak 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar.
Selepas Anak Sarawak Shaun Maloney menjaringkan gol kemenangan Wigan ke atas ManU,seluruh pejuang The Ngap Sayot nampaknyer menjadi semakin bersemangat. Ditambah pula dengan khabar minggu lepas dari Stadium Kuching yang mana katanya beberapa orang Polis teruk dibelasah oleh sekumpulan penyokong Bujang Senang. Ini membuktikan jiwa bolasepak di Sarawak kembali mekar sekaligus membuatkan John Hunter tergelak besar bersama Affandi Julaihi petang semalam ketika minum kopi O dan makan karipap di warung Ramos Sari. Dijangka sekali lagi Sang Kenari akan dibaham oleh Bujang Senang. Maafkan saya Wan Jamak.
Ramalan : Tuan rumah tewas 1-2
Selangor PKNS FC v Lions XII 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya
Sekarang ini,mana-mana pasukan yang menentang Singapura akan dipanggil Malaysia B. Apa ketidaknya selepas kemasukan skuad Singa ini,mereka semakin angkuh dan terus sahaja menduduki tangga teratas Liga Super. PKNS yang juga disokong oleh Zed Zaidi ini pastinya ada elemen kejutan yang ingin dipersembahkan kepada anak buah V. Sundramoorthy. Dijangka juga sekiranya pasukan Lions XII memenangi Liga Super pada tahun ini,maka mereka semua akan dianugerahkan kerakyatan seperti mana yang berjaya diperolehi oleh 'Abang Malik' kita.
Ramalan: Tuan rumah menang tipis 1-0
Kelantan v Terengganu PBDKT T-Team 8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, KB.
Saya ingin meminjam kata-kata Zaquan Adha..."Tak dapat kakak, adik pun jadikla"..Mungkin itulah yang bermain difikiran jurulatih Kelantan, Bojan Hodak. Selepas Kelantan kelihatan terkial-kial hendak menjinakkan Sarawak di Kuching tempohari, kini mereka kembali ke gelanggang keramat mereka di Kota Bahru. T-team sekali lagi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menewaskan Kelantan seraya membawa semangat pasukan abang mereka yang tewas teruk 6-1 kepada Selangor. Namun itu hanyalah mimpi indah disiang hari. Dijangka Mat Ghaddar akan mengganas sambil menjunjung karpet Lubnan...
Ramalan: Tuan rumah menang 3-1
Kuala Lumpur v KL Felda United FC 8.45mlm, Std Hang Jebat, Melaka.
Kasihan warga KL..ada 2 team yang mereka kena sokong. Mohon mereka bergabung seperti Johor. Ini mungkin dapat menyelamatkan KLFA dari terus lemas dalam kancah bolasepak tempatan. Kedua-dua team di lembah penyingkiran. Tiada apa lagi mahu diperjuangkan selain daripada melengkapkan jadual Liga Super sahaja. Sungguh pelik apabila Kuala Lumpur bermain di Melaka. Saya berharap Melaka juga bole bergabung dengan KL dan melantik Hernan Crespo sebagai jurulatih POLO, eh BOLA...
Ramalan: Perlawanan yang membosankan 0-0
Sabah v Perak 8.15mlm, Std Likas, Kota Kinabalu.
Perak dengan semangat Yob masih tidak mampu menahan asakan Singa di Jalan Besar kali ini akan berhadapan pula dengan pasukan Sabah yang telah mengikat pasukan Rajagopal dalam satu perlawanan persahabatn 'Kelas A' la sangaaaaat...Sama seperti Sarawak,pasukan Sabah musim ini amat berbeza dan berganja. Yob pula seperti kembali ke prestasi musim lepas yang mana gempak di awal musim,tapi hanyut di penghujungnya ibarat 'Perenang Tanpa Viagra'. Cikgu Jan pastinya sudah bersedia untuk dipecat musim ini selepas kelihatan gagal membentuk skuad Perak yang mantap seperti era awal 2000 dulu.
Ramalan: Tuan rumah menang 2-0.
Terengganu v Negeri Sembilan 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Ulangan Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini antara yang dinanti minggu ini. Tanpa Hai-O, Jang kini memiliki permata hitam Owana. Terengganu pula masih diketuai oleh 'Si Hero High 5' Sharbinee Alawi. Perlawanan yang dijangka sengit ini akan mendapat tumpuan 'bookie' selepas kejayaan Selangor menang 6-1 tempohari. Bermain sebagai pelawat mungkin menyukarkan sedikit tugas anak-anak buah Azraai Khor. Namun Owana yang ditemui semalam sebelum berangkat ke Kuala Terangganu mempunyai pendapat yang berbeza..
"Omak den ado berposan..berkojolah kito sekuetnyor..", katanya berulang kali dengan nada gembira apabila ditemuramah oleh wakil penulis di Paroi semalam.
Ramalan: Sengit!!! 3-3
Johor FC v Selangor 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Bagi Selangor, bertemu Johor FC ibarat menentang pasukan Ajax Amsterdam. Tewas dengan keji ketika Piala FA tempohari pastinya mahu dielak kali ini daripada ianya berulang kembali. Semangat 6-1 yang masih wujud di hati setiap Warga Tempe ini pastinya akan menjadi tonik mujarab untuk menewaskan Johor FC. Johor FC pula kelihatan semakin lesu selepas mengetahui kelab mereka akan dibubarkan musim depan. Takan nak berusaha menjadi Juara Liga Super pula selepas kita sendiri mengetahui pasukan kita tiada musim hadapan kan? Akbar The Tipu melaporkan Batistuta akan menonton perlawanan ini dari rumahnya di Buenos Aires.
Ramalan: Pelawat menang 4-1
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...