Thursday, September 26, 2013

Piala Malaysia 2013: Suku Akhir

 
 
Peringkat Suku Akhir Perlawanan Pertama
 

September 2013 (Jumaat)

Pahang mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Stadium Darul Makmur, Kuantan
 
Bukanlah hendak memberi ulasan berat sebelah, apatah lagi berfikiran sempit bagaikan umat Barisan Nasional. Namun berdasarkan pemerhatian terperinci saya, PKNS amat berpeluang cerah untuk layak ke Separuh Akhir. PKNS menyudahkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas dengan hampir sahaja mengutip 18 mata maksimum. Memberikan aksi penuh inspirasi sepanjang kempen Piala Malaysia ini dengan hantaran kemas dan pantas yang seringkali membuatkan pasukan lawan terpinga-pinga serta bertanya di dalam hati.."aku sedang lawan Barcelona kah?"
 
Kebijaksanaan jurulatih Haji Abdul Rahman tidak perlu dipersoalkan lagi. Dengan bantuan dari Anuar Abu Bakar, pasukan PKNS kali ini nampak lebih garang dan bersemangat. Kehadiran Nazmi Faiz sejak April lepas turut banyak mengubah corak permainan secara total pasukan kelab dari Selangor ini. Tidak lupa juga sumbangan cemerlang dari pemain lain seperti Roman Chmelo, Reshafiq Alwi, Helmi Rameli dan penjaga gol yang sedang berada dalam prestasi terbaik, Ramezey Che Ros.
 
Pahang pula hanya layak ke suku akhir dengan perbezaan jumlah bolos sahaja berbanding skuad Jang. Tidak banyak harapan untuk peminat Tok Gajah ini selepas mereka melalui satu musim yang tidak konsisten. Pada satu-satu perlawanan, pasukan Pahang akan beraksi seperti Real Madrid dan tidak mampu untuk dikalahkan. Namun Pahang juga boleh secara tiba-tiba menjadi bangang seperti pasukan QPR tanpa usul periksa.
 
Sedikit tips untuk pasukan Pahang ialah jangan terlalu berharap pada Matias Conti sahaja untuk menjaringkan gol. Pemain yang lain seperti Gopi, Alex, Amirulhadi dan Azidan perlu lebih berani untuk melakukan gerakan bagi membolehkan pasukan Pahang mejaringkan gol. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil untuk Dollah Salleh menambah koleksi pialanya hujung musim ini.
 
Ramalan: 1st leg : Pahang 1 - PKNS 3 | 2nd leg: PKNS 1 - Pahang 1
PKNS layak dengan Aggregate 4:3
 

September 2013 (Sabtu) 
 

Lions XII FC mln ATM
7.45mlm, Stadium Jalan Besar, Singapura
 
Sekiranya ingin mengembalikan nostalgia Piala Malaysia ke era 90-an dahulu. Saya memilih Lions XII untuk ke separuh akhir. Terlalu banyak kelebihan yang diberikan kepada Lions. Sehinggakan naik menyampah diri ini. V. Sundramoorthy sudah pasti ingin memberikan kejayaan piala buat Lions sebagai hadiah perpisahan sebelum musim depan berpindah ke Negeri Sembilan.
 
ATM pula seri pada 2 perlawanan terakhir dan ini menunjukkan pasukan bimbingan Sathianathan masih belum stabil sepenuhnya. Cuma kehadiran Marlon Alex sahaja yang melegakan peminat pasukan ATM. Sekiranya beliau menjaringkan gol. Amat sukar untuk melihat pasukan ini tewas. Nama-nama besar dalam pasukan ATM seperi Hai-O, Martelotto, Shukor, Rezal dan juga Irwan Fadli sememangnya akan berjuang berhabis-habisan untuk pasukan ATM bagi menebus kekecewaan tahun lepas.
 
Ramalan: 1st leg : Lions XII 2 - ATM 0 | 2nd leg: ATM 1 - Lions XII 1
Lions XII layak dengan Aggregate 3:1
 

Johor Darul Takzim FC mln Kelantan
8.45mlm, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, JB 
 
Kalau dah jodoh tidak kemana. JDT sebenarnya berpeluang menebus kesedihan tewas pada perlawanan akhir Piala FA yang lalu dalam perlawanan ini. Tetapi itupun hanya jika mereka tidak bermain bola sepak secara bangang. Kisah Mat Yo dan isterinya mengaburi kehebatan perlawanan ini. Dari segi barisan pemain pasukan JDT, tiada apa yang menarik. Ini kerana ada antara mereka sudah pun tahu nasib mereka musim depan. Jadi tidak hairanlah kalau lebih dari 6 orang pemain JDT bermain bola secara bangang apabila menentang Kelantan kelak.
 
Ini adalah skuad Kelantan yang sebenar dan berada pada standard yang sepatutnya. 9 gol dalam 3 perlawanan termasuk kejayaan menyumbat 4 gol ketika menewaskan Pahang tempohari merupakan petanda bahawa Kelantan sudah bersedia untuk melakukan double dalam Piala Malaysia. Bojan Hodak akan gembira dan ketawa terbahak-bahak di hujung musim ini.
 
Ramalan: 1st leg : JDT 2 - Kelantan 2 | 2nd leg: Kelantan 3 - JDT 1
Kelantan layak dengan Aggregate 5:3


SF KL Sime Darby FC mln Sarawak
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang
 
Musim gemilang Sarawak akan menjadi lebih bermakna andai mereka berjaya menjulang Piala Malaysia 2013. Ini adalah masa yang tepat untuk mereka berdasarkan barisan pemain yang mereka miliki. Junior, Bobby, Joseph Kallang dan Zamri Morshidi antara generasi baru yang memikul tanggunjawab untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Sarawak seperti zaman Awang Mahyan dulu. 
 
Namun lawan mereka di peringkat separuh akhir ini bukan sebarangan pasukan. Sime Darby merupakan naib juara Liga Perdana 2013. Menamatkan liga di tangga kedua di belakang Sarawak dengan hanya 4 mata yang membezakan antara mereka. Mungkin hanya nasib sahaja yang akan menentukan pasukan mana yang akan pergi ke separuh akhir.
 
Ramalan: 1st leg : KL Sime Darby FC 0-0 Sarawak | 2nd leg: Sarawak 1-0 KL Sime Darby FC
Sarawak layak dengan Aggregate 1:0 

5 comments:

  1. "ulasan kena bersandarkan pada realiti bukan berkhayal membuta tuli. paling ugly adalah bermetafora jijik politik. tolak tepi soal itu. pkns adalah pasukan bagus. utk tidak bersikap berat sebelah aku tetapkan keadaanya sebagai seimbang. sejarah lalu membuktikan pembantaian pkns terhadap pahang dengan jaringan 3 berbalas 1, namun hasil dek penentang pusingan ke 2 - setelah penat lelah - perjuangan - harga diri - pahang bangkit melawan dan menang 5-4. kelebihan diatas jalur sejarah pkns mempunyai sejarah kekuatan dan kelebihan, namun di pentas suku akhir iasudah berada di alam berbeza dan mood yang sangat berlainan. oleh yang demikian - ulasan laksana penulisan mabuk adalah tidak boleh diterima. lagi parah apabila penulisan sampah tidak boleh dikritik dan ditegur - rela menjadi sarap dan bangga mengenainya. malang sungguh" - tok wan ulu cheka, jerantut, pahang

    ReplyDelete
  2. akhirnya, ramalan penulis salah apabila Pahang menang bergaya dengan jaringan 3 gol oleh Matias Conti berbalas 2 gol dari PKNS.

    ReplyDelete
  3. BENGAP PUNYA PENGULAS ADA UNSUR POLITIK. . .FUCK OFF LAH SATU KALI KAU PUNYA NENEK!

    ReplyDelete
  4. rasa final nnti Sarawak mln Kelantan...haha

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...