Aku tak pasti apakah hidayah yang turun di atas umbun-umbun kepala aku bila secara tiba-tiba nak bercerita pasal bola sepak Malaysia. Ataupun dengan lebih tepat lagi Harimau Malaya. Aku dah semakin bosan sebenarnya dengan karenah dan perangai FAM ni. Bosannya aku sampaikan tahap kalau aku jumpa orang atasan FAM ni, aku nak ludah muka depa bertalu-talu.
Kehadiran Chelsea dan Barcelona sememangnya tidak akan membawa apa-apa faedah pun. Kenapa aku begitu yakin dan takabbur sebegini rupa? Kerana FAM pun turut berperangai seperti ini setiap kali disoal tentang apa untungnya perlawanan sarkis ini kepada Harimau Malaya.
Berpuluh tahun dahulu kita sudah menentang Arsenal. Tradisi kemudiannya diteruskan sehingga kini. Kalau kau berkahwin mesti dah beranak pinak. Tapi FAM sejak dulu hingga kini kekal mangkuk hanyunnya.
Cukuplah bicara tentang kejayaan Piala Suzuki dan Sukan Sea. Jangan jadi seperti Liverpool. Muak. Sepatutnya kita sudah dapat tengok Harimau Malaya pergi lebih jauh dari sekarang ni. Pasukan tetap dalam kejohanan Piala Asia sebagai contohnya.
Skuad hasil dari sekolah bukit jalil ini pada dasarnya memang tinggi potensinya. Tapi ia hanya ketika mereka berusia 23 tahun ke bawah. Apabila mereka melepasi umur itu, segalanya berubah dengan drastik.
Yang cerdik seperti Safiq Rahim menjadi bangang serupa orang tak pernah main bola. Yang tajam di depan gol macam Safee Sali menjadi tumpul bagaikan Peter Crouch. Kenapa ini semua selalu berlaku?
Kalau kita ikut perkembangan bola Malaysia, peringkat umur di bawah 23 tahun (19, 17, 15 dan lain-lain) kita memang cemerlang. Kalau setakat Thailand tu memang selamber kita tapau buat juadah berbuka puasa.
Fenomena penyakit ini sepatutnya perlu diatasi segera sebelum ia menjadi wabak zombie yang tak dapat diubati lagi. Jika tidak ada tindakan segera dengan perangai syok sendiri FAM sekarang ini, tidak mustahil bola sepak Malaysia akan terus bergerak ibarat mayat hidup.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...