Chelsea dalam misi kemanusiaan menyelamatkan maruah warga England |
Salam..hanya ada satu pasukan sahaja yang layak beraksi di Final UCL tahun ini bagi mewakili seluruh warga England. Pasukan itu adalah CHELSEA. Iya CHELSEA, DIULANGI CHELSEA. Dan ia bukannya pasukan yang tumpas pada Althetic Bilbao. Matang dan penuh gaya serta beraksi bagaikan juara sehingga membawa CHELSEA ke pentas akhir untuk bertemu Bayern Munich. Selepas Barcelona merasai keperitan tewas kepada pasukan HEBAT, kini peluang Bayern pula menjamah rasa sakit dan kecewa apabila ditumpaskan oleh Chelsea kelak.
Aksi yang menyebabkan semua penyokong Barca cirit-birit |
Di manakah dia pemain terbaik dunia, Messi???? Tanpa aksi pada Euro kali ini (sebab Argentina mana main Euro), beliau nampaknya pulang awal ke kampung halaman untuk bersama-sama rakannya bermain konda-kondi. Ternyata Lionel Messi masih belum cukup sifat untuk menghadiahkan Pep Guadiola hadiah perpisahan yang sangat manis ini.
Tiada Messi, tiada Ronaldo. Hanya Lampard dan bekas pemain CHELSEA, Robben. |
Kini nasib Chelsea semuanya terletak di bahu seorang lelaki botak bagi menghadiahkan trofi kedua buat mereka musim ini. Roberto Di Matteo yang juga bekas pemain Chelsea ini memiliki 119 penampilan beserta 15 jaringan dalam rekodnya. Dek kerana jiwanya sudah sebati dengan Chelsea, maka tiada masalah buatnya mendidik pemain Chelsea ke arah kejayaan berganda musim ini. Percayalah pada RDM, maka Chelsea akan menjadi JUARA.
Sabar karo..tenang sudaa..bio kawe setelkan semuo.. |
Sementara itu.......kanak-kanak di Manchester United, sambil makan choki-choki menanti penuh minat saat manis Chelsea menjulang Piala UEFA Champions League.
Dan selepas berakhirnya 90 minit permainan, aksi di bawah ini pasti akan dipersembahkan oleh pasukan Chelsea kepada seluruh peminat mereka di serata dunia. Ternyata dan jelas pasukan CHELSEA ADALAH HEBAT ABADI!!!
1,2....HOOOORAAAAAAAAAAAAAAAAYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...