UEFA Champions League 2012/13 | |||
Quarter-finals (1st
leg) April 03, 2013 (Rabu) : 3.45 AM | |||
1st leg | Paris Saint-Germain | vs |
Barcelona
|
1st leg | Bayern Munich | vs |
Juventus
|
April 04, 2013 (Khamis) 3.45 AM | |||
1st leg | Malaga | vs |
Borussia Dortmund
|
1st leg | Real Madrid | vs |
Galatasaray
|
PSG vs Barcelona
Rezeki sememangnya bergolek buat peminat bola sepak dunia apabila 2 gergasi dari Perancis dan Sepanyol ini bertembung sesama sendiri di kandang PSG, Parc des Princes yang berkapasiti 48,712. PSG akan melayani kunjungan mesra Barca tanpa kehadiran penyerang agung mereka, Zlatan Ibrahimovic yang masih menjalani penggantungan 2 perlawanannya ketika aksi pertama menentang Valencia di pusingan 16 pasukan tempohari. PSG juga akan turun tanpa kelibat Marco Verratti yang masih mengalami kecederaan. Keadaan yang sama juga turut dialami oleh Barcelona apabila Jordi Alba dijangka tidak sempat sembuh menjelang perlawanan ini. Namun berita kembalinya Eric Abidal dan Tito Vilanova ke Nou Camp adalah antara yang paling dinantikan oleh peminat kelab Catalan ini. Sama ada Barcelona akan meneruskan kecemerlangan dengan membelasah PSG nanti, semuanya akan bergantung kepada prestasi pengadil dan juga Messi.
Ramalan: PSG 2 - Barcelona 3
PSG vs Barcelona 2-2 Highlights : 4 August 2012
Bayern Munich vs Juventus
Juara 4 kali Bayern Munich dan juara 2 kali Juventus akan bertemu dalam satu pertarungan Super Heavyweigt bagi mencari pasukan yang layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Kali terakhir kedua pasukan bertemu di dalam kejohanan ini adalah pada 2009. Dec 9, 2009 (Juventus 1 - FC Bayern München 4) ; Oct 1, 2009 (FC Bayern München 0 - Juventus 0). Kedua pasukan memiliki barisan pertahanan yang mantap dan serangan yang ampuh. Juventus memiliki Vucinic, Matri dan Giovinco. Manakala Bayern mempunyai Muller, Kroos dan juga Mandzukic. Walaubagaimanapun, perlawanan ini dijangka akan ditentukan oleh sejauh mana kemampuan barisan tengah masing-masing mencorak peluang untuk meraih kemenangan mutlak. Claudio Marchisio, Arturo Vidal, Andrea Pirlo, Martinez, Schweinsteiger dan juga Gustavo antara calon-calon yang akan mewarnai arah tuju perlawanan penuh dramatik ini.
Ramalan: Bayern Munich 3 - Juventus 1.
Malaga vs Borussia Dortmund
Malaga akan berhadapan dengan Dortmund di La Rosaleda dalam salah satu perlawanan yang disifatkan sebagai paling suam-suam kuku pada peringkat suku akhir ini. Dortmund dilihat sebagai pilihan untuk menang dalam aksi ini. Manakala Malaga sudah tentu akan cuba membuktikan kehadiran mereka di peringkat ini bukanlah satu nasib semata-mata.
Jurulatih Malaga, Pallegrini akan menggunakan elemen pengalaman sebagai senjata utama untuk memenangi pertarungan ini melalui pemain seperti Demichelis, Toulalan dan Baptista. Sementara itu, Isco pula akan sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam mencorak bahagian tengah meneyerang Malaga dengan sesekali melakukan cubaan jarak jauh yang semestinya adalah kepakaran utama beliau.
Dortmund dijangka akan menghadapi masalah dengan kepantasan yang dimiliki oleh Isco dan Saviola. Namun kehadiran Hummels mengetuai barisan pertahanan mungkin tidak akan menggusarkan Jurgen Klopp. Dortmund akan kelihatan lebih berbahaya ketika menyerang dengan kepantasan yang dimiliki oleh Marco Reus dan Mario Gotze sekaligus akan mendatangkan masalah kepada Malaga. Jadi, siapakah yang akan memenangi perlawanan pertama ini?

Ramalan: Malaga 1 - Dortmund 2.
Real Madrid vs Galatasaray
Real Madrid sebenarnya melalui jalan yang sukar apabila diundi bertemu pasukan gergasi Turki ini. Namun barisan pemain bintang ataupun lebih mesra dengan panggilan Galactico milik The Special One Mourinho ini sentiasa dilihat mempunyai kelebihan berbanding Galatasaray. Gandingan ampuh Pepe dan Ramos serta kelajuan pantas bagaikan kijang milik Marcelo dan Arbeloa adalah ramuan terbaik barisan pertahanan Real Madrid. Menanti mereka adalah penyerang lagenda Drogba dan anak muda tempatan Turki, Burak Yilmaz. Pertembungan menarik dibahagian tengah antara Wesley Sneijder dan Xabi Alonso pula akan kembali mengimbau memori perlawanan akhir Piala Dunia 2010. Real Madrid perlu mengelakkan diri daripada bolos ataupun tewas dalam perlawanan pertama ini kerana menanti mereka di Türk Telekom Arena nanti ialah 'neraka' ciptaan Ultras Galatasaray.
Ramalan: Real Madrid 2 - Galatasaray 0.

No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...