Tuesday, May 15, 2012

FINAL PIALA FA:SIME DARBY VS KELANTAN




Liverpool vs Donscaster, Ac Milan vs Livorno. Itulah dia ibaratnya pertemuan pada Final FA CUP 2012 ini. Mengikut kiraan logik akal, Kelantan sememangnya pasukan yang akan mudah memenangi perlawanan ini. Namun jangan dilupa, SIME DARBY telah menewaskan banyak pasukan elit Liga Super termasuk menewaskan finalis tahun lepas iaitu Terengganu. Elemen kejutan seperti ini amat dinantikan oleh semua peminat bolasepak. Berharap agar Sime Darby dapat mencipta sesuatu 'epik' seperti yang pernah dilakukan oleh Kelab MPPJ suatu masa dahulu.

Kali ini kita tidak mahu berbicara mengenai pasukan Kelantan kerana semua sudah maklum kekuatan dan kelemahan pasukan ini. Kita juga mengetahui dengan siapa Khairul Fahmi berpacaran. Tetapi tidak mengetahui nama penjaga Sime Darby..iye tak?

Sime Darby juga mempunyai seorang penjaga gol yang tidak kurang hensemnya jika dibandingkan dengan Khairul Fahmi. Redzuan Harun, penjaga gol yang berusia 33 tahun ini tidak dapat dipastikan dari masa asal beliau dan misteri ditambah lagi dengan gambar di sebelah ini. Hanya menampakkan pandangan dari belakang sahaja. Namun aksi mantap beliau banyak membantu Sime Darby untuk sampai sejauh ini. Pada usia sebegini, beliau semestinya mahukan kejayaan menjadi milik Sime Darby. Sekurang-kurangnya beliau ada cerita untuk disampaikan kepada cucu cicit beliau pada 30 tahun akan datang..Cerita Kisah Sime Darby memenangi PIALA FA 2012.

Bernombor 25 itulah Redzuan Harun

Di barisan pertahanan pula, Sime Darby memiliki sejumlah pemain yang 'sedia mati' untuk pasukan mereka.  Antaranya Fairuz Abdul Aziz, Hairul Nizam Haniff,Kamarul Afiq Kamaruddin,Nuraliff Zainal Abidin dan Shazlan Alias. Namun antara yang perlu diberi perhatian ialah Muhd Arif Ismail. Bekas pemain Perak ini ialah anak jati Kuala Lumpur yang pernah mendapat bimbingan dari 'bentara guru' Dato' M.Karathu.Pengalaman yang beliau miliki ini boleh menjamin pasukan Sime Darby melakar kejayaan menjulang Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah bolasepak Malaysia.


                                                  
                                             Gambar pasport lama ketika mewakili Perak
























Mohd Fadly Baharum pula antara watak penting di bahagian tengah pasukan Sime Darby ini. Beraksi sebagai pemain sayap kiri dan seringkali melakukan gerak bahaya untuk memerangkap pihak lawan. Pengalaman beharga beliau ketika membantu Kedah memenangi 'treble' pada musim 2007/2008 banyak mematangkan corak permainan pemain kelahiran Alor Star ini. Juga pernah memenangi anugerah Pemain Muda Harapan pada musim yang sama setelah persembahan mantap sepanjang membantu Kedah di bawah bimbingan Azraai Khor.


Juga gambar pasport lama ketika mewakili Kedah




Selain itu, Sime Darby juga memiliki beberapa pemain mantap di bahagian tengah antaranya Syukur Saidin yang menjaringkan gol kemenagan ketika bertemu Terengganu di separuh akhir pertama. Ketua pasukan yang 'bertauladan' iaitu Mohd Nor Ismail serta pemain import yang penuh gaya Leandro Teofilo.Gandingan pemain tempatan dan import ini mampu menggugat emosi pemain Kelantan sekiranya mereka memandang rendah keupayaan pasukan Sime Darby.


Leandro Teofilo sedang beraksi

Patrick Wleh dan Mohd Irme Mat pula akan mengisi bahagian serangan pasukan Sime Darby. Sekiranya kedua mereka dalam 'mood' yang baik, semestinya Kelantan akan berada dalam keadaan bahaya. Selain dari Mohd Zamri Hassa dan Mohd Faiz Mohd Isa, Sime Darby turut mempunyai 'Balotelli Malaysia' iaitu Razali Umar Kandasamy. Sekali imbas jika dilihat memang Sime Darby tidak mempunyai peluang untuk menewaskan Kelantan. Tetapi saya mempunyai naluri yang  kuat mengatakan Sime Darby pasti akan berjaya menewaskan Kelantan pada malam Sabtu nanti. Lihat video di bawah ini bagaimana Terengganu ditewaskan dengan sayur bayamnya..Percayalah...Sime Darby 2 - Kelantan 1.



No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...