There was an error in this gadget

Wednesday, November 27, 2013

Dua Kontrak Menjana Dua Pendapatan.



Musim 2014 belum lagi bermula. Tetapi pasukan dalam Liga Malaysia sudah sibuk mencari pemain baru bagi menguatkan pasukan masing-masing. Masa inilah pemain-pemain nak jual dan letak harga pada diri mereka. Padahal  main bola pun serupa gampang. 

Tidak ketinggalan juga isu wajib yang muncul setiap tahun. Iaitu masalah kontrak. Sebenarnya ada pelbagai masalah kontrak dalam bola sepak di Malaysia ini. Kadangkala apabila kita mendengarnya boleh terlopong mulut. Tak tipu punya terperanjat. Betul-betul terkejut. 

Rata-rata pemain bola sepak di Malaysia ini tidak memahami terma dan kontrak yang mereka sendiri telah dan akan tandatangani. Kalau tidak faham butir-butir kontrak itu mungkin kita boleh maafkan. Al-maklumlah...pemain bola. Tetapi bagaimana pula dengan kebebalan menandatangi dua kontrak dalam semusim? Ini adalah satu bangang yang tidak boleh dimaafkan. Tahun ini ia berlaku lagi. 

Kes 1: 
Nazrin Nawi menerima RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000 sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan bagi mendapatkan khidmatnya. Nazrin kemudiannya memilih JDT walaupun sudah menandatangi kontrak bersama Kelantan. Nazrin juga ada berkata, faktor kewangan yang kukuh dari JDT mendorong keputusannya demi karier masa depannya. 

Kes 2: 
Nazri Ahmad yang menandatangani kontrak bersama Selangor dengan gaji bulanan RM18,000 bertindak kurang bijak apabila menandatangani pula kontrak bersama Kelantan dengan gaji dikatakan bernilai RM25,000 sebulan. Jadi kini dia sudah ada 2 pasukan. Power. Perbuatan Nazri ini dianggap seperti tiada maruah kerana dia tidak boleh membuat pusingan-U dengan menyertai Kelantan. Apakah kontrak FAS ini seperti mainan yang mana pemain begitu senang memperkotak-katikkan perjanjian yang sudah ditandatangani? 

Bagi Kes 1. Tiada tindakan dikenakan kepada Nazrin. Akhirnya kes ini senyap begitu sahaja. Entah apa FAM buat pun aku tak tahu. Bagi kes 2 pula. Kita tunggu sahaja apa akan terjadi. Yang menariknya kedua-dua kes ini melibatkan pasukan Kelantan. 

Adakah dengan menandatangani 2 kontrak dalam satu musim membolehkan pemain ini membeli sekotak Cuban Cigars, sepasang kasut Bally dan mampu menginap di hotel 6 bintang selama liga berlangsung? Adakah mereka mengimpikan makan malam bersama Anzalna Nasir? 

Bagi aku secara peribadi mudah sahaja. Organisasi yang bebal melahirkan kelompok pemain yang tidak kurang bebalnya juga. Tapi benda macam ini semua aku anggap ia sebagai hiburan semata-mata yang mewarnai kancah Liga Malaysia yang tak seberapa ini. 

2 comments:

  1. MoU dan Kontrak tak sama .. pi belajar balik buat website macam ini ..
    Tak perlu tonjolkan kebodohan diri sendiri wahai Mata Pena Si Hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info tersebut. Memang aku pun tahu MoU dan Kontrak dua benda yang berbeza. Tapi yang aku nak sampaikan dekat sini ialah tentang kebebalan pemain Malaysia. Baik Mou atau pun kontrak, pemain mestilah menggunakan otak sebelum bertindak. Benda ni setiap musim berlaku. Mungkin cik Anon tak perasan apa yang saya tulis "Bagi aku secara peribadi mudah sahaja".

      Ini pendapat peribadi saya sahaja dan saya berterima kasih pada anda kerana masih tetap mempertahankan pemain yang dungu di Liga Malaysia.

      Delete

Silakan Laser Saye...