Friday, April 5, 2013

UEFA Champions League 2012/13 - Quater Final - 2nd Leg



UEFA Champions League 2012/13
Quarter-finals (2nd leg)
April 10, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
2nd leg Borussia Dortmund vs
Malaga
2nd leg Galatasaray vs
Real Madrid
April 11, 2013 (Khamis) 2.45 AM
2nd leg Barcelona vs
PSG
2nd leg Juventus vs
Bayern Munich



Borussia Dortmund (0) vs Malaga (0)


Sebenarnya Dortmund berpeluang untuk  mengkuburkan terus Malaga melalui gandingan emas mereka Gotze-Reus-Lewandowski dalam pusingan pertama. Namun mereka banyak mensia-siakan peluang yang terhidang di depan gol. Dengan mengambil kira kapasiti bermain sebagai tuan rumah pada laga kedua nanti di Signal Iduna Park, Dortmund dijangka dengan mudah. Dortmund juga memegang rekod 62% kejayaan apabila beraksi di gelanggang mereka sendiri. Ini menampakkan kesukaran buat Malaga untuk mencipta cerita dongeng indah mereka dalam penampilan pertama di UEFA Champions League ini. Ia dikuatkan lagi dengan catatan statistik 43% kegagalan pasukan bimbingan Manuel Pellegrini ini menjaringkan gol apabila beraksi di tempat lawan.


Ramalan Borussia Dortmund (3) vs Malaga (0) : Borussia Dortmund layak 3-0.



Galatasaray (0) vs Real Madrid (3)


Kita boleh rumuskan bahawa Real Madrid sudahpun selangkah ke separuh akhir. Bekalan 3 gol sememangnya sudah cukup untuk mereka menghadapi Galatasaray di Turk Telekom Arena yang terkenal dengan sorakan berdarah penyokong Turki. Kesemua pemain Real Madrid kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menghadiahkan kejuaraan buat jurulatih tersayang mereka, Jose Mourinho. Pemain Galatasaray seperti Hamit Altintop dan Wesley Sneijder yang gagal menyerlah dalam aksi pertama kerana mungkin tidak selesa beraksi di Barnebeu pula harus bangkit dalam laga kedua bagi memastikan survival Galatasaray berterusan dalam kejohanan ini. Mungkin nadanya agak berat sebelah, namun Real Madrid adalah calon sebenar untuk mara ke separuh akhir.


Ramalan Galatasaray (2) vs Real Madrid (1): Real Madri layak 4-2.




Barcelona (2) vs PSG (2)


PSG bersyukur kerana tidak kalah kepada Barca dan dimalukan di gelanggang sendiri. Manakala Barca terseyum manis kerana menjaringkan 2 gol bermakna menjadi bekalan untuk dibawa ke Nou Camp. Aksi 'diving' dari Alexis Sanchez sehingga Barca dianugerahkan penalti telah menjadi kecaman Carlo Ancelotti. Kini barisan pertahanan PSG yang dibarisi Alex, Maxwell, Wiel dan Silva akan berhadapan rangkaian serangan berbahaya Barca yang diketuai oleh Lionel Messi. PSG juga dalam misi untuk untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir untuk kali kedua dalam sejarah mereka. Dan mereka berasakan musim ini adalah yang paling sesuai buat mereka. Sementara itu skuad Tito Vilanova tenang menanti kehadiran pemain PSG di Nou Camp sambil mengunyak keropok lekor.


Ramalan Barcelona (3) - PSG (0): Barcelona 5 - 2.




Juventus (0) vs Bayern Munich (2)


Juventus perlu bangkit segera. Tewas 2 - 0 kepada Bayern adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal ketika mereka masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Serie A. Mandrem dan pawang apakah yang digunakan oleh Bayern Munich? Kehadiran Juventus di suku akhir selepas 7 musim menyepi disambut dengan kekalahan yang dihadiahkan oleh Bayern Munich kepada mereka. Tetapi dengan barisan pemain yang Antonio Conte miliki, tidak mustahil misi melakar kejayaan menewaskan Bayern Munich sekaligus layak ke separuh akhir mampu mereka lakarkan. Dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, barisan pertahahan Juventus yang terdiri daripada Barzagli, Chielini dan Bonucci perlu lebih keras dalam menyekat pergerakan Toni Kroos dan Thomas Muller. Sekiranya Juventus berjaya mendapatkan gol awal, mereka mampu menewaskan Bayern Munich walaupun terpaksa beraksi dalam masa tambahan.


Ramalan Juventus (2) - Bayern Munich (0): Juventus berjaya layak selepas menaringkan 1 gol dalam masa tambahan. Keputusan akhir 3-2.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...