Friday, November 1, 2013

BPL 2013/14: Newcastle United vs Chelsea FC



Newcastle United vs Chelsea FC
November 2, 2013 8:45 PM MYT
St. James' Park — Newcastle-upon-Tyne
Referee:‬ L. Mason‎

Zafdol Darham peminat setia pasukan Chelsea. Hari ini dia bangun pagi. Setelah menggeliat dua tiga nafas, separuh rokok lemau yang ditinggalkannya semalam dicapai. Lalu dinyalakannya menggunakan ligther yang dicuri daripada kedai nasik lemak janda Lopa. 

Puussssssssssss...pussssss...asyik sungguh perasaan ini apabila asap melalui rongga-rongga dada. 

Tiba-tiba lamunan Zafdol Darham terhenti. Dari luar rumah, sayup-sayup terdengar suara jirannya bertempik kerana ayam dimakan ular sawa. Ini petanda yang baik untuk memulakan hujung minggu yang penuh dengan perlawanan bola sepak daripada seluruh pelusuk dunia. Lantas Zafdol Darham bangun mencapai tuala dan melangkah ke dapur. Pintu bilik mandi ditutup rapi.

Kecebusssh...kecebusssssh...sejuk air membasahi kepala Zafdol Darham. Ketika bermandi-manda, sempat Zafdol Darham melakukan analisis bola sepak serba ringkas.

Chelesea baru sahaja menewaskan Arsenal pada pertengahan minggu yang lalu. Dan sabtu ini dijangka Newcastle pula akan menjadi mangsa seterusnya. Rekod 5 kemenangan berturut-turut dalam 3 kejohanan berbeza akan berjaya Chelsea kekalkan. Zafdol Darham yakin.

Chelsea bukan seperti pasukan Arsenal. Arsenal seperti biasa akan meneruskan rutin tahunan mereka dengan hanya mampu mencium bau piala saja. Macam 3 Abdul, hanya dapat bau makanan tanpa dapat mengusik dan menjamah. Kenyang ke? Piala Capital One dah terlepas, Abdul Ozil pulak tergelincir. Dapat bau saja. Abdul Ramsey? Abdul Wenger? 

Tapi lawan Arsenal minggu ini ialah lawan yang berkongsi otak dengan mereka, iaitu Liverpool. Jadi, dalam masa yang sama juga Zafdol Darham tak berharap Liverpool boleh menang dan menjadikan Arsenal lauk. Jauh disudut hati Zafdol Darham tetap yakin dan percaya hanya Chelsea yang boleh 'memberi bau' kepada Arsenal, Liverpool mahupun Manchester City musim ini. 

Manchester United? Zafdol Darham tidak berminat untuk bermonolog tentang pasukan pertengahan liga tersebut. Mandi lagi best!!!

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...