Friday, February 14, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 5


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 5 
  
14 Februari 2014 (Jumaat) 

Selangor PKNS vs KL Sime Darby FC (Siaran Langsung 801)
8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Kesedapan PKNS semacam terbantut apabila mereka gagal mencapai kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir mereka. Tewas kepada Sarawak 2-0 di gelanggang sendiri minggu lepas. Juga tewas kepada Kelantan dalam saingan suku akhir Piala FA 3-2. Moral pasukan kini berada pada tahap paling bawah. Semuanya terpulang kepada Wan Jamak untuk menaikkan semula semangat pemainnya dalam masa yang pendek ini. Sime Darby mungkin mendapat sedikit kelebihan dengan mempunyai rehat selama seminggu kerana sudah tidak terlibat dengan Piala FA. Keputusan seri sudah memadai buat Sime Darby jika kedudukan semasa dalam liga diambil kira. 

Pemain Tumpuan PKNS Patrick Ronaldinho Wleh 
Pemain Tumpuan Sime Darby Mohd Failee Mohamad Ghazli 
Ramalan: PKNS 1 - Sime Darby 1 


15 Februari 2014 (Sabtu) 

Johor Darul Ta'zim vs Selangor 
8.45 malam, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos 

Naib Juara Piala FA 2013, JDT memulakan saingan suku akhir Piala FA dengan langkah kanan apabila menang 3-1 ke atas Kedah di Larkin. Antara penjaringnya ialah Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol Kedah seawal minit ke-15. Kemenangan ini sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah TMJ dan Irfan Ghani, dua penyokong fanatik JDT, walaupun Amri Yahyah sebenarnya lahir di Tanjung Karang, Selangor (saja selit fakta). Kejayaan inilah yang menjadi bekalan mereka untuk berhadapan pasukan paling POWER musim ini yang juga pendahulu liga dengan 9 mata, Selangor. Adakah tuah akan menyebelahi Jiminez yang bongkak atau Mehmet Durakovic mempunyai rencana tersendiri menundukkan pasukan selatan tanah air ini, kita nantikan debarannya. 

Pemain Tumpuan JDT: Amri Yahyah 
Pemain Tumpuan  Selangor: Paulo Rangel 
Ramalan JDT 2 - Selangor 2. 


Terengganu vs Pahang 
8.45 malam, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Terengganu nampak stabil di tangga ke-3 liga. Mereka akan menanti kehadiran pasukan kegemaran Soltan Bola, Pahang di Kuala Terengganu. Perlawanan terakhir menyaksikan mereka seri dengan Singa Dua Belas di Stadium Jalan Besar. Ia satu keputusan yang baik sebenarnya. Manakala lawan mereka pasukan Pahang juga sedang berada dalam prestasi terbaik. Bolehlah aku labelkan perlawanan derbi pantai timur paling teruja untuk disaksikan. Engkorang pula bagaimana? 

Pemain Tumpuan Terengganu: Mohd Ashari Samsuddin 
Pemain Tumpuan  Pahang:R. Gopinathan 
Ramalan:Terengganu 2 - Pahang 1 


ATM vs Lions XII FC 
8.45 malam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Selepas 4 perlawanan, ATM telah memungut 7 mata manakala Singa Dua Belas pula 5 mata. ATM masih lagi pasukan yang perlu diberi perhatian walaupun jurulatih mereka Sathianathan gusar dengan pertemuan ini kerana ramai pemain utamanya yang masih mengalami kecederaan. Christe Jayaselan, K Reuben, Spase Dilevski, Marlon Alex James kesemuanya masih lagi cedera, Manakala Afize Faisal Mamat pula digantung dua perlawanan. Disampin itu, Sathianathan juga menamakan Syed Adney sebagai penjaga gol yang akan diturunkan pada perlawanan ini. Kata beliau "Berdasarkan kepada rekod, saya memberi kepercayaan kepadanya untuk mengawal pintu gol dalam pertemuan dengan LionsXII nanti,” 

Pemain Tumpuan ATM: Syed Adney 
Pemain Tumpuan   Lions XII FC: Hafiz Sujad 
Ramalan ATM 2 - Lions XII FC 1 


Kelantan vs Terengganu PBDKT T-Team 
8.45 malam, Stadium Sultan Mohamad Ke IV 

Jurulatih pasukan Kelantan, Steve Darby telah nekad kembali semula kepada formasi 4-4-2 selepas sistem 3-5-2 tidak berkesan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Berdepan T-Team adalah peluang terbaik untuk Kelantani mengutip 3 mata. Pasukan kelab dari Terenggau itu masih sibuk bersumpah sana sini dan tercari-cari matlamat sebenar bersaing dalam Liga Super. Tiada masalah buat Red Warriors untuk menang ke atas T-Team. 

Pemain Tumpuan Kelantan: Ahmad Shakir Ali 
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Khairan Ezuan Razali 
Ramalan : Kelantan 3 - Terengganu PBDKT T-Team 1 


Sarawak vs Perak (Siaran Langsung RTM1) 
8.45 malam, Stadium Negeri Sarawak 

Seluruh negeri Sarawak bergembira menyambut kehadiran Ketua Menteri yang baru setelah sekian lama menanti. Jadi hanya kemenangan ke atas Perak sahaja yang akan menjadi hadiah kepada Ketua Menteri yang baru. Ketika zaman Awang Mahyan dan Ngap Sayot dulu, mana-mana pasukan yang bertandang ke Kuching pastinya berdepan tugas getir. Hari ini tempat Awang Mahyan diganti oleh Robert Alberts. Aku yakin Perak tidak akan ada peluang untuk bernafas dalam perlawanan ini.

Pemain Tumpuan Sarawak: Gabor Gyepes 
Pemain Tumpuan  Perak: Khairul Asyraf Sahizah 
Ramalan: Sarawak 4 Perak 0. 

4 comments:

  1. X bole pkai la ramalan ko,dh bpe kali x tepat.. Aku ingt team ko dok liga perdana kot.. Sbut2 liga perdana ni,aku rasa 1 team je blm pnh mmijakkn kaki kt liga perdana.. Kalau ko pndai cuba ko teka anak haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kawe dah tahu hang penyokong mana. Haaaa...penyokong Perak yang berhati fragile. Kau nak pakai ramalan aku untuk hape ye anak halal yang lahir tanpa campuran asap rokok? Anon anon...ape ape pun tq sebab sudi baca hasil tulisan aku ni...kau kena baca semua benda dalam blog ni, baru kau tahu siapa anak haram tu sebenarnya. Ingat...ALLAH benci orang yg menuduh bukan bukan ni...tak baik melabelkan mahkluk-Nya haram sedangkan ia adalah hasil dari perhubungan yang HALAL. Muhasabah diri jom!

      Delete
  2. Dr cara ko preview team Perak nmpk sgt ko ni jelez or sakit hati kt Perak. Jgn smpai aku nmpk ko kt mana2 ja,aku dh kenal muka ko yg mcm sial tu..!! Puikhhh...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah baiklah...saya bersalah..saya takkan report polis dan takkan anggap ini satu ugutan...apa apa saya masih mahu berterima kasih sebab anon sudi baca review saya yang tak seberapa ni...tq bebanyak...

      Delete

Silakan Laser Saye...