Thursday, May 31, 2012

Euro 2012 Group D: ENGLAND





Coach: Roy Hodgson


Goalkeepers: 

Joe Hart (Man City), Rob Green (West Ham), Jack Butland (Birmingham City).


Defenders:

Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Man Utd), John Terry (Chelsea), Joleon Lescott (Man City), Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Leighton Baines , Phil Jagielka (Everton).


Midfielders: 

Theo Walcott (Arsenal), Stewart Downing (Liverpool), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Steven Gerrard (Liverpool), Frank Lampard (Chelsea), Scott Parker (Tottenham), Ashley Young (Man Utd), James Milner (Man City)


Forwards: 

Jermain Defoe (Tottenham), Wayne Rooney (Man Utd), Danny Welbeck (Man Utd), Andy Carroll (Liverpool)

Euro 2012 Group D: France





Goalkeepers: 

Hugo Lloris (Olympique Lyon), Steve Mandanda (Olympique Marseille), Cedric Carrasso (Girondins Bordeaux)


Defenders: 

Gael Clichy (Manchester City), Patrice Evra (Manchester United), Laurent Koscielny (Arsenal), Philippe Mexes (AC Milan), Adil Rami (Valencia), Mathieu Debuchy (Lille), Anthony Reveillere (Olympique Lyon)


Midfielders: 

Yohan Cabaye (Newcastle United), Florent Malouda (Chelsea), Samir Nasri (Manchester City), Alou Diarra (Olympique Marseille), Yann M'vila (Stade Rennes), Marvin Martin (Sochaux), Blaise Matuidi (Paris St Germain)


Forwards: 

Hatem Ben Arfa (Newcastle United), Karim Benzema (Real Madrid), Franck Ribery (Bayern Munich), Olivier Giroud (Montpellier), Jeremy Menez (Paris St Germain), Mathieu Valbuena (Olympique Marseille).

Euro 2012 Group A: Greece





Coach: Fernando Santos



Goalkeepers: 

Kostas Chalkias (PAOK FC), Michalis Sifakis (Aris Thessaloniki FC), Alexandros Tzorvas (US Città di Palermo).


Defenders: 

Vassilis Torossidis (Olympiacos FC), Kyriakos Papadopoulos (FC Schalke 04), Sokratis Papastathopoulos (SV Werder Bremen), Avraam Papadopoulos (Olympiacos FC), José Holebas (Olympiacos FC), Giorgos Tzavellas (AS Monaco FC), Stelios Malezas (PAOK FC).


Midfielders: 

Kostas Katsouranis (Panathinaikos FC), Giorgos Karagounis (Panathinaikos FC), Giannis Maniatis (Olympiacos FC), Giorgos Fotakis (PAOK FC), Grigoris Makos (AEK Athens FC), Giannis Fetfatzidis (Olympiacos FC), Sotiris Ninis (Panathinaikos FC), Kostas Fortounis (1. FC Kaiserslautern).


Forwards: 

Dimitris Salpingidis (PAOK FC), Giorgos Samaras (Celtic FC), Fanis Gekas (Samsunspor), Nikos Liberopoulos (AEK Athens FC), Kostas Mitroglou (Atromitos FC).

Wednesday, May 30, 2012

Euro 2012 Group C: Spain





Coach : Vicente del Bosque Gonzále


Goalkeepers: 

Iker Casillas (Real Madrid), Victor Valdes (Barcelona), Pepe Reina (Liverpool);


Defenders:

Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos (all Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao);


Midfielders: 

Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets, Cesc Fabregas (all Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), David Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Villarreal), Jesus Navas (Sevilla), Juan Mata (Chelsea);


Forwards: 

Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla), Pedro (Barcelona)

Euro 2012 Group C: Croatia






Coach: Slaven Bilic 


Goalkeepers: 

Stipe Pletikosa (Rostov), Danijel Subasic (Monaco), Ivan Kelava (Dinamo Zagreb), Goran Blazevic (Hajduk Split)

Defenders: 

Domogoj Vida (Dinamo Zagreb), Vedran Corluka (Bayer Leverkusen), Josip Simunic (Dinamo Zagreb), Dejan Lovren (Lyon), Sime Vrsaljko (Dinamo Zagreb), Gordon Schildenfeld (Eintracht Frankfurt), Ivan Strinic (Dnipro), Danijel Pranjic (Bayern Munich), Jurica Buljat (Maccabi Haifa)

Midfielders: 

Darijo Srna (Shakhtar Donetsk), Tomislav Dujmovic (Real Zaragoza), Ognjen Vukojevic (Dynamo Kiev), Ivan Rakitic (Sevilla), Luka Modric (Tottenham), Ivan Perisic (Borussia Dortmund), Niko Kranjcar (Tottenham), Milan Badelj (Dinamo Zagreb), Ivo Ilicevic (Hamburg)

Forwards:  

Ivica Olic (Bayern Munich), Nikica Jelavic (Everton), Mario Mandzukic (Wolfsburg), Eduardo (Shakhtar Donetsk), Nikola Kalinic (Dnipro)

Euro 2012 Group B: Holland





Coach : Bert van Marwijk


Goalkeepers:   

Maarten Stekelenburg (Roma), Tim Krul (Newcastle United), Michel Vorm (Swansea City).


Defenders:  

Khalid Boulahrouz (Stuttgart), Wilfred Bouma (PSV), John Heitinga (Everton), Joris Mathijsen (Malaga), Ron Vlaar (Feyenoord), Gregory van der Wiel (Ajax), Jetro Willems (PSV). 



Midfielders:  

Ibrahim Afellay (Barcelona), Mark van Bommel (PSV), Nigel de Jong (Manchester City), Stijn Schaars (Sporting), Wesley Sneijder (Inter Milan), Kevin Strootman (PSV, Rafael van der Vaart (Tottenham) 


Forwards:  

Klaas Jan Huntelaar (Schalke), Luuk de Jong (FC Twente), Dirk Kuyt (Liverpool), Luciano Narsingh (Heerenveen), Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich).

Euro 2012 Group B: Portugal




Coach:Paulo Bento 

Goalkeepers: 

Rui Patricio (Sporting Lisbon), Eduardo (Benfica), Beto (CFR-Cluj)

Defenders: 

Bruno Alves (Zenit Saint-Petersburg), Fabio Coentrao (Real Madrid), Joao Pereira (Sporting Lisbon), Pepe (Real Madrid), Ricardo Costa (Valencia), Rolando (FC Porto), Miguel Lopes (Sporting Braga)

Midfielders: 

Carlos Martins (Granada), Joao Moutinho (FC Porto), Custodio (Sporting Braga), Miguel Veloso (Genoa), Raul Meireles (Chelsea), Ruben Micael (Real Zaragoza)

Forwards: 

Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Hugo Almeida (Besiktas), Helder Postiga (Real Zaragoza), Nani (Manchester United), Nelson Oliveira (Benfica), Ricardo Quaresma (Besiktas), Silvestre Varela (FC Porto)

Tuesday, May 29, 2012

Euro 2012 Group A: Poland





Coach: Franciszek Smuda




Goalkeepers

Wojciech Szczesny (Arsenal), Przemyslaw Tyton (PSV Eindhoven), Grzegorz Sandomierski (Jagiellonia Bialystok).


Defenders:

Lukasz Piszczek (Borussia Dortmund), Marcin Wasilewski (Anderlecht), Jakub Wawrzyniak (Legia Warsaw), Marcin Kaminski (Lech Poznan), Grzegorz Wojtkowiak (Lech Poznan), Sebastian Boenisch (Werder Bremen), Damien Perquis (Sochaux).

Midfielders

Eugen Polanski (Mainz), Dariusz Dudka (Auxerre), Adam Matuszczyk (Fortuna Duesseldorf), Adrian Mierzejewski (Trabzonspor), Jakub Blaszczykowski (Borussia Dortmund), Ludovic Obraniak (Bordeaux), Maciej Rybus (Terek Grozny), Kamil Grosicki (Sivasspor), Rafal Murawski (Lech Poznan), Rafal Wolski (Legia Warsaw).


Forwards:

Robert Lewandowski (Borussia Dortmund), Artur Sobiech (Hanover), Pawel Brozek (Celtic)

Monday, May 28, 2012

Euro 2012 Group A : Republic Czech





 Coach:Michal Bilek. 


Goalkeepers: 

Petr Cech (Chelsea), Jan Lastuvka (Dnipro), Jaroslav Drobny (Hamburg), Tomas Grigar (Teplice).

Defenders: 

Roman Hubnik (Hertha Berlin), Michal Kadlec (Bayer Leverkusen), Tomas Sivok (Besiktas), Daniel Pudil (Cesena), David Limbersky (Viktoria Plzen), Frantisek Rajtoral (Viktoria Plzen), Theo Gebre Selassie (Slovan Liberec), Marek Suchy (Spartak Moscow).


Midfielders:

Tomas Rosicky (Arsenal), Petr Jiracek (Wolfsburg), Daniel Kolar (Viktoria Plzen), Vaclav Pilar (Viktoria Plzen), Jan Rezek (Anorthosis Famagusta), Jaroslav Plasil (Bordeaux), Milan Petrzela (Viktoria Plzen), Tomas Hubschman (Shakhtar Donetsk).


Forwards: 

Milan Baros (Galatasaray), Tomas Pekhart (Nurnberg), David Lafata (Jablonec), Tomas Necid (CSKA Moscow).

Sunday, May 27, 2012

Euro 2012 Player to Watch:ROBBIE KEANE



Sungguhpun Robbie Keane sudah tidak sepantas 12 tahun yang lalu sepertimana ketika beliau mewakili Leeds United, namun kematangan beliau amat ditagih oleh rakan sepasukannya dalam pasukan Ireland. Setakat ini mengumpul sejumlah 53 gol hasil daripada 115 penampilannya untuk pasukan Ireland. Kehadirannya dalam pasukan Ireland akan membantu mereka untuk pergi lebih jauh lagi dan bukannya hanya sebagai pelengkap kejohanan seperti edisi Euro yang lepas-lepas. Selamat maju jaya!!




Euro 2012 Player to Watch:Tomas Rosicky



Walaupun kekurangan aksi bersama Arsenal, namum untuk Rep.Czech, beliau masih pemain yang sangat penting. Bagi pusingan kelayakan Euro tempohari, Rep.Czech tidak bernasib baik apabila diletakan bersama Sepanyol dalam kumpulan I. Namun mereka berjaya juga menamatkan pusingan kelayakan dengan menduduki tempat kedua dengan kelebihan 2 mata berbanding Scotland. Kemudian untuk pusingan kalah mati, Rep.Czech berjaya menumpaskan Montenegro hasil bantuan Tomas Rosicky. Dengan kawalan bola cantik dan visi dari beliau, sudah pasti akan mengecewakan pihak lawan yang bertemu Rep.Czech.





Saturday, May 26, 2012

Euro 2012 Player to Watch:Karim Benzema




Pemain pertahanan di Euro 2012 perlu berhati-hati apabila berhadapan dengan penyerang kuat dan mantap dari Real Madrid ini. Walaupun digilirkan aksi kesebelasan utamanya dengan Gonzalo Higuain, namum beliau masih mampu menjaringkan 21 gol dan menjadi penjaring ketiga terbanyak bagi Real Madrid di belakang Ronaldo (46) dan Higuain (22). Pada aksi Euro 2012 kali ini, sekiranya Yann Mvila, Yoann Gourcuff dan Marvin Martin mampu menyalurkan peluang gol kepada Benzema, makanya France akan menjadi pasukan yang sangat merbahaya dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasukan lawan.



Thursday, May 24, 2012

Euro 2012 Player to Watch:CHRISTIAN ERIKSEN



Anak muda Denmark ini antara 'Wonderkid' yang sedang hangat di Eropah. Baru sahaja berusia 20 tahun,  namun memiliki pengalaman luas baik di peringkat kelab mahupun negara. Menjadi sasaran pembelian dari kelab-kelab elit England seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Merupakan pemenang bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik Denmark 2011. Musim ini beliau turut membantu Ajax Amsterdam memenangi kejuaraan Eredivise. Dengan pengalamannya mewakili Denmark pada Piala Dunia 2010, pasti ia dapat membantu sedikit sebanyak kempen Denmark pada edisi kali ini.



Wednesday, May 23, 2012

Euro 2012 Player to Watch:ZLATAN IBRAHIMOVIC



Zlatan Ibra adalah antara penyerang terhebat yang masih wujud dalam lingkungan spesis beliau. Masih memburu kejayaan utama bersama pasukan negaranya bagi melengkapkan koleksi pingat dalam almari di rumah beliau. Jika dia menemukan konsistensi dalam aksinya, maka Sweden pastinya akan menimbulkan ancaman bagi setiap pasukan lawan dalam kumpulan mereka Kelab-kelab besar Eropah telah menghabiskan jutaan wang untuk mendapatkan penyerang yang hebat ini. Jika Sweden mendapat sentuhan kreatif dari Kim Kallstrom dan Sebastian Larsson, tiada siapa yang tahu sejauh mana pasukan ini akan mara. Sayangnya, Sweden sering datang dan pergi di pertandingan besar bagaikan udara menghembus di tepian pantai.



Euro 2012 Player to Watch:CRISTIANO RONALDO



Apa lagi yang hendak diperkatakan tentang beliau? Keupayaan beliau sudah kita semua ketahui. Kejayaan membantu Real Madrid memenangi La Liga 2011/12 pastinya ingin diteruskan bersama pasukan negaranya Portugal. Bersama-sama dengan Nani, kapten Portugal ini akan menimbulkan ancaman kepada mana-mana pasukan yang berhadapan mereka dan kebiasaannya akan mengalahkan mana-mana pemain pertahanan. Kemampuan beliau menjaringkan gol secara kerap menghadirkan amaran kepada semua pasukan yang ingin menentang bekas Pemain Terbaik Dunia ini.



Monday, May 21, 2012

JUARA LIGA SERATA EROPAH

Berikut adalah senarai JUARA LIGA SERATA EROPAH


BUNDESLIGA - BORUSSIA DORTMUND





LA LIGA - REAL MADRID




EREDEVISIE - AJAX AMSTERDAM





LIGUE 1 -MONTPELLIER HERAULT SC







PORTUGUESE LIGA - FC PORTO





TURKEY SUPER LIG- GALATASARAY







SERIE A - JUVENTUS




BARCLAYS PREMIER LEAGUE - MANCHESTER CITY




SCOTLAND PREMIER LEAGUE - CELTIC



RUSSIAN PREMIER LEAGUE - ZENIT ST. PETERSBURG



SWISS SUPER LEAGUE - FC BASEL 1893


Sunday, May 20, 2012

HAKIKAT SEBENAR: CHELSEA HEBAT ABADI.



Sangat hebat!Itu sahaja ungkapan yang paling sesuai ketika ini untuk Chelsea. Menggunakan taktik keji yang sangat berkesan hasil daripada sentuhan seorang warga Italy yang botak telah membantu Chelsea menjuarai gelaran pertama Eropah mereka. BERTAHAN. Iya BERTAHAN. Ia adalah perkara biasa bagi bolasepak Italy. Anda boleh menggelarkan apa sahaja nama bagi taktik ini. Namun ia tetap tertulis dalam KAMUS BOLA SEPAK sebagai salah satu taktik paling berkesan untuk mendapat kejayaan mutlak. 


Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke 83 hasil jaringan Thomas Muller, Chelsea tidak cepat panik. Malah mengatur serangan dengan lebih kemas dan teratur. Dengan perasaan terlampau konfiden, Jupp Heynckes mengeluarkan penjaring gol pertama Bayern, Muller dan memasukan pemain pertahanan pada minit ke 86. Hanya 2 minit selepas itu, Drogba berjaya menjaringkan gol hasil tandukan padu menewaskan Neuer. Cahaya kejayaan kian kelihatan dari kejauhan di ufuk timur...

Tamat perlawanan 90 minit. Masa tambahan lebih dramatik. Hendak dijadikan hikayat ini lebih menarik, Bayern munich mendapat penalti di masa kecederaan. Semuanya disebabkan oleh Drogba yang cuba memberi harapan palsu kepada seluruh peminat Bayern dengan menjatuhkan Ribery di dalam kotak penalti. Arjen Robben diberi mandat untuk tugasan tendangan penalti ini. Melangkah dengan penuh gagah..belari...dan satu sepakan dilepaskan.....



Satu susuk umpama 'Dark Veder' menyelamatkan keadaan. Siapa lagi kalau bukan Petr Cech. Robben terkedu lalu terdiam membisu..berat terasa dikepalanya bagaikan di hempap tahi bintang.



Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat  masa tambahan. Perlawanan diheret kepenentuan penalti. Chelsea menyahut cabaran mengambil sepakan penalti dengan di belakang gol penuh dengan penykong Bayern. Ternyata ia tidak mendatangkan gerun kepada pemain Chelsea. Hanya Mata sahaja yang tidak menjaringkan gol. Luiz, Lampard, Cole semuanya berjaya menjairngkan gol. Termasuk pemain di bawah ini. Si Tua Dubuk Liar... 


Jaringan Drogba memastikan Chelsea JUARA. Seluruh dunia meraikan kejayaan ini. Drogba berlari berpelukan bersama Petr Cech. Cech juga wira pada perlawanan ini. Menyelamatkan 2 lagi penalti daripada Olic dan Schweinsteiger. Dua orang veteran Chelsea ini wajar diberi pujian.




Seluruh pemain meraikan nikmat menjadi Juara Eropah buat pertama kalinya. Ia hanyalah satu permulaan setelah begitu lama Chelsea bersabar menantikan detik manis ini..



Dan keraian berterusan...gambar kenangan terus diambil...


Seorang wira tua menjulang piala idaman setiap umat Eropah..



Terima kasih buat individu di bawah ini..walau apa pun nasib beliau selepas ini, Roberto di Matteo adalah hero yang akan sentiasa kami sayangi.


My Best Selection Europe 2011-2012





Manuel Neuer
Mantap.Bergetah dan Fleksibel. Memberikan persembahan mantap sepanjang musim ini sehingga berjaya membawa Bayern ke pentas final UCL. Aksi kemuncak beliau ialah membantu Bayern memenangi  penentuan penalti bertemu Real Madrid pada separuh akhir UCL 2012. Ini sekaligus membantutkan mimipi 'The Special One' untuk menjurai UCL musim ini.





Branislav Ivanovic
Boleh dikatakan sebagai Hamba Abdi II untuk Chelsea musim ini selepas Ramires. Seringkali diturunkan di posisi pertahanan kanan atau tengah dan ianya bergantung pada keadaan semasa Chelsea. Musim ini beliau banyak menjaringkan gol penting ketika Chelsea benar-benar memerlukannya ibarat 'ubat asma untuk pesakit semput'.




Giorgio Chiellini
Tembok kebal yang menjadi punca kepada kejayaan Juventus menjuarai Serie A tanpa mengalami satu kekalahan pun musim ini. Berani mati adalah moto dalam jiwa Chiellini. Persembahan mantap beliau membuatkan bekas pemain pertahanan Italy seperti Cannavaro dan Maldini tertawa riang sambil menjamu spagetti goreng pedas di rumah Roberto Baggio.





Sergio Ramos
Seperti yang diketahui ramai, beliau adalah sasaran utama budak-budak Barcelona untuk 'membakor line' sekiranya kedua pasukan ini bertemu.. Namun jiwa peragut beliau tidak mengendahkan itu semua. Memberikan persembahan konsisten sepanjang musim namun masih tetap tidak dapat menahan nafsu penyabitnya apabila melihat Messi membawa bola. Mujur Puyol tidak beraksi di Euro akibat kecederaan. Kalau tidak, mahunya huru hara lagi kem latihan Sepanyol pada kempen Euro kali ini.



Philip Lahm
Kecil molek tetapi sangat laju dan pantas apabila turun naik padang ketika beraksi. Beliau antara pemain pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini. Tidak banyak yang perlu diperkatakan mengenai kapten Bayern dan juga German ini. Lihat sahaja aksi anak kelahiran Munich Jerman Barat ini dan kita akan mengakui beliau adalah pemain yang penuh dedikasi. 





Yaya Toure
"Saya tidak minum arak, saya seorang Muslim". Inilah ungkapan keramat musim ini daripada mulut beliau. Hadir di Machester City untuk menabur bakti selepas abangnya Kolo Toure terlegih dahulu tiba di Etihad Stadium. Musim ini beliau banyak membantu Mancini merealisasikan impian memenangi BCL 2012 buat pertama kali selapas hampir 44 tahun kahausan menantinya bagaikan "Sang Gagak menunggu hujan di padang pasir".



Cristiano Ronaldo
Apa yang perlu diperkatakan tentang beliau selain daripada memberikan persembahan mantap musim ini dan mempunyai Irina Shayk di sampingnya? Musim ini bersaing hebat dengan Messi dalam mengejar tahkta penjaring terbanyak La Liga. Cuma satu sahaja kekurangan beliau iaitu, tidak berapa menyerlah ketika dalam perlawanan besar bertemu kelab elit Eropah.



Mesut Ozil
Musim ini Mesut Ozil melakukan 17 bantuan gol untuk pasukan Real Madrid secara keseluruhannya di dalam aksi La Liga. Memberikan aksi konsisten sepanjang musim ini setelah mendapat bimbingan daripada 'The Special One'. Beliau membantu Real Madrid memenangi gelaran ke 32 La Liga dengan membantu jaringan pertama dan menjaringkan sendiri gol kedua dalam pertemuan bertemu Atheletic Bilbao yang mana Real Madrid menang 3-0.



Van Persie
Sumbangan beliau paling diingati musim ini apabila menjaringkan gol terpantas BPL 2011-12 pada saat ke 28 ketika Arsenal bertemu Sunderland. Menjaringkan 30 gol untuk Arsenal bagi kempen musim ini serta menjadi pemain kedua dalam sejarah Liga Inggeris yang berjaya membolosi 17 pasukan berbeza dalam semusim. Persembahannya musim ini menimbulkan khabar angin bertiup kencang dari Manchester City yang ketagih khidmat beliau.



Lionel Messi
Sebenarnya saya malas mahu mengulas tentang beliau. Setiap musim semestinya beliau akan mempamerkan permainan yang memukau. Mustahil untuk melupakan nama beliau dari senarai ini, melainkan Messi mengalami kecederaan besar dalam kariernya. Jaringan hatriknya pada 2 May 2012 ketika bertemu Malaga membawa dirinya menjadi penjaring tebaik Eropah dengan jumlah 68 gol serta memecahkan rekod Gerd Muller (67 gol in1972-73). 7 hatriknya dalam La Liga musim ini mengukuhkan namanya sebagai pemain tebaik dunia ketika ini.



Robert Lewandoski
Pisang panas!!!Itulah dia hakikat yang perlu ditelan oleh pemuda berusia 23 tahun ini selepas mempamerkan persembahan terbaiknya selama 2 musim berturut-turut bersama Borussia Dortmund. Penjaring ketiga terbanyak Bundesliga dengan 22 gol serta membantu Dortmund memenangi Bundesliga dan DFB Cup musim ini. Sekiranya beliau membantu Poland melangkah jauh dalam Euro 2012 nanti, sudah pasti harganya di pasaran akan semakin meningkat.



Saturday, May 19, 2012

Euro 2012 Player to Watch:DIMITRIS SALPIGIDIS



Beliau menjaringkan gol pembukaan PAOK di Liga Europa ketika menang 2-1 menentang Tottenham pada bulan November. Sebelum itu, beliau telah menyebabkan peminat Ukraine naik marah dengan jaringan kemenangan dalam perlawanan play-off Piala Dunia 2010 ketika Greece menewaskan negara tuan rumah Euro 2012 itu 1-0 di Donetsk. Pasukan Greece mungkin tidak terkenal kerana kehebatan dalam menyerang dan keupayaan menjaringkan gol, nemum sekiranya mereka diberi peluang, mereka akan menyeksa pasukan lawan secukupnya.


Euro 2012 Player to Watch:Luka Modric



Beliau bukan hanya pemain tengah genius untuk Tottenham, tetapi dia juga adalah nadi bagi pasukan kebangsaan, Croatia. Modric merupakan pemain penting dalam usaha Croatia untuk layak ke Euro 2012 Poland dan Ukraine ini melalui aggregat kemenangan 3-0 ke atas Turki, selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F di belakang juara Euro 2004, Greece. Boleh menghidupkan permainan dengan hantaran tajam dan cantik serta kemas.









Friday, May 18, 2012

Apa agenda sebenar Annuar Musa?



Salam...harap maaf andai entry kali ini menyinggung pihak-pihak berkenaan. Saya mahu tulis sedikit sahaja kerana merasakan diri ini tidak layak mengulas keperibadian seseorang yang tidak saya kenali secara rapat. Apa yang mampu ditulis adalah berdasarkan fakta dan pendapat saya sendiri. Untuk pengetahuan semua,antara kejayaan yang diperolehi oleh pasukan Bolasepak Kelantan sejak 2009 di bawah pentadbiran Tan Sri Anuar Musa ialah: 
  • Juara Piala Malaysia 2010. 
  • Naib Juara Piala Malaysia 2009. 
  • Juara Liga Super 2011. 
  • Naib Juara Liga Super 2010. 
  • Naib Juara Piala FA 2009 dan 2011. 
  • Juara Perisai Komuniti 2011. 
  • Naib Juara Perisai Komuniti 2012. 

Sebelum 2009, anda semua boleh cari sendiri di mana bolasepak Kelantan berada ketika itu.

Datuk Aini Taib

Rekod beliau ini mengingatkan saya kepada Datuk Aini Taib ketika mengemudi Selangor bersama-sama Ken Worden pada era-90 an dahulu. Skuad Selangor ketika itu bukan sahaja dibarisi oleh pemain import dan tempatan terbaik, malah juga terdiri daripada anak jati Selangor yang lahir daripada program pembangunan bolasepak tempatan yang berkesan. Tatkala Selangor ketika itu dibarisi pemain seperti Azman Adnan, Tony Cotte dan Mehmet Durakovic, beberapa pemain kelahiran Selangor seperti Asmawi Bakiri, Rusdi Suparman dan Azlisham Ibrahim turut diketengahkan. 

Kelantan juga seperti menggunakan ramuan yang sama untuk menguasai pentas bolasepak tempatan. Pemain bintang dari luar negeri Kelantan telah dipanggil masuk seperti Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal dan Khalid Jamlus. Anak jati kelantan seperti Nurul Azwan Roya dan Daudsu Jamaluddin pula dipanggil semula mewakili negeri kelahiran mereka selepas menabur bakti di perantauan. Tidak lupa juga Khairul Fahmi yang merupakan bekas anggota skuad piala presiden Kelantan yang dinaik taraf ke skuad senior. 

Formula bernas yang digunakan kedua bekas presiden ini dapat membantu pasukan mereka menguasai pentas bolasepak tempatan pada satu tempoh masa tertentu. Struktur pentadbiran yang mantap serta teratur memberi faedah pada kejayaan pasukan bolasepak mereka. Namun tahukah anda kebijaksanaan TSAM ini hanya mampu untuk menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita sahaja di FAM? Namun begitu, beliau tetap professional dalam kerjayanya. 

Mengimpikan pemain bolasepak wanita pergi sejauh ini...

Menurut Timbalan Presiden PBSWM Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad, Tan Sri Annuar Musa telah memulakan langkah bagi membangunkan semula skuad wanita namun tidak mendapat reaksi positif daripada FAM. Pada 2009, Annuar telah memberikan senarai nama anggota Jawatankuasa PBSWM yang baru kepada FAM, tetapi sehingga hari ini (Mac 2012) mereka tidak menerima apa-apa maklum balas atau panggilan untuk mengadakan perjumpaan tentang persatuan bola sepak wanita kebangsaan. Apa yang sudah jadi dengan orang atasan dalam FAM?

Namun begitu, sekiranya anda baru sahaja mengenali atau mendengar nama Annuar Musa, tindakan beliau yang sentiasa meng'update' status FB nya akan di anggap sebagai gila populariti ataupun mempunyai agenda politik. Begitu juga sekiranya anda baru sahaja mengenali FAM, anda akan setuju dengan denda dari Soltan Bola tersebut. Tetapi bolehkah anda beri jaminan bahawa orang-orang atasan dalam FAM yang lain itu tidak mempunyai sebarang agenda politik? Jika TSAM ada agenda politik sekalipun, saya rasa rakyat Kelantan tidak akan mudah tertipu. Mereka semua lebih bijak pandai daripada kita dalam menilai keperibadian seseorang tokoh tersebut mengikut keadaan tertentu. Paham?

Secara peribadi, saya yang mencintai bolasepak ini hanya mahukan kejayaan dan pembangunan bolasepak tempatan. Andaikata FAM mampu buktikan mereka boleh memajukan bolasepak tempatan, saya tidak kisah jikalau Soltan Bola mahu duduk 100 tahun pun kerusi FAM itu. Namun hakikatnya, Soltan Bola dan konco-konconya seringkali mencantas mereka yang bercita-cita tinggi dan mempunyai akal yang cerdik dalam bolasepak.

Tak perlu saya ulang ulasan tentang berapa ramai tokoh yang pernah dicantas FAM. Adalah lebih elok FAM melaksanakan tugasnya memajukan bolasepak Malaysia daripada sibuk melayan TSAM. Adakah ranking bolasepak Malaysia akan turun sekiranya TSAM merasmikan CD dikir warriors? 

Aku biarkan soalan di atas untuk dijawab oleh kamu semua. Dan tajuk entry ini sepatutnya.... 

"APA AGENDA SEBENAR FAM?"