Thursday, May 23, 2013

Prebiu Final Champions League: Borussia Dortmund vs Bayern Munich



Naib Juara musim lepas Bayern Munich bertemu pasukan bukan pilihan ketika pra-kejohanan iaitu Borussia Dortmund. Sememangnya ini boleh dikategorikan sebagai perlawanan agung. Bayern Munich seperti dijangka dengan mudah menewaskan Barcelona di peringkat separuh akhir umpama mengopek kulit pisang...kemas dan cantik. Buat masa ini tiada apa yang perlu diragukan tentang taktikal yang digunakan mereka. Taktik menyerang membabi buta dan bertahan bagai hanjeng yang diamalkan oleh jurulatih Jupp Heynckes begitu berkesan sehingga berjaya menunjukkan Barcelona sama seperti pasukan Arsenal yang bermain bola tanpa hala tuju dan terkial-kial.


Melihat bagaimana cara Dortmund menjinakkan Real Madrid mencerminkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang lemah. Dortmund juga mempunyai seorang penjaga gol yang bertaraf dunia, Roman Weidenfeller. Walaupun namanya tidah segah Neuer, tetapi dia telah melakukan 39 aksi menyelamat untuk pasukannya dalam Champions League musim ini. Bolos 12 gol dan hanya mampu memiliki 3 clean sheet. Namun siapa yang boleh melupakan aksi menyelamatnya ketika bertemu Real Madrid? Sekurang-kurangnya dia berjaya mengecewakan Ronaldo dan Ozil sehingga membawa Dortmund ke perlawanan akhir. Tugasnya mungkin lebih mencabar apabila akan berhadapan sama ada Mario Gomez atau Mario Mandzukic yang sememangnya bahaya dihadapan gol.

Penjaga gol berjiwa pahlawan.

Menjelang pertemuan dengan Dortmund, Bayern akan kehilangan khidmat Badstuber. Sedikit sebanyak sudah semestinya ia akan memberi kesan yang besar kepada aksi keseluruhan barisan pertahanan Bayern. Namun pemain seperti Dante, Boateng dan Buyten terbukti bersedia untuk menggalas tugas yang ditinggalkan Badstuber itu. Bayern Munich juga tidak tewas dalam 4 perlawanan bertemu Dortmund musim ini termasuk berjaya menewaskan mereka 2-1 dalam Supercup, 1-0 dalam Pokal dan seri kedua-dua perlawanan liga. Sudah pasti pemain seperti Arjen Roben, Muller, Philipp Lahm, David Alaba, Javi Martinez dan Bastian Schweinsteiger yang merupakan nadi utama Bayern musim ini begitu berkobar-kobar untuk mempertahankan rekod ini.


Rekod Borussia Dortmund dalam kejohanan ini juga amat baik. Hanya tewas 1 perlawanan iaitu kepada Real Madrid 2-0 dalam aksi kedua separuh akhir tempohari. Rekod tanpa kalah mereka lebur selepas mempamerkan aksi negatif dengan lebih banyak bertahan dan ia membuka ruang buat pemain Real menembusi pertahanan mereka yang diketuai oleh Mats Hummels. Hummels yang memulakan kariernya di Allianz Arena akan membentuk gandingan mantap dihadapan gol Dortmund bersama-sama Neven Subotic, Lukasz Piszczek, dan Marcel Schmelzer. Serangan Dormtund pula melibatkan Lewandowski yang akan dibantu oleh Reus dan Jakub Blaszczykowski. Manakala Sven Bender dan Ilkay Gündogan akan mengisi posisi tengah bertahan.


Kesimpulannya di atas kertas Bayern kelihatan mempunyai kelebihan berbanding Dortmund. Ternyata selepas Dortmund tewas kepada Real, mereka kelihatan seperti pasukan sederhana sahaja berbanding pada peulaan kejohanan yang mana seolah-olah Dortmund adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Dengan Wembley sebagai gelanggang berkecuali, kedua pasukan akan bertarung sehingga 90 minit sahaja. Kemenangan akan diukir oleh pasukan Bayern Munich. Bayern Munich 2 - Borussia Dortmund 0.



No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...