Tuesday, September 10, 2013

Ulasan Gaya Bebas: China vs Malaysia



Malaysia First XI vs China XI

GK = Farizal Marlias
DEF = Asraruddin (Fitri Omar), Razman Roslan, Aidil Zafuan, Helmi Remeli
MF = Gurusamy (Shakir), Azamuddin Md Akil (Khyril), Kunalan
OM = Safiq Rahim
FW = NorShahrul Talaha (Fakri), Amri Yahyah.


Rajagopal meletakkan Farizal sebagai penjaga gol utama. Razman Roslan yang kembali ke pentas antarabangsa berganding bersama Aidil Zafuan. Mereka berdua diapit oleh Asraruddin disebelah kiri dan Helmi Rameli di sebelah kanan pertahanan. Bahagian tengah pula dikemudi oleh Gurusamy dan Safiq Rahim. Alex Akil dan S. Kunalan bergerak selaku sayap kiri dan kanan. Sementara Mat Yo dan Amri Yahyah mengetuai barisan serangan.

Malaysia seperti biasa memulakan perlawanan secara tradisi iaitu beraksi dengan longlai dan lemau tanpa idea-idea menarik dalam melakukan gerakan. Pemain Rajagopal secara gelabah bertahan selama 30 minit dengan sekali sekala Safiq Rahim cuba menjana serangan, namun ianya hampa apabila hantarannya lebih menuju ke laut, longkang dan langit. Tetapi kapitan mabeles ini masih kekal bangang tanpa rasa bersalah.

Pada minit ke-43, Farizal melepaskan gol mudah hasil daripada sepakan percuma Zheng Long. Dia hanya melihat sahaja bola itu menerjah jaring tanpa ada usaha untuk menyelamatkannya. Tamat separuh masa pertama, Harimau Malaya masuk ke bilik persalinan dengan ketinggalan satu gol. 

****************

Separuh masa kedua bermula. Kesebelasan pemain pasukan Harimau Malaya dikekalkan. Pasukan China bermula garang dan hasilnya mereka memperolehi gol pada minit ke-57. Tandukan Yang Xu menewaskan Farizal Marlias buat kali kedua dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-62, Rajagopal memasukkan Shakir Shaari (Gurusamy) dan Khyril Muhymeen (Alex) dengan harapan kononnya untuk mengubah rentak permainan. Namun ianya menemui jalan hampa. Corak permainan Harimau Malaya masih kekal caca marba dan lebih gemar menghantar bola ke kaki pemain lawan berbanding rakan sendiri. 

Hanya satu sahaja percubaan terpuji daripada Razman pada minit ke-76 apabila beliau naik ke atas dan menguji penjaga gol China melalui lambungan yang agak mengelirukan tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol tersebut. Selebihnya Harimau Malaya kelihatan seronok ke sana ke mari mengejar bola dari kaki pihak lawan.  

Tamat 90 minit permainan dan pasukan Harimau Malaya seperti biasa tewas buat kesekian kalinya. Mereka pulang kecewa sambil meredhai kekalahan ini dengan menganggapnya sebagai ketentuan Allah. Diharap mereka berusaha lagi di masa hadapan!!!!

1 comment:

  1. ulasan ok tpi yg bahagian safiq rahim tu cuba hentam dia sikit

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...