Piala Dunia 2018: Iceland.
Cara Iceland Memperkenalkan Diri Kepada Dunia.
Piala Eropah 2016 telah menjadi titik permulaan Iceland memperkenalkan diri mereka kepada bola sepak dunia. Mereka layak ke kejohanan ini dengan penuh bergaya termasuk menewaskan Belanda di laman sendiri dan di tempat lawan.
Apabila mendapat peluang beraksi di Perancis pula, sekali lagi Iceland mempamerkan persembahan hebat. Antaranya menumpaskan pasukan gergasi England dalam usaha mereka mara sehingga peringkat suku akhir namum ditewaskan pula oleh pasukan tuan rumah, Perancis dengan skor 5-2.
Rentetan dari itu serta merta ranking FIFA pasukan Iceland naik daripada tangga 36 ke tangga 21. Lihatlah betapa pentingnya ranking FIFA dalam bola sepak. Ia ibarat cerminan pasukan bola sepak itu sendiri. Jika beraksi sedap, maka lazatlah ranking FIFA mereka. Sebaliknya jika beraksi sendu pula, maka pilulah menjunam ranking FIFA sesebuah pasukan bola sepak itu.
Inilah semangat juang yang ada pada pendekar Viking yang mana pendekar Melayu seperti kita ini tidak bola nafikan ia begitu sahaja. Jadikan perkara ini sebagai pedoman dalam mengamalkan fahaman bola sepak sejati. Kheeeen?
Program Sistematik Power Ya Amat (PSPYA)
Menurut Persatuan Bola Sepak Iceland, untuk tempoh dua tahun yang lepas terdapat terdapat 179 padang bola sepak di serata negara itu. Ini bermakna satu padang bagi setiap 128 pemain yang berdaftar di Iceland. Ia tidak termasuk dengan 166 padang mini yang dibina menggunakan rumput tiruan.
Namun begitu saudara saudari sekalian, padang sahaja tidak mencukupi bagi melahirkan pemain berbakat. Peningkatan infrastruktur ini turut diiringi satu revolusi kejurulatihan yang mantap.
Sebagai bukti, pada 2003 tiada seorang pun warga Iceland yang mempunyai lesen kejurulatihan peringkat A atau B Uefa. Tetapi kini jumlah individu yang mempunyai lesen Uefa telah mencecah 800 orang dan mungkin lebih dari itu.
Bolehlah saya simpulkan kejayaan Iceland ini diperolehi beradasarkan gerak rangka kerja yang berdisplin serta etika berpasukan yang dibina padu oleh setiap warga Iceland sama ada kerajaan, rakyat jelata dan juga Persatuan Bola Sepak Iceland itu sendiri.
Dengan populasi penduduk hanya 332,529 orang, Iceland membuktikan saiz populasi negara mereka yang kecil bukanlah penghalang untuk mencari 25 pemain yang mampu bersaing secara kompetitif dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018.
Bagaimana Mereka Layak ke Russia?
Buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan Iceland berjaya layak ke Piala Dunia. Mereka merupakan antara 14 negara Eropah yang akan bersaing di temasya bola sepak terbesar dunia itu yang akan dihoskan oleh Russia.
Kehebatan Iceland menjamin tempat ke Russia 2018 menjadi lebih menakjubkan kerana ada beberapa gergasi bola sepak Eropah lain seperti Belanda dan Itali hanya akan sekadar menjadi penonton apabila kejohanan itu bermula nanti. Kesian.
Ada yang turut mengatakan kejayaan ini merupakan kesinambungan daripada prestasi membanggakan mereka ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Pada waktu itu Iceland hanya tewas 0-2 secara agregat kepada Croatia dalam perlawanan play-off. Selangkah sahaja lagi hendak ke Piala Dunia 2014. Namun belum rezeki mereka lagi.
Bagi menempatkan diri ke Russia, laluan Iceland bagaimanapun tidak semudah yang disangka. Untuk menjuarai kumpulannya dan layak secara automatik ke Russia, pasukan pimpinan Heimir Hallgrimsson perlu mengatasi Croatia, Ukraine dan Turkey - setiap satu daripada tiga negara itu pernah melayakkan diri di suku akhir Piala Dunia sejak 20 tahun lalu.
Dengan mempamerkan semangat juang pendekar Viking, pasukan bola sepak Iceland menamatkan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan menjuarai kumpulan I. Menang tujuh perlawanan, seri dan kalah masing-masing dengan dua perlawanan. Manakala Gylfi Sigurðsson pula muncul sebagai penjaring terbanyak untuk pasukan Iceland dengan empat gol.
Di Piala Dunia 2018 nanti, Iceland diundi bersama pasukan Argentina, Nigeria dan Croatia. Apalah agaknya nasib yang sedang menunggu mereka? Baik atau buruk?
Siapa Pemain Tumpuan?
Kajian secara rambang di internet menunjukkan kesemua 25 pemain dalam skuad Iceland hari ini bermain untuk kelab asing termasuk enam di Britain dan dua di Jerman. Namun siapakah yang akan menjadi tonggak bagi pasukan ini?
Seringkali nama Gylfi Sigurðsson disebut-sebut sebagai nadi pasukan Iceland. Beliau seorang pemain yang bijak membaca permainan dan merupakan pemain penting dalam setiap perubahan gerakan pasukan Iceland daripada bertahan kepada menyerang. Namun begitu Gylfi Sigurðsson yang berpindah dari Swansea ke Everton dengan bayaran £45 juta telah mengalami kempen yang sedikit mengecewakan pada musim ini.
Selain itu nama-nama seperti Ragnar Sigurðsson (Rostov) pemain pertahanan yang kental, ketua pasukan yang berkarisma - Aron Gunnarsson (Cardiff City), penyerang berbisa si Kolbeinn Sigþórsson (Nantes) dan Arnór Ingvi Traustason (Malmo FF) antara pemain yang perlu diberi perhatian apabila Piala Dunia 2018 bermula.
Kepakaran Doktor Gigi
Heimir Hallgrimsson mengambil alih pasukan Iceland sepenuhnya pasca Piala Eropah 2016. Sebelum itu beliau adalah pengurus pasukan Iceland secara berjemaah bersama seorang lagi lagenda dalam bidang kejurulatihan sekitar 'scandinavia' iaitu Lars Lagerbäck.
Hallgrimsson bertemu dengan Lagerbäck buat kali pertama semasa Hallgrimsson mengambil lesen kejurulatihan 'A' Uefa di England. Dan sepanjang tempoh mereka menguruskan Iceland, sudah pasti banyak ilmu Lagerbäck yang sudah berjaya disedut oleh Hallgrimsson.
Kehebatan Hallgrimsson membawa Iceland layak ke Piala Dunia mendapat perhatian dunia. Sehinggakan Persatuan Bola Sepak Scotland turut berminat untuk mendapatkan sentuhan beliau. Tetapi Hallgrimsson tetap setia dengan Iceland dan mahu menyelesaikan tugasan yang beliau sendiri mulakan ini.
Persefahaman yang jitu serta semangat berpasukan yang tinggi mungkin menjadi ramuan kejayaan pasukan Iceland yang diasuh oleh Hallgrimsson ini. Dalam satu temubual, Hallgrimsson ada menegaskan mengenai kekuatan semangat bepasukan di antara pemain Iceland.
"Jika engkorang nengok pasukan kami, pemain yang berprofil tinggi seperti Gylfi Sigurðsson adalah yang paling rajin di atas padang. Jika beliau bertungkus lumus, siapa yang berani jadi pemalas dalam pasukan kami? Kami juga pernah ada pemain seperti Eiður Guðjohnsen yang menjulang kejuaraan Champions League serta bermain untuk Chelsea dan Bercelona. Namun dia hanyalah seorang pemain simpanan pada penghujung kariernya. Tetapi dia mampu memberikan sokongan penuh dari bangku simpanan. Dah tu, kenapa orang lain tidak? Hah?"
Macam mana sekarang? Bolehkah Iceland menjadi 'giant killer' dalam Piala Dunia 2018 nanti? Tunggu!
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...