Thursday, April 19, 2012

Football Focus: Europe Football

Werder Bremen vs Bayern Munich.

Mario Gomez pernah dilabel gay akibat kekemasan rambut yang beliau miliki.

Werder Bremen musim ini sekali lagi bergelut di pertengahan liga. Marko Marin dan rakan-rakan musim ini tidak berjaya memberi cabaran untuk berada di dalam Top 3 Bundesliga. Hanya yang boleh dibanggakan adalah statistik bekas penyerang Chelsea, Claudio Pizarro yang setakat ini menjaringkan 16 gol. Namun ia masih jauh jika hendak dibandingkan dengan ketajaman Mario Gomez yang sudah pun menjaringkan 25 gol untuk Bayern Munich. Mengikut prestasi semasa, Bayern Munich tiada masalah untuk menewaskan W.Bremen. Dengan Frank Ribery yang bermuka ganas dan Robben yang berwajah tua sebelum usia, pasukan yang lebih dikenali dengan gelaran  Hollywood FC ini pasti tiada masalah memenangi perlawanan ini meskipun beraksi sebagai pelawat. Semangat selepas menewaskan Real Madrid pasti akan diteruskan sehingga menjadikan W.Bremen sebagai mangsa seterusnya. Nampakya W.Bremen akan tewas teruk umpama kata-kata hikmah penyokong Jang "Musohnyo habis binaso...Yolllllaaaaaaaaaah".

Barcelona vs Real Madrid

EL CLASICO

Perlawanan Berdarah. Ronaldo vs Messi. Pep vs Mourinho. Terlampau banyak hutang yang perlu dilunaskan. Kalau tiada kad merah bukanlah 'El Clasico' namanya. Hanya Mourinho sahaja yang berani menggunakan taktik samseng apabila bertemu Barcelona. Beliau memiliki barisan pahlawan seperti Pepe, Ramos dan juga Marcelo yang sentiasa bersedia menyabit kaki Pemudi Lemah Lembut Barca. Seperti biasa Pep akan menggunakan senjata Jambu mereka seperti Messi, Iniesta, Xavi dan juga Fabregas. Tak lupa juga isu perkauman yang cuba dibangkitkan pemain Barca sehingga menjadikan Abang Perkasa Real Madrid naik hangen pada pertemuan yang lepas. Mohon juga supaya Pep menurunkan Pinto menggantikan Valdes kerana beliau tersangat teruja untuk bertarung dalam 'El Clasico' ini. Siapa yang akan menang? Barcelona akan menang namun akan tewas pada 24 April ini di tangan pasukan yang Hebat Abadi.

Juventus vs As Roma
Luis Enrique Bekas pemain Barca


Luis Enrique kelihatan sedikit bergelut pada awal musim Serie A. Namun akhirnya berjaya menstabilkan Roma sehingga kini berjaya berada di tangga ke-5 Serie A. Mempunyai sejumlah pemain berbakat yang diadun sebati tua dan muda seperti 'Donut Big Apple' yang akhirnya mengeluarkan hasil yang lazat..Di barisan serangan As Roma memiliki Pablo Oswaldo (26), Fabio Borini (21, bekas pemain akademi Chelse) dan Bojan Krkic (21, bekas pemain Barcelona). Mereka bertiga telah mengumpul sejumlah 26 gol. Jangan dilupa juga tenaga veteran Roma seperti Totti dan De Rossi. Kesemua mereka ini akan menyukarkan misi 'The Old Lady' untuk menjuarai Serie A. Juventus hanya mendahului Ac Milan satu mata dan kemenangan menentang Roma pastinya menjadi matlamat utama mereka. Antonio Conte yang kontraknya disambung oleh pengurusan Juventus semestinya mahu ingin menghadiahkan sesuatu yang berharga buat majikannya ini. Apakah kesudahan perlawanan hebat ini? Juventus akan memenanginya walaupun terpaksa berhempas pulas menentang 'Tentera Rome' sehingga ketitisan peluh ketiak yang terakhir.


Arsenal vs Chelsea
Awan Nano
Arsenal adalah mangsa seterusnya. Selepas 'Ayam London Spurs' dan 'Pemudi Lemah Lembut Barca'. Kini tiba masanya untuk 'Adik-adik' di Arsenal ditunjukkan cara sebenar permainan bolasepak orang dewasa. Mempunyai barisan pertahanan yang kental seperti Cole,Terry,Luiz,Cahill dan Ivanovic memberikan Chelsea kekuatan yang tiada tolok bandingnya. 4 dari nama yang disebutkan di atas berupaya menjaringkan gol ketika keadaan terdesak (kecuali Cole). Sedangkan Arsenal hanya mempunyai Vermaalen yang berupaya berbuat sedemikian rupa.Namun RDM jangan terlalu angkuh, masih ingatkah bagaimana 'Kaki Kiri Nadir Bumi' milik RVP menewaskan Petr Cech pada perlawanan pertama dulu? Gol-gol ketika itu masih menjadi mimpi ngeri buat seluruh warga Chelsea, samada yang berada di London mahupun di Lembah Kelang.Dijangkakan peralwanan ini sangat sengit seperti yang berlaku pada pertemuan lepas apabila dua seteru London ini bertemu. Sama ada Torres si 'Dubok Albino' atau Drogba si 'Dubok Liar' yang akan diturunkan oleh RDM..itu bukan masalah besar..yang pastinya Arsene Wenger akan menangis teresak-esak seperti anak kecil pada penghujung perlawanan.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...