Dah habis seronok meraikan kemenangan terkini Harimau Muda dalam kejohanan Pestabola Merdeka? Lepas ni apa? Sukan Sea? Lepas tu? Terkandas kelayakan Sukan Olimpik? Lepas tu? Menang Piala Surat Khabar di Vietnam? Lepas tu? Begitulah kitaran bangang bola sepak Malaysia yang tiada sudahnya.
Kali terakhir kita menjuarai Pestabola Merdeka ialah pada 2007. Sensasi ketika itu antaranya tidak lain dan tidak bukan ialah Safee Sali, Mat Yo, Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan ada juga beberapa orang manusia lain yang tidak mahu saya sebut namanya. 4 orang ini saya bagi sebagai contoh sahaja. Tidak perlu kita pergi sejauh zaman Khalid Jamlus, V. Saravanan, Akmal Rizal dan Nizaruddin Yusof. Selepas hampir separuh dekad skuad 2007 ini menjuarai Pestabola Merdeka, kini dimanakah pasukan bola sepak negara kita di mata dunia?
Cukupkah hanya sekadar mahir dalam memikat artis slot Akasia apabila umur menjangkau lebih daripada 23 tahun? Puas hati sangatkah apabila boleh naik turun mahkamah menyelesaikan isu perkahwinan? Berbaloikan pemberian tanah dan rumah apabila ianya dibalas dengan kekalahan kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia? Jadi ingin saya ingatkan, janganlah kita terlalu berharap kepada skuad 2013 ini kerana suatu hari nanti saya pasti mereka akan melukakan hati kalian semua.
Ini kerana bagaikan sudah satu kewajipan buat pemain Harimau Muda apabila mereka masuk sahaja ke dalam Skuad Utama Harimau Malaya, kecerdikan bermain bola mereka akan bertukar menjadi sebangang-bangang umat. Bolehlah aku katakan bahawa karier bola sepak Safee Sali, Zaquan Adha dan tidak salah untuk menambah Safiq Rahim, sudah berakakhir dari sudut pandangan Mata Pena Hitam aku.
Terkini aku sedang perhatikan prestasi Mahali Jasuli. Dia amat cemerlang ketika bersama Harimau Muda dan Harimau Malaya. Tetapi selepas dia berbakti sepenuh masa untuk Harimau Malaya dan pasukan negeri Liga Malaysia, prestasi beliau serba tidak menentu. Ditambah pula dengan sentuhan bibir nipis Tasha Shilla. Ermmmms...entahlah. Kita tengok sahaja penamat masa depan Mahali Jasuli ini.
Mentaliti yang sejak dari zaman Soltan Bola memerintah ini perlu segera dikikis dan buang jauh-jauh dari kepala hotak pemain bola sepak Malaysia yang ingin berjaya di peringkat antarabangsa. Jangan jadikan pemain bowling negara yang putih gebu sebagai sasaran untuk kita berpuas hati dalam bidang sukan ini. Ataupun sudah cukup bagi kita untuk bersorak gembira dengan kahadiran pemain Argentina di sebuah pasukan palsu di selatan tanah air?
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...