Stadium Wembley
Chelsea vs Liverpool |
Cakap banyak tak guna, takkan aku nak tulis analisis pasal Liverpool kot. Bagaikan sudah tertulis di atas batu, semestinya Chelsea akan memenangi pertarungan untuk menjaga maruah rakyat London ini dengan mudah. Kekebalan Petr Cech yang sudah ditransformasikan menjadi 'Dark Vader' menjelang 2012 tidak dapat dinafikan lagi. Beliau akan menjaga gawang Chelsea dengan sepenuh tenaga dan keazaman yang tinggi. Setakat cubaan Suarez si Arnab tu memang celah gigi Cech sahaja...
Transformasi sebenar |
Di barisan pertahanan memang tiada masalah. Sesiapa pun yang dipanggil RDM pasti akan bersedia berkorban untuk Chelsea. Cole, Cahill, Ivanovic, Terry, Luiz adalah nama-nama utama yang akan melindungi Cech. Mereka semua adalah manusia berhati robot. Tiada rasa belas ehsan di dalam hati apabila beraksi. Sesiapa yang terasa mahu mati, silalah mencari pasal dengan mereka.
Kebal |
Ramires adalah hamba abdi Chelsea yang baru yang hensem. Dahulu tugas ini digalas oleh Essien. Ramires bersama Lampard, Mikel dan Meireles membentuk gandingan padu di bahagian tengah Chelsea. Sekiranya RDM mahukan kelainan dalam corak permainan, beliau boleh memasukan Mata dan Kalou bagi menambah serangan dari bahagian tengah Chelsea. Awas Liverpool!!!
Dua Ekor Pailang |
Torres Dubuk Albino atau Drogba Dubuk Liar. Keduanya sentiasa bersedia untuk diturunkan beraksi. Mereka berdua adalah penjahanam pasukan lawan. Liverpool adalah santapan buat mereka. Meng ayam-ayamkan pertahanan Liverpool adalah rukun negara mereka. Memang dah jelas lagi bersuluh bahawa Chelsea akan menjadi Juara Piala FA 2012 dengan keputusan 3-0.
Torres Si Dubuk Albino dan Drogba Si Dubuk Liar |
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...