Thursday, May 5, 2016

Piala Eropah 2016: Kumpulan E


Piala Eropah 2016: Kumpulan E

Belgium

Sejak beberapa tahun yang lalu majoriti peramal dan pengkaji bola sepak berpendapat suatu masa nanti Belgium akan menjadi penguasa bola sepak dunia yang disegani. Ya, berdasarkan ranking FIFA mereka sedang berada di landasan yang tepat. Tetapi generasi emas ini perlu membuktikan potensi mereka dan mula memenangi kejuaraan dengan Piala Eropah ini perlu menjadi permulaan mereka selepas kegagalan menepati jangkaan ramai dalam Piala Dunia 2014 yang lalu - kejohanan yang menyaksikan mereka tewas kepada Argentina pada peringkat suku akhir tanpa mencapai tahap tertinggi dalam aksi mereka.


Inilah masanya bintang muda asuhan Marc Wilmots menunjukkan kematangan mereka. Nama-nama seperti Eden Hazard, Lomelu Lukaku, Kevin De Bruyne, Dries Mertens dan Divock Origi antaranya pemain yang mampu menjulang Belgium ke puncak kegemilangan Piala Eropah 2016. Mereka pernah merasai tahkta pertama ranking FIFA dan ia sepatutnya menjadi pemangkin kepada pasukan yang bergelar The Red Devils ini.


Satu nama lain yang aku ingin perkenalkan ialah Michy Batshuayi. Dia menjaringkan dua gol dalam dua penampilannya dengan pasukan senior Belgium selepas melalui satu musim yang sedap di Marseille. Info mengatakan penyerang berusia 22 tahun ini memiliki kemapuan yang hampir sama dengan Benteke dan Lukaku. Namun kelebihan beliau ialah memiliki sepasang kaki yang pantas dan kuat untuk menjaringkan gol serta kerapkali menewaskan pertahanan lawan dengan skil dan helah yang mengelirukan. Jaga-jaga...


Itali

Itali adalah negara Eropah paling sukses dengan 4 kejuaraan Piala Dunia FIFA, 1934, 1938, 1982 dan 2006. Dengan satu koleksi kejuaraan Eropah pada tahun 1968 menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan setiap kali layak ke kejohanan besar seperti ini.

The Azzurri layak ke Piala Eropah 2016 dengan rekod tanpa kalah. Namun skuad asuhan Antonio Conte ini kelihatan biasa-biasa sahaja. Tiada nama-nama besar seumpama Fabio Cannavaro, Alessandro Del Piero, Gennaro Gattuso, Francesco Totti, Filippo Inzaghi, Gianluca Zambrotta, Andrea Pirlo mahupun Marco Materazzi dalam skuad kali ini.

Dua perlawanan menentang pasukan lemah, Malta hanya mencatatkan keputusan 1-0 dalam kedua-dua aksi. Dan jika dinilai secara imbas kekuatan pasukan Itali ini tiada apa yang istimewa darinya.

Menjadi naib juara pada tahun 2012 meskipun mereka gagal melepasi peringkat kumpulan dalam dua edisi Piala Dunia yang yang lepas. Tidak boleh tidak, Azzurri mesti mencapai satu keputusan terpuji untuk Piala Eropah 2016 ini. Berdasarkan bakat individu yang dimiliki dalam skuad kali ini, tidak mustahil Itali akan menjulang Piala Eropah yang kedua. Giorgio Chiellini, Daniele De Rossi, Thiago Motta, Marco Verratti dan Stephan El Shaarawy sudah tidak sabar untuk mengukir sejarah baru buat pasukan Itali.

Bukankah ia sangat manis sekiranya kita sebagai penonton bola sepak mendapat kejutan sedemikian rupa?


Republic of Ireland

Semasa aku menulis tentang pasukan ini, Leicester City baru sahaja beberapa jam dinobatkan sebagai Juara Liga England yang baru. Sekaligus menjadi pasukan ke-6 dalam sejarah pemodenan bola sepak Inggeris. Benda yang jarang berlaku seperti ini amat indah untuk dikenang apabila kita duduk melepak dengan rakan tua sambil melayan cerut Colombia barang sebatang dua.

Ia sama seperti kejayaan Denmark pada Piala Eropah 1992 dan juga Greece pada tahun 2004. Semasa aku sedang termenung mencari idea untuk menaip tentang Republic of Ireland, sesuatu yang diluar jangkaan kepala otak aku ligat melintas. Kenapa tidak boleh The Green Army ini menjadi juara Piala Eropah pada tahun ini? Hah?

Mereka mempunyai pemain seperti Shay Given, Seamus Coleman, Paul McShane, John O'Shea, Marc Wilson, Stephen Ward, Darron Gibson, Wes Hoolahan, James McCarthy, Glenn Whelan, Robbie Keane, Kevin Doyle, Shane Long dan Jon Walters yang semuanya dalam usia matang dan sedap untuk bermain bola sepak seperti gaya yang dimahukan oleh Martin O'Neill dan Roy Keane.

Martin O'Neill yang dikenali sebagai antara jurulatih yang bertaktikal tinggi mengakui kehadiran Roy Keane sebagai pembantunya memberi kesan yang positif kepada pasukan dan setiap pemain. Hasilnya mereka layak ke Piala Eropah 2016 selepas menewaskan Bosnia 3-1 dalam perlawanan play-off. Sebelum itu mereka hanya mampu berada di tangga ketiga dalam kumpulan yang turut memiliki Jerman dan Poland.

Namun begitu Republic of Ireland hanya bolos 7 gol meskipun Jerman dan Poland secara keseluruhannya berjaya menyumbat 57 gol. Dan apa yang lagi pawer ialah mereka berjaya menewaskan Jerman dalam perlawanan yang berlangsung di Dublin. Hasilnya mereka menyertai jiran Northern Ireland, Wales dan England bagi membawa semangat United Kingdom ke pentas Eropah.

Meskipun Scotland tidak turut serta bersama mereka, aku yakin roh William Wallace sedang tersenyum menumpang gembira. 


Sweden

Sweden ditendang keluar pada peringkat kumpulan dalam dua Piala Eropah yang lepas. Berdasarkan statistik ini juga ramai pemerhati bola sepak tidak bertauliah merasakan pasukan ini turut tidak akan mampu pergi jauh dalam edisi kali ini.

Ya betol mereka memiliki Zlatan Ibrahimovic - penyerang yang masih merbahaya nak mampos walaupun menginjak ke usia 34 tahun. Tetapi beliau secara individu juga tidak akan boleh menjanjikan bulan bintang kejayaan menjulang trofi Eropah di bumi Perancis nanti.

Pada pusingan kelayakan yang lalu mereka terkelucai apabila menentang Austria. Dan juga turut tewas kepada pasukan Russia yang biasa-biasa sahaja malahan huru-hara pasukannya. Kau bayangkan betapa bergelutnya Sweden kelak apabila dijadual berhadapan degan pasukan penuh berbakat Belgium dan pasukan lagenda seperti Itali.

Banyak nampaknya kerja rumah yang Erik Hamren serta anak buahnya perlu buat sebelum kaki melangkah masuk ke pesawat kapal terbang Scandinavian Airlines.


Perlawanan Tumpuan : Itali Melawan Ireland

Mungkin ia adalah perjalanan yang sedikit sukar buat Ireland untuk kempen Piala Eropah mereka pada kali ini. Namun dengan format baru yang sudah dikembangkan, nasib mereka masih boleh diukir pada pengakhiran yang lebih terhormat apabila dijadual bertemu Itali pada 22 Jun nanti meskipun tewas pada dua perlawanan awal sebelum itu.
 
Sejarah juga membuktikan Ireland memiliki memori indah apabila bertembung dengan Itali. Sudah tentu ada yang masih ingat perlawanan kedua pasukan ini pada Piala Eropah 2012 yang lalu apabila berkesudahan dengan keputusan Itali menang 2-0 hasil jaringan Balotelli dan Cassano. Ataupun adakah kenangan Ireland menewaskan Itali pada Piala Dunia 1994 dahulu akan menjadi panduan arah semangat Martin O'Neill and Co.? Marilah kita menunggunya dengan penuh debor di dada.

Pertembungan Force: Ibrahimovic Melawan Kompany.

Kedua pemain ini dijangka bertemu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan tanggal 22 Jun nanti. Sekiranya ini adalah aksi terakhir Zlantan bersama Sweden, sudah pasti beliau tidak akan duduk diam seperti kebanyakan penyerang pasukan Malaysia. Jadi kita menjangkakan Zlatan akan melincah ke kiri dan kanan. Melompat ke sana dan ke sini. Menaduk dan merebut bola tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan ini.

Siapa yang akan menyekatnya?

Tidak lain dan tidak bukan ialah Kapitan Belgium iaitu Vincent Kompany. Sekiranya beliau cergas, tugas mengawal Zlatan - antara pemain terbaik dalam dunia yang berbakat itu tidak akan menjadi masalah besar buat dirinya. Pertembungan dua kuasa ini akan menjadi memori manis buat seluruh pencinta bola sepak. Percayalah cakap aku ni.


Keistimewaan Kumpulan E: Kebangkitan Lukaku.

Romelu Lukaku antara kegagalan utama Belgium dalam Piala Duni 2014 yang lalu. Namun kali ini mungkin peluang untuknya bersinar agak cerah.

Dengan kekerapan peluang bermain dalam pasukan Everton, kemampuannya sedikit sebanyak semakin meningkat meskipun Everton tidak berada dalam kedudukan yang baik ketika ini. Ia juga sekaligus menjadikan Lukaku antara pemain yang paling direbutkan dalam Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya beliau berjaya menterjemahkan ketajaman menjaringkan golnya dalam aksi antarabangsa bersama Belgium - pasukan yang penuh bakat muda bola sepak. Tidak mustahil Belgium akan menjulang Kejuaraan Piala Eropah 2016 buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak mereka.

Wednesday, April 20, 2016

Piala Eropah 2016: Kumpulan D


Piala Eropah 2016: Kumpulan D.

Sepanyol.

Masih segar dalam benak kepala aku melihat pasukan handal Sepanyol dibelasah Belanda 5-1 dalam Piala Dunia 2014. Tetapi di mana pasukan Belanda dalam kempen Piala Eropah 2016 ini? Marilah kita amek sedikit masa untuk berdekah mengenangkan nasib pasukan The Oranje ini. Kahkahkah...Ok done.

Walaupun Sepanyol kehilangan aura juaranya. Namun mereka masih lagi pasukan pilihan utama di Piala Eropah ini dengan rekod sembilan kemenangan dalam sepuluh perlawanan kelayakan membuktikan segalanya.

Sepanyol boleh menjadi pasukan pertama melakukan hatrik untuk kejuaraan Piala Eropah. Dengan limpahan bakat pemain yang mereka miliki, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil. Walaubagaimanapun pasukan Sepanyol ini masih memiliki masalah dalam pemilihan pemain untuk posisi penyerang. Siapakah yang akan dibawa oleh Vicente del Bosque? Costa? Morata? Alcacer? Aduriz? Ataupun Torres? Hah?


Croatia

Croatia melalui satu kempem kelayakan yang sukses. Mereka seri kedua-dua perlawanan menentang Itali. Dengan hanya satu kekalahan, Croatia menyudahkan aksi mereka di tempat kedua belakang Itali dan kemudiannya layak secara automatik.

Secara dasarnya di atas kertas pasukan Croatia mempunyai senarai skuad yang mantap. Darijo Srna seorang ketua pasukan yang berinspirasi. Luka Modric dan Ivan Rakitic adalah perancang untuk pasukan Real Madrid dan Barcelona. Kedua mereka akan dibantu oleh Marcelo Brozović dan Ivan Perišić. Sekali imbas bahagian tengah pasukan Croatia ini kelihatan amat padu sekali.

Manakala serangan pula mereka mengharapkan gandingan Nikola Kalinic dan Mario Mandzukic menggegar setiap inci gawang pasukan lawan. Ketajaman Mario Mandzukic di dalam kotak penalti tidak perlu diceritakan lagi. Nikola Kalinic pula setakat ini sudah menjaringkan 11 gol dalam 31 perlawanan Serie A untuk pasukan Fiorentina. Sudah tentu Croatia akan menjadi pasukan yang merbahaya sekiranya tidak diberi perhatian secara serius oleh lawan mereka.


Turkey

Turki kembali ke Piala Eropah sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2008. Edisi yang memperlihatkan mereka layak sehingga ke peringkat separuh akhir dalam cara yang amat bergaya sekali. Nama-nama seperti Nihat Kahveci, Hamit Altıntop, Mehmet Aurélio, Tuncay Şanlı, Hakan Balta, Semih Şentürk dan bintang yang sedang meningkat naik ketika itu - Arda Turan pantas meniti dibibir munggil setiap peminat bola sepak dunia.

Kini Fatih Terim hadir semula melatih Turki sama seperti pada edisi 2008 yang lalu. Walaupun mereka menyudahkan kempen kelayakan di tempat yang ketiga, namun mereka tidak perlu beraksi di perlawanan playoff (menjadi pasukan terbaik di tempat ketiga).

Berdasarkan info, Liga Super Turki kali ini telah mengenakan had bagi pengambilan pemain import dan ini semestinya memberikan pool pemain tempatan yang lebih besar kepada Fatih Terim. Ia juga dilihat sebagai satu kelebihan buat pasukan Turki.

Mari kita tumpukan perhatian kepada pemain Barcelona, Arda Turan dan Bayer Leverkusen, Hakan Calhanoglu. Mungkin inilah pemain yang akan membawa Turki dengan lebih gemilang pada Piala Eropah 2016 nanti.


Republic Czech

Kejayaan layak ke perlawanan akhir Piala Eropah 1996 dan juga separuh akhir edisi 2004 seakan-akan mustahil untuk diulangi oleh generasi terkini Czech walaupun mereka layak tahun ini selaku juara kumpulan mengatasi pasukan Iceland, Turki dan semestinya Belanda.

Selain daripada Petr Cech, tiada nama-nama besar lain yang menghiasi Liga Perdana Inggeris, La Liga mahupun Serie A. Manakala Tomas Rosicky pula masih bergelut dengan kecergasan selepas kerapkali mengalami kecederaan meskipun hanya ketika berjalan-jalan di sekitar pasaraya.

Walaupun mereka kekurangan kualiti di bahagian serangan, namun kehadiran pemain tengah Borek Dockal mungkin mampu memberi sedikit dimensi kepada pasukan Republic Czech ini.


Perlawanan Tumpuan: Turki melawan Croatia

Pertembungan suku akhir antara Turki dan Croatia merupakan antara yang paling epik dalam sejarah Piala Eropah 2008. Seri 0-0 dalam masa perlawanan normal. Mati-mati Croatia merasakan mereka akan memenangi perlawanan ini apabila Ivan Klasnic menjaringkan gol pada minit ke-119.

Namun secara tiba-tiba Semih Senturk menyumbat gol penyamaan dalam masa kecederaan di masa tambahan tersebut. Perlawanan diheret ke acara sepakan penalti. Dan apa yang lebih pilu buat Croatia ialah mereka tewas dalam penentuan penalti sementara seluruh Turki bergegar meraikan kejayaan layak ke separuh akhir.

Marilah kita semua berdoa agar pelawanan peringkat kumpulan di Parc des Princes pada 12 Jun nanti akan mengiburkan kita semua seperti 8 tahun yang lalu.


Pertembungan Force:  Casillas melawan De Gea.

Ini adalah peperangan dalaman bagi skuad Sepanyol. Iker Casillas adalah ketua pasukan Sepanyol. Dia telah memenangi segalanya baik di peringkat kelab mahupun negara. Namun San Iker bukanlah satu figura yang diyakini untuk mengawal selia gawang La Roja buat masa ini.

Bagi De Gea pula mungkin inilah masa paling sesuai buat dirinya mempamerkan prestasi sebenar sebagai peganti tulen kepada Casillas. Di Eropah, beliau antara penjaga gol terbaik dunia yang berada di belakang Manuel Neuer. Beliau mempamerkan aksi cemerlang ketika perlawanan kelayakan menentang Ukraine dan ini mungkin mempengaruhi Del Bosque dalam pemilihan penjaga gol utama pasukan Sepanyol.


Keistimewaan Kumpulan D: Pengaruh Orang Dalam 

Arda Turan, Ivan Rakitic, Luka Modric dan Mateo Kovacic bermain untuk pasukan utama dalam La Liga iaitu Real Madrid dan Bercelona. Setiap minggu mereka bertarung dan bertemu dengan pemain Sepanyol yang beraksi untuk negara tersebut.

Sedikit sebanyak mereka ini sudah biasa dengan stail dan gaya permainan pasukan Sepanyol. Dan ini mungkin juga akan menghasilkan satu dua kejutan kepada juara bertahan tersebut. Ditambah pula dengan kehadiran serta kekuatan sokongan kepada pasukan Turki dan Croatia yang akan memberikan sorak sorai bertenaga yang menghidupkan lagi gentar suasana perlawanan.

Friday, April 15, 2016

JKR dah tak layan TMJ. Terpaksalah KJ sama Sathia hiburkan dia.

JKR dah tak layan TMJ. Terpaksalah KJ sama Sathia hiburkan dia.


Pertamanya aku nak ingatkan kepada geng taksub TMJ, tapayana marah-marah selepas baca tajuk ni. Secara peribadi aku merasakan apa yang TMJ buat setakat ini adalah sudah bagus. Cuma pendekatan debat ni bagi aku tak bawa apa-apa faedah andainya ia hanya menjadi gelanggang menuding kesalahan dan kemudiannya tiada input yang hendak dilaksanakan selepas selesainya debat sarkis ini.

Sekiranya tiada langkah segera selepas berakhirnya debat itu, percayalah cakap aku ni. Debat TMJ dengan beberapa individu sarkis ini takkan bawa kita ke Piala Dunia. Pernah dengar pegawai bola sepak di Bosnia berdebat sebelum mereka berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 selepas sekian lama hidup dalam peperangan? Kalau ada sila bagitahu aku. Mungkin aku terlepas pandang.

Debat ini juga takkan melahirkan pemain bertaraf dunia. Aku nak tanya, adakah Hidetoshi Nakata berjaya bermain di Serie A untuk Perugia, Parma, AS Roma, Bologna dan Fiorentina selepas Tengku Bola Jepun berlawan debat dengan Pegawai JAF? Hah?

Bukan sahaja tidak akan melahirkan pemain bertaraf dunia. Ia juga tidak akan mewujudkan liga yang pawer macam J-League. Mungkin ada yang akan berkata seperti ini.

"Memangla blum boleh jadi.. Nama pun perbincangan terbuka.. Untuk cari kesepakatan pandangan.. Kita kalau nak berjuang dalam apepun.. Pandangan perlu selaras dan masing2 jelas. Baru bole form 1 kesatuan..."

Ya. Tiada yang salah pun dengan pendapat dekat atas ni. Cumanya aku selaku individu yang dah muak dengan janji manis, sembang kemas dalam bola sepak ini merasakan tidak perlulah kita berdebat sakan untuk menentukan kemajuan bola sepak Malaysia. Apa yang lebih penting ketika ini adalah tindakan.

Ingin aku tegaskan sekali lagi. Penentuan kejayaan sukan bola sepak bukan di lapangan debat wahai adik kakak sekalian. Ia sepatutnya diterjemahkan di atas padang. Kita sudah ada sistem pembangunan pemain muda yang baik. Cuma aku masih risau hala tuju mereka ini semua apabila digraduasikan dari sekolah sukan dan akademi bola sepak mereka kelak. Takkanlah masa remaja mereka membelasah Spurs dan Seville, tiba-tiba apabila dewasa kelak kena berlaga keting dengan pasukan lemah seperti Pahang dan Perak?

Jadi, aku berharap agar mereka semua ini tapayana debat siaran langsung tunjuk siapa yang lebih pawer. Adalah lebih baik duduk semeja ramai-ramai, bincang cara terbaik untuk memajukan sukan yang makin tenat ni. Bertukar idea dan pandangan. Kemudian buat rangka pelan tindakan serta sasaran hala tuju bola sepak Malaysia. 

Paling penting sekali panggil Tengku Bola si Presiden FAM tu. Aku nengok dia rileeeeks jek Malaysia kena main dengan Macau itu hari. Satu kenyataan media pun tidak keluar dari molot Tengku Bola selepas Malaysia terkial-kial hendak seri dengan Macau yang suatu ketika dahulu kita belasah 9-0 dan 5-0. Adakah Tengku Bola sudah tidak berminat dengan bola sepak Malaysia? Jika begitu berilah sahaja jawatan tersebut kepada mereka yang berdegau-dagau bertempik mengatakan mampu menjulang bola sepak Malaysia. Itu lebih manis aku rasa.

Aku berpendapat baik TMJ ataupun FAM dan sekutunya hendaklah membuang ego mereka jauh-jauh sekiranya benar-benar cintakan bola sepak serta ikhlas berkhidmat untuk rakyat yang cintakan sukan ini. Pegawai FAM yang tidak ada nafsu bola sepak itu wajiblah berundur sahaja. Melainkan ada lubok emas yang sukar hendak ditinggalkan maka itu adalah benda yang paling susah untuk kita semua ubah. Kesimpulannya, yang selama ni makan duit cukai rakyat untuk sukan bola sepak, tapi hasil masih yillek, sila bertaubat. Yang kaya raya pula jangan angkuh sangat.

Kenapa aku tidak teruja dengan debat sarkis semacam ini?

Sebab aku ada MATA PENA SI HITAM.

Tuesday, April 12, 2016

Di Mana Mereka? Nedved & Nesta.




Di Mana Mereka? Nedved & Nesta.

Pada awal musim 2015/2016.

"Engkau takkan dapat memiliki segalanya ketika engkau masih muda wahai anak mudeeee," kata Nedved.

"Itulah sebabnya saya mengatakan kepada Pogba untuk tidak terlalu bergaya dengan pelbagai warna dan corak rambut di atas padang. Tetapi dia perlu lebih komitmen untuk Juventus apabila turun bermain," tambah legenda dari Republik Czech tersebut.

Begitulah serba sedikit pesanan Lagenda Juventus, Pavel Nedved pada awal musim ini kepada Paul Pobga agar terus berpijak di bumi yang nyata dan fokus dalam mempertingkatkan permainannya.

Siapalah kita hendak menutup mulut Nedved. Beliau semasa zaman mudanya adalah seorang pemain yang hebat. Tidak perlu diceritakan secara panjang lebar lagi. Yang terbaru beliau dilantik sebagai Duta Chinese Super League bagi mengantikan David Beckham.

Biarpun beliau tidak berupaya menakluk dunia sebagai pemain namun beliau kekal sebagai seorang panglima yang pernah gah menakluk Eropah suatu ketika dahulu.

Pada 1 September 2015, Nesta telah dilantik sebagai ketua jurulatih Miami FC, yang mana akan mula beraksi di North American Soccer League April 2016 ini.

Namun secara tiba-tiba namanya dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Itali. Ini selepas Antonio Conte bersetuju melepaskan jawatannya selepas Euro 2016 bagi skuad Azurri untuk pergi ke Stamford Bridge melatih sebuah kelab teragung lagik tidak terkalahkan di London nun sana yang damai lagi permai.

Walaubagaimanapun jurulatih Miami FC dan bekas pertahanan AC Milan - Alessandro Nesta, belum memikirkan sebarang perancangan untuk melatih pasukan kebangsaan Itali. Nesta turut mengaku hanya fokus pada kariernya sebagai jurulatih kelab Amerika Serikat tersebut.

"Sekarang saya melatih Miami, untuk melatih skuad Azurri saya harus banyak belajar," kata Nesta sambil tangan kanannya menggosok perlahan dahinya yang berkerut seribu.

"Saya akan nengok dulu apa yang terjadi, masih awal lagi untuk berkata tentang pasukan Itali," kata Nesta yang masih tidak mahu tergesa-gesa memutuskan kariernya.

Tahun ini Nedved berusia 43 tahun. Manakala Nesta pula 40 tahun. Inilah kedudukan karier mereka sekarang. Bagaimana pula dengan pemain Malaysia yang setara usia dengan mereka? Sebagai contoh Azman Adnan (44 tahun) dan Azrul Amri Burhan (40 tahun) yang pernah popular dan pawer suatu ketika dahulu. Di Mana Mereka? Azman Adnan dan Azrul Amri Burhan. Hah?
Sumber : The Complete Encyclopedia of Football.


 

Thursday, March 17, 2016

Piala Eropah 2016: Kumpulan C


Jerman 

Tidak perlu sebenarnya untuk aku bercerita panjang tentang pasukan Jerman ini. Semua sudah sedia maklum Jerman merupakan pasukan terbaik buat masa ini. Adakah mereka akan melakukan double dengan menjuarai Piala Eropah 2016 selepas dua tahun yang lalu menjulang Piala Dunia? 

Secara dasarnya sejarah yang dicipta oleh Jerman Barat (Juara Piala Eropah 1972 dan Piala Dunia 1974) mungkin akan berulang sekali lagi sekiranya pasukan bimbingan Joachim Low mengekalkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan ini berlangsung kelak.

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan pasukan ini semakin kehilangan aura. Ini kerana Philipp Lahm sudah bersara. Manakala Bastian Schweinsteiger semakin menuju ke lembah yang hina selepas berpindah ke Manchester United. Secara kebetulan juga Jerman telah dikejutkan dengan kekalahan kepada Poland dan Republic of Ireland dalam kempen kelayakan yang lepas. Ini membuktikan pasukan Jerman bukanlah terlalu kebal sebenarnya.


Namun begitu Joachim Low pastinya akan menggunakan pemain muda yang segar bugar dari serata dunia. Sebagai contoh Leroy Sané, Kevin Trapp, Marc-André ter Stegen, Ginter, Kruse, Kramer dan ramai lagi. Kemungkinan besar juga khidmat Marco Reus akan digunakan secara total pada kali ini selepas pemain ini terlepas aksi Piala Dunia yang lalu akibat kecederaan.


Masalah ketiadaan pemain nombor 9 othordox selepas persaraaan Miroslav Klose mungkin akan diisi oleh Thomas Muller yang pada ketika ini sedang bergembira dengan rekod jaringannya bersama Bayern Munich. Di atas kertas, mara ke perlawanan akhir adalah wajib bagi Die Mannschaft.


 

Andriy Yarmolenko

Ukraine 

Selain daripada menjadi tuan rumah bersama Poland empat tahun yang lalu (hanya untuk tersingkir di peringkat kumpulan), Ukraine tidak pernah layak ke kejohanan eropah sebelum daripada itu. Pada edisi kali ini mereka terpaksa menewaskan Slovenia pada masa tambahan dalam peringkat play-off untuk membolehkan mereka beraksi di Perancis.

Walaupun begitu, keupayaan pasukan ini tidak sepatutnya diambil mudah. Semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Sepanyol di Sevilla dan Kiev, mereka hanya tewas tipis 1-0 bagi kedua-dua aksi tersebut. Ini membuktikan Ukraine masih lagi sebuah pasukan yang mampu melakukan kejutan sekiranya mereka serius dan bersungguh-sungguh.


Andriy Shevchenko sudah lama menggantung kasut bola. Namun kewujudan Yevhen Konoplyanka dan Andriy Yarmolenko pastinya akan menghadirkan gentar kepada barisan pertahanan pasukan lawan bagi menyekat pergerakan licik kedua pemain sayap sensasi ini.





 
Poland

Di Piala Dunia, Poland sudah dua kali mencapai kedudukan sebagai pasukan di tempat yang ketiga dalam tujuh penampilan mereka. Namun bagi kejohanan Eropah, Poland masih lagi hijau. Ini adalah penampilan yang ketiga mereka selepas tahun 2008 dan 2012. Kemanakah hala tujuan pasukan ini di Perancis kelak?


Poland yang barisan serangannya diketuai oleh Robert Lewandowski diakui sebagai salah seorang penyerang paling tajam di dunia pada ketika ini. Lihat sahaja rekod jaringannya bersama Bayern Munich. Rasa hendak menangis sahaja. Namun membandingkan Lewandowski dengan Marco van Basten mungkin agak melampau. Cukup sekadar melabelkan nasib Lewandowski sama seperti Zlatan Ibrahimovic di Sweden dan Gareth Bale di Wales. Namun kesemua mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta dikelilingi barisan pemain yang berbeza kemampuannya. Siapakah selain Lewandowski yang akan diharapkan oleh Poland?


Kamil Glik adalah pemain pertahanan yang wajar diberi perhatian. Pemain kelab Torino ini sudah pun membuat 26 penampilan dengan catatan statistik 24 bentesan dengan 39% daripadanya adalah sukses. Kuba Blaszczykowski tidak perlu diceritakan lagi tentang kemampuannya. Manakala Grzegorz Krychowiak adalah nadi kepada kejayaaan back-to-back pasukan Sevilla dalam pertandingan Piala Europa.


Melihat kepada kejayaan Poland menewaskan Jerman dalam perlawanan kelayakan yang lepas tanpa jaringan Lewandowski (Arkadiusz Milik dan Sebastian Mila yang menyumbat gol) adalah bukti pasukan ini mempunyai barisan pemain yang mantap.


 


Ireland Utara

Ireland Utara adalah salah satu pasukan yang melakukan kejutan dengan layak ke Piala Eropah 2016 pada kali ini. Ia sekaligus menamatkan penantian selama 30 tahun mereka. Mungkin ini adalah peluang terbaik mereka untuk mengukir sejarah tersendiri bagi bola sepak negara yang majoriti penduduknya memegang kepercayaan Protestan.


Nama -nama seperti Roy Carroll, Jonny Evans, Chris Brunt dan Paddy McNair adalah antara pemain yang berpengalaman bergesel bahu dengan pemain terbilang BPL saban minggu. Ini juga boleh dikira sebagai elemen penting bagi menyumbang survival Ireland Utara dalam Piala Eropah 2016 ini.


Kesimpulannya, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh Ireland Utara selain daripada bergembira menikmati peluang bermain di pentas tertinggi Eropah ini.







Perlawanan Tumpuan: Ukraine Melawan Poland

Kemungkinan besar Jerman akan menjuarai kumpulan ini. Jadi secara tidak langsung perebutan tempat kedua akan menjadi saingan antara Ukraine dan Poland. Bukanlah untuk menidakkan kemampuan Ireland utara. Namun secara fitrahnya begitulah.


Berdasarkan sejarah pula Poland tidak pernah menewaskan Ukraine sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2000. Ketika ini  Andriy Shevchenko masih lagi bermain dan cuba membolosi gawang Poland yang dikawal kemas oleh Jerzy Dudek. Masa dan zaman sudah berubah. Kini Poland dan Ukraine dengan barisan pemain yang sedang meningkat naik. Tumpukan perhatian kita semua kepada Andriy Yarmolenko  dan Robert Lewandowski. Dua sensai yang sedang hangat buat masa ini.





 


Pertembungan Force: Lewandowski Melawan Neuer

Tidak syak lagi inilah pertembungan paling dinantikan oleh umat seluruh galaksi yang suatu masa dahulu kemarok hendak menengok pertembungan antara Julia Rais dan Sofea Jane, namun tidak kesampaian.


Manuel Neuer bertembung dengan Lewandowski. Adakah kekebalan Neuer akan dirobek oleh ketajaman Lewandowski? Di Bayern Munich kedua mereka memainkan peranan yang berbeza. Tapi dalam matlamat yang sama - demi kejayaan The Bavarians. Di Perancis nanti masing-masing akan memikul amanah kebangsaan. Persoalannya...bolehkah Lewandowski membolosi gawang Neuer sebanyak 5 kali dalam masa sembilan minit? Hah?




Leroy Sane

 

Keistimewaan Kumpulan C: Anak Muda Dari Jerman.

Jerman tidak pernah ketandusan bakat muda. Bola sepak mereka mengalami transformasi total kira-kira 18 tahun yang lalu. Pemain muda mereka bersilih ganti memenuhkan skuad utama Jerman. Satu pergi. Sepuluh mari. Kini nama Leroy Sane disebut-sebut sebagai permata baru pasukan Jerman. Anak muda yang beraksi untuk kelab Schalke 04 ini seakan sudah bersedia untuk diangkat sebagai pemain utama Jerman.


Selain itu Julian Draxler yang bermain untuk Wolfsburg , Max Meyer dan Leon Goretzka yang bersama kelab Schalke juga antara pemain yang mampu membawa keampuhan yang berbeza kepada pasukan Jerman. Joachim Low sememangnya manusia yang bertuah.

Monday, January 25, 2016

Piala Eropah 2016: Kumpulan B


England

Kempen kali ini menyaksikan England menang kesemua perlawanan kelayakan mereka. Adakah ini membuktikan mereka sudah bersedia untuk menakluk Eropah pertengahan tahun ini?

Malangnya aku berpendapat pasukan England masih belum menampakkan peluang meyakinkan bagi mereka untuk menjuarai Piala Eropah ini. Apatah lagi selepas melalui satu aksi longlai dalam Piala Dunia 2014 yang lepas. Khabarnya ketika itu ramai juga penyokong pasukan Singa Tiga Bersaudara ini yang ketiaknya hitam dek kerana England yang pulang bungkus awal. Sekali imbas England yang ketika itu membariskan Joe Hart, Steven Gerrard, Daniel Sturridge, Wayne Rooney dan sensasi Raheem Sterling mampu pergi jauh. Malangnya ia tidak berlaku dan telah menjadi rutin bagi pasukan England yang mana hips-nya melebihi kemampuan sebenar keseluruhan pasukan.

Sekali lagi Tok Roy Hodgson berhadapan tugas mencabar membawa generasi yang lebih muda usianya berbanding skuad yang dibawanya ke Brazil dua tahun yang lalu. Secara dasarnya hanya Wayne Rooney sahaja daripada generasi emas sebelum ini yang masih tinggal cuba menuai simpati Tok Roy. Tetapi kemerosotan prestasi semasanya mungkin akan mengakibatkan dirinya terlepas daripada menjadi pilihan utama dalam kesebelasan skuad England. Terpilih itu sudah pasti. Tetapi untuk bermain sebagai pemain utama mungkin masih samar-samar. Ini kerana Tok Roy masih mempunyai banyak pilihan lain sebagai contoh Jamie Vardy dan sudah tentu Harry Kane - penyerang yang tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. (cilaka aku ter-ulang pulak tulisan yang lepas)

Tok Roy mungkin berhasrat untuk mengekalkan kerjanya sehingga Piala Dunia Russia 2018 kerana simpanan EPF dan KWSP-nya masih belum mencukupi untuk dijadikan bekalan di hari muka. Walaubagaimanapun KPI untuk beliau sangat tinggi. Layak ke suku akhir sahaja khabarnya belum mampu memuaskan hati FA England. Greg Dyke - Pengerusi FA England sudah pasti tidak akan berdiam diri sekiranya skuad England sekali lagi menjadi hiburan sarkis pada Piala Eropah 2016 ini nanti.
Tidak Perlukan Sentuhan Yang Banyak Untuk Meyumbat Gol

Wales 

Semenjak tahun 1958, Piala Eropah 2016 yang akan datang ini adalah kejohanan besar pertama buat negara yang begitu popular dengan kambing biri-biri dan janda Michael Douglas - Catherine Zeta-Jones. Emmmmmms...

Sepanjang tempoh itu juga ramai nama-nama besar sudah kecewa tak patut punya. Antaranya ialah Ian Rush, Mark Hughes, Mendiang Gary Speed, Craig Bellamy dan tidak lain tidak bukan Lagenda Kerinting - Ryan Giggs. Kali ini Chris Coleman yang mewakili kekecewaan generasinya berupaya menebus kesedihan lampau dengan membuktikan skuad asuhannya mampu memberikan sedikit harapan ataupun kegembiraan kepada seluruh warga Wales. Dan ketika entri ini ditulis, Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) telah menerima 52,160 permohonan tiket berbanding hanya 17,000 yang diperuntukkan untuk mereka. Begitulah terujanya rakyat Wales untuk melihat aksi pasukan kesayangan mereka di hadapan mata mereka sendiri.

Seperti yang kita semua tahu pasukan ini dibentuk dengan tiang asasnya berdiri satu figura bernama Gareth Bale dan bukannya Pirlo Versi Liverpool iaitu Joe Allen. Bale adalah nadi pasukan Wales. Dia menjaringkan gol, membantu jaringan dan menghuru-harakan pasukan lawan dengan larian kencang serta gerakannya yang licik dan penuh visi. Wales begitu berharap agar Bale mampu menyuntik inspirasi kepada pasukannya walaupun dia berkemungkinan besar akan dikawal ketat sepanjang aksinya di Perancis nanti. Apa yang pasti sekiranya Wales mampu layak ke pusingan kedua sahaja pun ia umpama kenduri besar berlauk Biryani Biri-biri buat seluruh umat Wales.

From Russia With Love

Russia 

Seperti biasa apabila sebut sahaja pasal Russia, aku mesti terbayang Maria Sharapova dengan dress pendeknya menjerit-jerit garang membalas asakan pihak lawan dengan pukulan kilasnya. Mesti. Aku masih ingat kata-kata Maria ketika beliau muncul dalam mimpi aku dua tahun yang lalu.

"Wahai abang Hadri, sekiranya pukulan kilas Maria dapat ditingkatkan, permainan Maria juga akan bertambah padu di atas gelanggang." Begitulaaah...

Bolehlah aku simpulkan di sini kempen kelayakan Piala Eropah bagi pasukan Russia sebagai kacau bilau. Haru biru. Hancor lodoh. Mana tidaknya, dalam proses ini mereka terpaksa memecat Fabio Capello dan melantik pengurus CSKA Moscow, Leonid Slutsky pada bulan Ogos yang lalu serta dalam masa yang sama beliau masih berkhidmat untuk kelabnya.

Slutsky yang dipertanggungjawabkan untuk membawa Russia layak ke Perancis adalah seorang ahli sukan yang sedih ketika hayatnya masih menyepak bola. Ini kerana pada usia 19 tahun dia terpaksa bersara daripada arena bola sepak selepas terjatuh daripada pokok ketika hendak menyelamatkan kucing jirannya. Walaupun begitu, masih tidak diketahui tentang tahap kesahihan cerita ini kerana ia bukannya datang daripada 'wasap group sebelah'.

Walaupun Slutsky berjaya menang baki perlawanan kelayakan yang dibimbingnya, beliau masih menghadapi masalah yang sama dengan Capello. Iaitu kekurangan 'pool' pemain kerana kebanjiran pemain import di dalam Liga Perdana Rusia yang sedang meningkat naik. Dengan kebanyakan pemain Russia yang agak veteran, Slutsky perlu segera mencari resepi terbaik untuk mengelak daripada pasukan Russia terpaksa pulang awal.


Slovakia

Secara dasarnya ramai yang tidak meletakkan sebarang harapan besar kepada skuad Slovakia. Berdasarkan rekod juga ini adalah penampilan kedua mereka dalam kejohanan besar selepas menyertai Piala Dunia 2010. Ketika menulis entri ini aku berasa hairan kenapa pasukan Malaysia pada suatu masa dahulu seronok benar ke Slovakia untuk program latihan. Apa kurangnya Jepun dan Amerika Syarikat? Ini membuktikan bola sepak Malaysia sangat pelik. Kita abaikan isu ini buat sementara waktu.

Masih terbayang-bayang di layar fikiran aku ketika Piala Dunia 2010 lalu yang mana Slovakia menewaskan Itali (ketika itu Itali adalah penyandang juara) dalam satu perlawanan penuh dramatik berkesudahan dengan skor 3-2. Itali tersungkur dan pendukung Azzurri serata dunia menangis tersesak-esak sambil nama Kamil Kopunek menjadi zikir cacian di bibir mereka. Manakala Slovakia pula meneruskan survial mereka untuk layak ke pusingan 16 pasukan tetapi kemudiannya tewas kepada pasukan Belanda (naib juara Piala Dunia 2010).

Pasukan bimbingan Jan Kozak menampilkan aksi garang di sepanjang kempen kelayakan yang lepas. Mereka menewaskan Ukraine ketika bertandang di Kiev serta mengejutkan Sepanyol dalam proses mengumpul kemenangan dalam 6 perlawanan berturut-turut. Ia sekaligus secara keseluruhannya meletakkan Slovakia di tangga kedua untuk beraksi automatik di Perancis.

Sebenarnya Slovakia adalah pasukan yang perlu diberi perhatian walaupun di atas kertas nasib perjalanan mereka di Perancis kelak masih kelihatan terumbang-ambing. Ini kerana Slovkia secara taktikalnya adalah sebuah pasukan yang serba boleh. Mereka mampu menyerap dalam semua keadaan. Dan sudah tentu mereka perlu dilihat sebagai pasukan yang merbahaya kerana memiliki seorang pemain yang bernama Marek Hamsik.

Hamsik Yang Berwajah Peragut

Perlawanan Tumpuan:  England Melawan Wales

Jurulatih Wales, Chris Coleman seboleh-bolehnya tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepadanya. Tetapi apa boleh buat. Sudah takdir menemukan antara Wales dan England. Tanggal 16 Jun nanti kedua pasukan ini akan bertembung di Lens dalam perlawanan yang disifatkan sebagai penuh dengan talian persaudaraan.

Berdasarkan rekod Wales tidak pernah menewaskan England secara kompetitif sejak tahun 1984. Statistik pertemuan kedua pasukan dari tahun 1879 pula menunjukkan England memenangi sejumlah 66 perlawanan, seri 21 dan tewas hanya 14 pertemuan.

Namun kini Wales sudah banyak berbeza dengan kewujudan pemain seperi Aaron Ramsey dan sudah tentu Gareth Bale yang mana pernah menolak untuk mewakili England ketika usianya masih muda remaja. Oleh itu pertembungan bersejarah ini pastinya akan menjadi tumpuan buat seluruh penggemar bola sepak Great Britain.

POWER BALE

Pertembungan Force:  Skrtel Melawan Penyerang England
Siapa yang tidak kenal kepada Martin Skrtel? Belliau adalah seorang pemain pertahanan yang keras, berani mati serta berhati kering. Dia pernah berlaga kepala dengan Diego Costa dan sering menjadikan Olivier Giroud seakan-akan seperti Safee Sali di atas padang.

Sekali lagi dia berpeluang beradu tenaga dengan penyerang dari England yang saban minggu dihadapnya tanpa rasa jemu. Namun siapakah yang akan Skrtel tentang di Perancis nanti? Adalah Wayne Rooney akan kembali ke prestasi asalnya? Ataupun Harry Kane - penyerang yang tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. (eh aku ter-ulang lagik) Mungkin juga Daniel Sturridge - rakan sepasukannya di Liverpool yang mampu pulih sebelum sepak mula di Perancis. Siapa tahu bukan?

Aaaahhhhh!!! Persetankan siapa pun yang akan dipilih oleh Tok Roy kelak. Apa yang pasti ketua pasukan Slovakia ini bersedia untuk menyabit dan meragut kaki siapa pun yang akan berdepan secara fizikal dengannya nanti.


Ini Makan Dia!!!

Keistimewaan Kumpulan B: Sejauh Mana Perjalanan England?

Banyak yang diperkatakan tentang kemampuan pasukan England setiap kali mereka beraksi di pentas tertinggi bola sepak antarabangsa. Tidak ketinggalan juga pada Piala Eropah kali ini. Kemungkinan besar keyakinan mereka sedikit meningkat berbanding semasa menyertai Piala Dunia 2014 yang mana mereka berada dalam kumpulan yang sama dengan Italy dan Uruguay. Namun begitu Slovakia, Russia dan terutamanya Wales masih mempunyai faktor-x yang tersendiri untuk mengejutkan England.

Perlawanan pertama menentang Wales kelak akan menentukan arah tuju pasukan England. Jika kalah, tugas untuk layak ke pusingan seterusnya akan lebih sukar dan mencabar.

Perlu diingat kali terakhir England memenangi kesemua perlawanan kelayakan mereka adalah ketika Piala Eropah 1988. Mereka kemudiannya tewas dalam perlawanan pembukaan dengan satu lagi pasukan jiran, Ireland dengan skor 1-0. Seterusnya tewas lagi baki dua perlawanan kepada pasukan Belanda dan USSR. Hasilnya bungkus dan pulang awal. Adakah akan berlaku dejavu kepada pasukan Tiga Singa Bersaudara? Hah?

Thursday, January 14, 2016

Piala Eropah 2016: Kumpulan A


Perancis.

Sekiranya dilihat pada kebangkitan beberapa pemain muda Perancis di serata liga utama di Eropah ketika ini, kita secara mudah boleh meramalkan sejauh mana perjalanan pasukan Les Bleus ini di Kejohanan Eropah kelak. Nama-nama seperti Martial, Griezmann, Pogba, Kondogbia dan Zouma mungkin sedikit masa lagi akan berdiri setanding dengan Henry, Petit, Zidane, Lizarazu dan Blanc dalam kamus sejarah bola sepak Perancis.

Dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, sudah pasti mereka ingin mengulangi kejuaraan Piala Dunia 1998 dan juga Piala Eropah 1984. Perlantikan Didier Deschamps sebagai jurulatih amat bertepatan dengan statusnya sebagai bekas kapten yang mengetuai pasukan Perancis 1998. Ini kerana Perancis memerlukan seorang jurulatih yang berkaliber untuk melentur limpahan bakat muda yang mereka miliki baik di posisi pertahanan, tengah dan juga serangan.

Sebut pasal serangan ni sudah tentu kita tidak dapat lari daripada bercakap tentang skandal yang melibatkan Karim Benzema. Sekiranya beliau tidak beraksi mungkin Didier Deschamps terpaksa mencari penggantinya. Dan ketika entri ini ditulis Olivier Giroud mungkin individu semulajadi yang sesuai untuk mengetuai barisan serangan Les Bleus. 

Hanya masa akan menentukan kematangan Martial.

Switzerland.

Sebenarnya Switzerland ini bukanlah asing dalam kancah bola sepak Eropah dan juga dunia. Pasukan kelab dari negara ini juga mula mendatangkan gerun kepada kelab gergasi eropah yang lain.

Ramai pengkaji bola sepak melihat tuan rumah bersama Piala Eropah 2008 ini sedang menuai faedah daripada program pembangunan bola sepak yang telah mereka bina. Kemunculan ramai pemain dengan latar belakang immigran sebenarnya banyak menaikkan prestasi semasa pasukan yang digelar Rossocrociati ini.

Antaranya ialah pemain kesayangan Stoke City iaitu Xherdan Shaqiri yang datang daripada Kosovar Albania. Gökhan Inler yang keluarnya berasal daripada Turki, Valon Behrami (Albania), Ricardo Rodríguez (Sepanyol + Chile), Haris Seferović (Bosnia Herzegovina). Jika dilihat kepada kebangkitan beberapa pasukan Eropah yang menggunakan immigran sebagai pemain bola sepak mereka, sudah tentu kita berasa hairan dengan Malaysia masih bermain bola sepak Gaya Malaya walaupun sudah memiliki Matthew Davies, Brendan Gan dan juga Junior Eldstal. Sememangnya bola sepak Malaysia amat unik nak mampos. Kita lupakan sebentar hal pasukan Malaysia ini dan kembali semula kepada Switzerland.

Jurulatih, Vladimir Petkovic adalah individu yang paling sesuai ketika ini untuk membawa pasukan Switzerland sekurang-kurangnya ke peringkat kalah mati pusingan kedua. Ini juga bersandarkan kemampuan mereka yang layak ke pusingan 16 pasukan pada Piala Dunia 2014 yang lalu.


Menyerlah bersama Stoke City


Albania.

Kedudukan geografi Albania yang berada di cerok selatan Eropah merupakan antara punca mereka terpinggir daripada kemajuan facebook, twitter dan instagram. Tetapi sekurang-kurangnya negara yang pernah diperintah oleh sang diktator Enver Hoxha ini terpelihara daripada pecah belah di media sosial hanya kerana hak kebebasan menyusukan anak di khalayak ramai menjadi perdebatan. Dan ini mungkin memberikan ketenangan kepada roh Mother Teresa.

Sebelum ini Albania tidak pernah bermain di peringkat elit kejohanan Eropah secara konsisten. Mereka hanya muncul di kejohanan bawah 18 tahun pada tahun 1982 dan Piala Eropah Bawah 16 tahun pada tahun 1994. Selain daripada itu tiada. Yillek. Sebab itulah berita layaknya Albania ke Piala Eropah 2016 disambut gilang gemilang oleh setiap rakyatnya. Kepulangan para pemain disambut bagaikan hero kebangsaan dengan karpet merah oleh Perdana Menteri Edi Rama. Turun sahaja daripada kapal terbang Edi Rama terus memeluk para pemain dalam suasana yang disifatkan paling bersejarah dalam bola sepak Albania. Manakala Presiden Bujar Nishani secara segera menganugerahkan Honor of National Order kepada seluruh skuad bola sepak Albania. Kalau dekat Malaysia ia adalah perbuatan yang serupa dengan memberi tanah dan pangkat Datuk. Baik sikit bagi pakej umrah satu pasukan.


Kebangkitan pasukan Albania ini dikatakan berpunca daripada asuhan dan didikan Gianni de Biasi - jurulatih yang berasal daripada Itali yang juga handal bermain dengan kepelbagaian taktikal bola sepak dengan menggunakan bakat yang terhad. Mereka juga mempunyai program pembangunan bola sepak yang baik sehingga melahirkan ramai pemain muda yang perlu diberi perhatian. Antaranya penjaga gol Erit Berisha dan pemain pertahanan Elseid Hysaj. Mereka berdua ini juga bermain di Serie A Itali. Perlu juga kita fokuskan kepada kebangkitan Berat Xhimshiti serta penyerang Armando Sadiku yang mungkin suatu hari nanti akan menggegar bola sepak di Eropah.


Romania.


Lama sebelum TMJ berfesyen rambut kuning, seluruh pasukan bola sepak Romania telah pun dahulu melakukannya. Siapa boleh lupa ketika Piala Dunia 1998 apabila mereka melakukan kerja gila dengan mewarna rambut serupa beruk kuning itu? Ya, hanya mereka yang berperangai seperti beruk kuning sahaja berani berpenampilan seperti beruk kuning. Dan skuad Romania yang membawa imej beruk kuning tetapi handal ini adalah antara pasukan yang digeruni ketika itu. Ini adalah kesinambungan skuad emas Romania pada Piala Dunia tahun 1994 yang mana mereka layak sehingga ke peringkat suku akhir. Nama-nama seperti Gheorghe Hagi, Gheorghe Popescu, Dorinel Munteanu, Dan Petrescu dan Bogdan Stelea antaranya pantas meniti di bibir kanak-kanak yang bermain bola di waktu petang ketika itu. Ia juga berdiri sebaris dengan nama-nama pendekar seperti Bitara, Hang Perkasa, Jempol, Agam, Adijaya dan Sang Guna. Tak kenal? Engkau masih hijau dalam dunia persilatan wahai anak mudeeee....


Malangnya bola sepak Romania gagal mengekalkan kehandalan mereka untuk menjadi salah satu pendekar bola sepak di Eropah dan Dunia. Tiada lagi limpahan bakat yang mereka hasilkan. Jika ada pun hanya nama Cristian Chivu dan Adrian Mutu sahaja yang menghiasi muka surat belakang akbar. Cuma Mutu pernah juga keluar di muka surat depan dek kerana skandal dadah beliau dan kontroversi bersama pasukan Chelsea.


Namun untuk kali ini pasukan Romania kelihatan berbeza di bawah seliaan Anghel Iordanescu, 65 tahun seorang ahli Senat Romania yang memiliki kharismanya secara tersendiri. Di bawah bimbingan beliau, pasukan yang digelar The Tricolorii, yang hanya layak sekali sahaja ke kejohanan besar sejak menjadi pasukan lapan terbaik di Piala Eropah 2000 - layak ke Piala Eropah 2016 dengan rekod tanpa kalah dan hanya bolos dua gol sahaja. Sudah semestinya statistik ini wajar diberi perhatian secara serius oleh pasukan yang lain.


Perlawanan Tumpuan: Perancis Melawan Romania.


Ini adalah perlawanan pembukaan yang bakal menentukan hala tujuan dalam kumplan A. Tanggal 10 Jun kelak pasukan Perancis akan menyambut kehadiran Romania di Stade De France - stadium yang hampir-hampir sahaja meletop beberapa bulan yang lepas.


Pasukan Perancis semestinya mahu melupakan kenangan pahit ketika mereka hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan yang sama ini pada Piala Eropah 2008 yang mana akhirnya meletakkan Perancis di tempat tercorot kumpulan dan bungkus awal.


Masa untuk Pual Pogba sudah tiba.


Pertembungan Force: Paul Pogba Melawan Gokhan Inler.

Mungkin masanya sudah tiba buat Pogba menonjolkan kualitinya yang sebenar dengan Perancis sudahpun berkira-kira untuk menjuarai Piala Eropah ini di laman mereka sendiri. Cuma seperti yang kita semua tahu konsistensi adalah kunci utama untuk semua pemain bola sepak muda di muka bumi ini dan ia tidak ketinggalan turut melanda Pogba. Sekiranya beliau berjaya mengekalkan prestasinya sudah pasti pasukan Perancis akan menjadi juara pada edisi kali ini.


Kehadiran Gokhan Inler pula diharapkan mampu menyaingi Pogba apabila kedua pemain ini bertembung di perlawanan akhir peringkat kumpulan pada tanggal 19 Jun kelak. Tetapi buat masa ini pemain tengah Leicester City yang juga veteran Serie A bersama pasukan Napoli ini masih belum mendapat tempat utama dalam pasukan Musang dek kerana masalah kecederaannya dan juga kehebatan Kante serta Drinkwater.


Keistimewaan Kumpulan A: Merebut Slot Kedua

Di atas kertas tidak keterlaluan sekiranya kita katakan juara kumpulan adalah milik Perancis yang kelihatan tiada masalah untuk layak ke pusingan 16 pasukan. Tetapi pasukan mana yang akan mengiringi Perancis itu masih terbuka di antara Switzerland, Romania dan Albania. Kesemua pasukan ini bukanlah pasukan belasahan dan kekuatan untuk mara ke pusingan seterusnya amat setara sesama mereka.


Secara peribadi aku berpendapat aksi Albania melawan Switzerland di Lens, Romania menentang Switzerland di Paris dan Romania berlaga dengan Albania di Lyon merupakan perlawanan wajib tonton berbanding persembahan sarkis pasukan tuan rumah Perancis itu sendiri. Kenapa aku begitu yakin? Sebab ini adalah Mata Pena Si Hitam. Heh!!!

Sunday, January 10, 2016

Kemeriahan BPL Bukan Untuk Ballon d'or



Kemeriahan BPL Bukan Untuk Ballon d'or.


Ayda Jebat dengan bibir nipisnya pernah bersenandung di dalam lagu dengan nada kelam kabut:

"Jaaaangan-jaaaangan kau terburu-buruuuu. Jaaaaaangan-jaaaaangan pandai menghukumku..Tunggu..Jangan cepat nak laywbewl ku..."


Begitulah juga bagi sesetengah peminat bola sepak di Malaya yang melabelkan Liga Perdana Inggeris (BPL) adalah yang terbaik di muka bumi. Mungkin ada benarnya kerana ia tidaklah dimonopoli oleh sesebuah kelab sahaja. Sebagai contoh di Sepanyol ia adalah pertembungan antara Real Madrid dan Barcelona. Cuma akhir-akhir ini sahaja Atletico Madrid mula mencuri peluang menyelit di antara dua kelab El Classico itu. Di Jerman kita ada Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Di Perancis pula dikuasai oleh Paris Saint Germain. Cuma di Serie A buat masa ini ia akan menyedihkan sedikit dengan pelbagai isu yang melanda liga di negara tersebut. Yang itu kita kena kaji dikesempatan yang lain pula.

Bagi aku pula secara kasarnya Liga Perdana Inggeris musim ini adalah antara musim yang terbaik pernah aku saksikan sepanjang usia 32 tahun aku. Selain daripada keterjunaman pasukan Chelsea ke lembah kehinaan, aksi terumbang-ambing pemain Liverpool untuk memahami gegenpressing serta Van Gaal yang ghout. Kita juga disajikan dengan persembahan mantap beberapa pasukan yang selama ini 'bawah hanjeng'. Antaranya West Ham, Leicester City, Crystal Palace dan Watford. Selain itu ada antara penyerang handalan dunia semakin tumpul di hadapan gol. Manakala penyerang tidak popular mula mencuri tumpuan dan mungkin juga tempat ke Piala Eropah 2016 bersama pasukan negara masing-masing. Inilah warna-warni BPL yang bukannya dimonopoli oleh satu atau dua pasukan sahaja bagi setiap musim.

Pertengahan minggu ini kita akan disajikan dengan beberapa pertembungan menarik. Antaranya ialah perlawanan melibatkan Newcastle dan Manchester United. Pada laga pertama kedua pasukan ini hanya mampu seri tanpa jaringan. Berdasarkan rekod, Manchester United hanya tewas sekali sahaja dalam 12 pertemuan terakhir di St. James' Park. Mungkin statistik awal ini mampu menambah keyakinan kepada pemuja Syaitan Merah di serata alam yang semakin membenci Van Gaal. Boring juga sebenarnya bila The Red Devils mula bercakap pasal pengurus imaginasi mereka setiap minggu. Pada hal Val Gaal itu adalah jodoh dari syurga buat Manchester United. Kencing manis lembam macam pun dia adalah pengurus semasa yang perlu diberi sokongan. Lainlah kalau Rafa Benitez. Itu lain ceritanya.

Manchester City pula akan mengadap Everton sekali lagi selepas tewas dalam aksi Piala Carling minggu lepas. Jika diperhatikan secara mendalam semacam ada yang tidak kena pada barisan pertahanan pasukan Manchester City selepas ketiadaan Kompany. Ingin saya tegaskan nama-nama seperti Otamendi, Mangala mahupun Demichelis masih tidak mendatangkan gerun kepada barsian penyerang yang bermain di BPL.

Keberantungan City kepada Aguero untuk menyumbat gol bagi pasukan mereka juga kadangkala mengehadkan peluang bagi pemain lain untuk menyerlah. Tetapi City sepatutnya tidak perlu panik serupa minah rempit share berita pasal makwe kena culik dekat facebook. Ini kerana dengan barisan pemain yang mereka miliki sebenarnya tiga mata boleh menjadi milik mereka. Cuma suka aku mengingatkan bahawa Everton masih pasukan yang terbaik di Liverpool. Ini fakta yang tidak boleh kita semua sangkal lagi. Tidak percaya? Bandingkan sahaja statistik antara Lukaku dengan Lewanbenteke. Hah? Nampak tak?

Di Anfield pula akan berlangsung pertemuan antara Liverpool dan pendahulu liga, Arsenal. Bagi The Kops ia merupakan bala yang datang secara bertimpa-timpa. Ini kerana Liverpool terpaksa menentang Arsenal dalam keadaan pasukan mereka berdepan dengan masalah kecederaan pemain pada tahap nazak. Ya, walaupun Arsenal turut menghidapi sindrom yang sama, tertapi ia tidaklah seteruk yang sedang dialami oleh Liverpool. Terbaru ia melibatkan Coutinho dan Lovren. Mereka berdua ini menyertai senarai panjang pemain yang sedang cedera di Liverpool - Origi, Sturridge, Henderson, Ings, Skrtel dan Sakho (sekadar menyebut beberapa sahaja).

Menengok kepada prestasi semasa pasukan Arsenal ini menjadikan aku berasa bangga dengan si tua Wenger. Wenger membuktikan dirinya masih relevan di Arsenal dan juga BPL. Sekurang-kurangnya selepas BPL kehilangan Alex Ferguson dan Mourinho, kita masih mampu menatap wajah tua Wenger setiap minggu. Secara peribadi aku masih belum nampak kredibiliti pengurus lain untuk menghiburkan kancah BPL. Dulu aku ingatkan Moyes boleh jadi modal hiburan. Namun jodohnya dengan BPL tidak panjang. Ciaaaan..

Perlawanan terkhir untuk aksi ke-21 ini adalah antara Spurs dan Leicester. Jika Spurs menang, maka mereka akan menghampiri Arsenal. Jika Leicester menang pula, maka Arsenal tidak akan semakin selesa di persada liga. Tidak dapat dipastikan sama ada Jamie Vardy dapat turun beraksi dalam perlawanan ini. Jika tidak, Leicester yang sudah gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka ini akan menemui kesukaran apabila bertandang ke White Hart Lane.

Namun apa yang pasti Harry Kane sudah tentu akan membuat kemunculan. Kane yang ada sekarang bukanlah Kane yang wujud pada awal musim ini yang selalu tidak berfungsi di atas padang dan sering gagal menjaringkan gol. Walaupun agak lambat mendapat sentuhan gol, Kane sudah menjaringkan 11 gol dalam kesemua 20 penampilan liganya setakat ini.  Dia (Kane) tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. Sebagai contoh Lewanbenteke yang lembab di dalam kotak penalti.

Apa dia abang kakak? Chelsea? Ya ada...mestilah ada..

Pasukan Chelsea pula seperti biasa akan bermain dengan penuh tertib dan berhati-hati apabila dijadual menentang West Brom Albion dalam pertemuan yang heboh dilabelkan sebagai MINGGU KEBANGKITAN CHELSEA.

Jikalau Chelsea menang kita perlu eksyen dan berlagak. Jikalau kalah pula, kita sambung kutuk JDT. Simple.

Sunday, December 27, 2015

Kebangkitan Sebenar Ataupun Janji Palsu Semata?

Kebangkitan Sebenar Ataupun Janji Palsu Semata?

Selamat hari tinju buat seluruh warga peminat sukan bola sepak British. Krismas tanpa bola sepak di England ibarat Aidilfitri tak beraya di rumah makwe kegemaran. Ianya akan hambar dan kucar-kacir. Begitulah.

Lama juga aku tak menulis tentang perihal bola sepak Inggeris ni. Secara tiba-tiba pulak datang seru.

Sewaktu aku merangka entri ini, Manchester United sedang ketinggalan 2-0 kepada Stoke City. Tetapi harus diingat, kemunculan tulisan ini bukanlah untuk meraikan kelam-kabut di kem Manchester Merah. Saya bukanlah seorang yang kejam sebenarnya wahai rakan taulan sekalian. Tetapi kita perlu juga sebut hal tidak menang 7 perlawanan sejak 26 November 2015 serta tersingkir beraksi daripada di peringkat kalah mati UCL.

Hal Chelsea terpelosok di bawahan liga tu kita tak payahlah selalu sangat sebut. Naik bosan mendengarnya. Ini kerana penyokong Chelsea sudah mula memahami konsep kalah dan menang. Ia seperti yang tertulis dalam sebuah kitab bola sepak kuno zaman Yunani yang menjelaskan proses ini adalah merupakan suatu lumrah dalam kehidupan dan juga pertandingan bola sepak. Manakala kita sebagai penyokong pula perlu redha dan bersifat tenang, berjiwa besar, wasatiyyah dan bersikap rasional dalam menerima setiap keputusan sama ada memihak kepada kita ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya jaditiri peyokong kuat Chelsea ketika ini. Biar siapa pun yang melatih Chelsea, semangat dan POWER akan sentiasa meresap dalam setiap sanubari penyokong. Tidak perlulah kita sibuk menyanyi nama pengurus pasukan lain yang telah dipecat.

Okeh, berbalik kepada pasukan Manchester. Kekalahan demi kekalahan (termasuk kepada Stoke) mungkin berpunca daripada kaedah latihan dan layanan buruk daripada Van Gaal kepada sesetengah pemain Manchester. Ataupun sedang berlaku perkara yang sama telah terjadi di Stamford Bridge iaitu pemain mensabotaj pengurus. Turun bermain bola sepak di atas padang secara bangang semata-mata kerana tidak suka dengan pengurus mereka. Segala taktikal yang dirangka dibuang jauh-jauh. Masing-masing menyarung topeng muka Safee Sali dan Azamuddin Akil. Bermain bola sepak tanpa arah tuju. Ini mungkin ungkapan yang lebih tepat.

Baiklah. Malam ini Manchester tewas. Manakala Chelsea hanya mampu seri dengan Watford di Stamford Bridge. Tanggal 29 Disember kedua pasukan ini akan beradu tenaga. Entah apa nasib seterusnya bagi kedua pasukan ini hanya tuhan sahaja yang tahu.


Posted via Blogaway

Monday, December 7, 2015

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015: Selangor Melawan Kedah.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015: Selangor vs Kedah
Stadium Shah Alam, Selangor.
8.45 PM | 12 Disember 2015.

Kemakmuran Kehidupan

Kejayaan Selangor mara ke perlawanan akhir disambut ramah tamah oleh seluruh penduduk manusia yang mencari rezeki di negeri Darul Ehsan ini. Ia adalah bukti bola sepak dan sejarahnya sudah dikembalikan kepada yang HAK. Manakala yang BATIL dan PALSU ditendang keluar seawal saingan. Seisi jiwa gembira tak terkata. Yang membayar tol tersenyum tidak merungut panjang. Apatah lagi yang berulang alik ke rumah urut di Damansara.  

Manakala di Darul Aman pula ku ukir namamu di awang Gunung Jerai. Disaksikan laut daun nyiur melambai. Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai. Terkenang peristiwa cinta kita terurai. Oh! indahnya...Begitulah...

Sebelum aku meleret terlebih jauh. Izinkan aku untuk menyampaikan rasa simpati kepada pasukan Pahang dan Felda yang tewas pada laga separuh akhir yang lalu. Felda United membuktikan mereka pasukan yang konsisten apabila layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia dua tahun berturut-turut. Buat pasukan Pahang pula, status juara dua kali Piala Malaysia juga dua tahun berturut-turut mengekalkan nama mereka sebagai pasukan kuasa bola sepak di Malaysia yang akhirnya terduduk ditewaskan Sang Gergasi Merah.

Kini ia sampai ke penghujungnya. Selangor dan Kedah membuktikan mereka adalah pasukan paling hebat musim ini. Juara Piala Malaysia 32 kali dan Juara Liga Perdana 2015 ini akan bertemu untuk merebut kejuaraan mutlak Piala Malaysia, piala teragung di bumi Malaya.

Pasukan manakah akan menjadi juara untuk edisi 2015 kali ini? Adakah Selangor akan bercuti umum selama seminggu? Atau Kedah akan memberikan ganjaran mewah kepada pemain-pemain mereka? Itu semua akan terjawab menjelang tanggal kalendar 12 Disember kelak.

Ulangan 2008.

Lama dahulu ketika halkum Azraai Khor masih kelihatan dari kejauhan lensa kamera. Ketika seluar khakhis Dollah Salleh masih bersaiz 38. Dua individu ini telah bertanggungjawab membawa Kedah dan Selangor ke pentas akhir.

Pada aksi Piala Malaysia 2008, Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan ‘treble’ yang mereka menangi pada edisi 2007. Heboh 'double treble' milik Kedah ini sampai ke sempadan Siam khabarnya.
 
Pada aksi final tersebut hampir 60,000 peminat dan penyokong kedua-dua pasukan memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menjelmakan kembali kehangatan bola sepak tanah air yang telah sekian lama sepi.
 
Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke–18 menerusi Frank Seator yang berpunca daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Seluruh Bukit Jalil bergegar dengan paluan gendang dan sorakan separuh gila peminat merah kuning. Namun Kedah tidak mudah berputus asa. Nelson San Martin menjadi perancang utama dalam mengatur serangan ke kubu Merah Kuning dengan menjadikan Marlon James sebagai umpanan yang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32. Dollah Salleh mula menggeleng kepala di tepi padang.
 
Khyril Muhymeen Zambri membuat percuabaan jarak jauh seminit kemudian berjaya dihalang Evans Chisulo sebelum disambar oleh Nelson untuk jaringan kedua Kedah. Kesilapan Razman Roslan lima minit kemudian tidak dipersiakan oleh Fadly Baharom yang pantas merembat tinggi menewaskan Suffian Abdul Rahman. Kini Razman Roslan pula yang menggeleng kepala tidak percaya. Kedah bergaya dengan kedudukan 3-1 untuk babak pertama.

Apabila separuh masa kedua bermula, pasukan Kedah mula mengamalkan corak permainan bertahan. Mujur ada Safee Sali memberi sedikit harapan kepada Selangor selepas menjaringkan jaringan cantik pada minit ke-78. Walaubagaimanapun ianya tidak cukup untuk menafikan kejuaraan buat Kedah.

Kembangkan Sayap Sang Helang Merah.

Ini adalah penampilan ke-11 buat pasukan Kedah di pentas akhir Piala Malaysia dan dengan berbekalkan buruan status juara buat kali ke-5 menjadi sasaran utama mereka.

Perlawanan separuh akhir kedua yang lalu, meminjam kata orang putih, ialah ‘magnificent comeback’. Bangkit menjaringkan 2 gol pada selepas ketinggalan pada minit ke-39 hasil dari jaringan pemain Felda, Syamim Yahya. Hasilnya Kedah mara ke perlawanan akhir dengan aggregate 4-3.

Untuk merumuskan secara keseluruhan, Sang Helang Merah adalah sebuah pasukan yang mantap musim ini. Khairul Helmi memimpin pasukan dengan penuh keterampilan. Bertahan bagaikan tiada hari esok bagi dirinya. Gandingan import emas Chidi Edeh dan Sandro Da Silva sering menghuru-harakan pertahanan lawan. 15 gol sesama mereka dalam Piala Malaysia musim ini adalah bukti yang tidak boleh disangkal dengan fatwa facebook. Baddrol Bakhtiar yang sentiasa cemerlang walaupun kurang menjaringkan gol. Juga aksi cemerlang pemain tempatan seperti Syafiq Ahmad dan Syazwan Zainon. Serta tenaga import Bang Seung-Hwan dan Liridon Krasniqi. Ini adalah nadi utama pasukan Kedah yang direncana dan diadun cantik oleh Tan Chen Hoe, Nidzam Adza serta Ramón Marcote.

Meminjam kata-kata seorang sahabat yang tegar melayan aksi liga perdana musim ini, Kedah terlampau ‘power’ musim ini. Sebenarnya era dominasi Kedah dalam bola sepak Malaysia ini telah lama bertapak di Malaya. Siapa boleh melupakan kecermelangan era pemerintahan sekitar awal 90-an oleh Allahyarham Ahmad Basri Akil? Revolusi bola sepak Kedah yang beliau bawa amat dahsyat.  Ketika itu, Ahmad Basri Akil selaku pengurus sedar bahawa mendapatkan khidmat import perlukan dana tambahan. Kedah pantas mencari penaja dan hasilnya pada tahun 1989 itu mereka berjaya mengikat perjanjian dengan Sharp Roxy, menjadi pasukan Asia pertama ditaja oleh syarikat elektronik itu dan kedua di dunia. Sebuah lagi kelab bawah tajaan Sharp ketika itu ialah Manchester United. Ya, kita boleh katakan Kedah setaraf dengan Manchester United hebatnya pada zaman itu. Dan ya sekali lagi, ianya lama sebelum berlakunya revolusi bola sepak selatan tanah air dengan menaikkan papan iklan elektronik serta tempat duduk recaro untuk pemain simpanan.

Kini hanya tinggal satu perlawanan sahaja untuk Kedah menjulang piala kedua tahun ini selepas Juara Liga Perdana, Kedah masih perlu menentang Selangor - pasukan paling mendadak peningkatannya akhir musim ini.

Bualan di WhatsApp dan Insta sekarang mengatakan jika Kedah menang ke atas Selangor maka hasilnya ialah pasukan Kedah dalam pembikinan semula menjadi kuasa bola di negara ini.

Tetapi dalam musim yang haru biru ini dek kerana kedatangan jerebu, semuanya boleh berlaku. Ini kerana kedua pasukan tidak langsung bertemu pada musim ini. Peluang masih terbuka dan kelemahan serta kekuatan antara kedua pasukan masih menjadi rahsia yang tidak terserlah.

Jadi, yang terbaik bagi pasukan Kedah ialah untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada aksi di Shah Alam yang merupakan gelanggang keramat bagi pasukan Selangor.

Kebangkitan Gergasi Merah Kuning.

Apa lagi yang hendak kita katakan tentang pasukan hebat ini?

KePOWERAN penjaga gol Selangor yang berasal dari Tangkak, Norazlan Razali adalah antara faktor penting yang membawa mereka ke pentas Akhir Piala Malaysia 2015. Tiga anguerah pemain terbaik (kalau tidak silap aku) secara berturut-turut membutikan segala-galanya. Selain daripada kelincahan Andik yang seakan mengimbau kenangan 10 tahun yang lalu ketika tenaga Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy menjadi taruhan. Juga aksi tidak mengenal lelah daripada pemain-pemain lain seperti Shahrom Kalam, Nazmi Faiz, Raimi, Guilherme de Paula dan Azrif Nasrulhaq. Mereka semua inilah antara tunjang kebangkitan pasukan Selangor musim ini.

"Kami berjaya melangkah ke suku akhir dengan berbaki satu perlawanan meskipun berada dalam kumpulan maut bersama Kelantan, Felda United dan T-Team. Saya mempunyai kepercayaan penuh kepada pasukan saya. Kami tiada pemain ‘superstar’ tempatan mahupun import tapi kami berjaya bermain secara baik.”

Jelas kata-kata Mehmet Durakovic menunjukkan beliau adalah seorang jurulatih yang sangat zuhud dan sentiasa merendah diri. Yang hanya sentiasa fokus kepada tanggungjawab. Segala spekulasi luar padang dan perihal politik bola sepak di kem Selangor berjaya beliau talkinkan dengan membawa Selangor ke aksi perlawanan akhir Piala Malaysia. Inilah sifat lagenda yang sebenar.

Menentang Kedah nanti adalah merupakan MISI 33 pasukan Merah Kuning yang tertangguh hampir 4 tahun lamanya. Sepanjang tempoh ini Rozita Che Wan sudah menukar statusnya daripada janda kepada sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Tol dan minyak petrol dah berkali-kali naik di negara Malaysia. Dan pelbagai lagi peristiwa telah berlaku. Cuma MISI 33 sahaja yang masih terkandas di angka 32. Diharap pasukan Selangor hujung minggu ini berjaya melaksanakan Misi 33 dengan sempurna dan penuh terhormat. Mereka perlu berjuang seolah-olah mahu merampas kembali makwe Kedah yang terlepas dari genggaman tangan dan menegakkan kebenaran isu video Lubuk Tupah. Heh!!!

Kejaplah. Bagi aku makan nasik dulu. Dah panjang sangat ni.

Selangor atau Kedah?

Alhamdulillah...kenyang pun.

Kita berbalik semula kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah.

Pepatah kuno Yunani ada menyebut...

"Kalau engko Power, Piala Malaysia itu sendiri akan datang carik engko dekat rumah."

Itulah kesimpulan awal yang aku boleh buat tentang perlawanan ini. Sesiapa yang bermain bola sepak secara power dan cerdik, sudah pasti Piala Malaysia tidak akan segan datang menyinggah ke almari mereka.

Apa yang pasti, klimaks Piala Malaysia akan mencapai peringkat agung apabila kalendar menuju tanggal 12 Disember 2015. Tiada bola sepak beradat. Tiada aksi juara AFC. Tiada persembahan sarkis dari Gajah Duduk. Malahan tiada juga laungan selogan 'This is Pantai Timur'. Yang ada hanyalah sebuah perlawanan bola sepak berseni dari dua buah pasukan penuh sejarah yang bertembung bagi membuktikan siapakah yang berhak menjadi penguasa bagi penutup tirai bola sepak tahun 2015.

Sama ada Selangor mahupun Kedah yang akan mendapat Coti Peristiwa. Semuanya akan terjawab pada hari Sabtu ini.

Akhir kata "LUASKAN KUASAMU HOGOH!!!" KAHKAHKAHKAHKAH!!!


Posted via Blogaway

Tuesday, November 17, 2015

Malaysia Melawan UAE.

Malaysia Melawan UAE.
1. Perlawanan dimulakan dalam suasana aman damai dengan Malaysia bermain dalam stadium yang kosong.

2. Aku macam biasa menengok bola ditemani ulasan Bahasa Arab yang lebih bersemangat dan emosi. Tak sanggup aku seksa diri aku mendengor ulasan syok sendiri dalam bahasa Melayu Astro Arena.

3. Pada mulanya aku malas nak buat ulasan ni. Tapi selepas menengok kesilapan haramjadah Alex Akil, aku terus bukak notepad dan menaip dengan rasa marah di hati.

4. Gol Pertama UAE berpunca daripada kesilapan Alex Akil sendiri. Dia terkial-kial nak keluarkan bola dan akhirnya menyepak lemah tepat ke pemain berambut kerinting dari UAE. Pemain tersebut tidak menunggu lama dan terus merembat bijak daripada jauh menewaskan Izham Tarmizi. Minit ke-21 Malaysia ketinggalan 1-0.

5. Tepat pada minit ke-45 pemain Malaysia mula mempamerkan perangai sebenar. Sudahlah bodoh main bola. Tak boleh nak beat pasukan lawan, diajaknya bergaduh pulak. Perangai jenis memalukan negara ni kita bagi pada budak-budak Melayu jek yang buat. Depa handal.

6. Tamat separuh masa pertama. Malaysia ketinggalan satu gol. Tiada apa yang hendak dipelikkan.

7. Separuh masa kedua dimulakan. Namun tak sampai 6 minit Malaysia bolos lagi.

8. Secara peribadinya aku berpendapat pemain Malaysia gagal bermain dengan cemerlang dalam satu unit yang lengkap dan baik. Dalam perlawanan menentang UAE ini sahaja kita ada beberapa pemain terbaik yang baru sahaja menakluk Asia. Antaranya bermain di posisi penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang. Kita ada juga pemain kacukan. Ada bekas 'wonderkid' yang pernah beraksi di Jepun. Juga pemain yang mendapat peluang berlatih di Chelsea pada suatu masa dahulu. Tidak ketinggalan juga yang pernah bermain di Portugal. Jelas kita tidak ketandusan bakat sebenarnya. Jadi kenapakah kita menjadi belasahan dan lengit? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Tengku Bola dan hulubalang FAM.

9. Goooooool!!! Macam biasa apabila aku menaip panjang, mesti ada gol yang dijaringkan. Akhirnya dapat jugak Malaysia menyumbat gol melalui Badrol Bahtiar pada minit ke-59. Aku rileeeeeksss sikitpun tak bersorak kegembiraan.

10. Selepas daripada gol ini perlawanan kembali membosankan. Mungkin UAE tak kuasa nak all-out dan bermain bola secara biasa-biasa sahaja. Manakala pemain Malaysia lebih gemar bermain tanpa hala tuju.

11. Akhirnya tamat permainan dengan keputusan 1-2. Pintu ke Piala Dunia 2018 sudah tertutup rapi. Manakala Piala Asia 2019 pula mungkin akan turut menjauhi pasukan Harimau Malaya.

12. Selamat Malam. Ingat..jangan hisap vape taaaauuuuuu...XOXO.