Sunday, May 20, 2012

My Best Selection Europe 2011-2012





Manuel Neuer
Mantap.Bergetah dan Fleksibel. Memberikan persembahan mantap sepanjang musim ini sehingga berjaya membawa Bayern ke pentas final UCL. Aksi kemuncak beliau ialah membantu Bayern memenangi  penentuan penalti bertemu Real Madrid pada separuh akhir UCL 2012. Ini sekaligus membantutkan mimipi 'The Special One' untuk menjurai UCL musim ini.





Branislav Ivanovic
Boleh dikatakan sebagai Hamba Abdi II untuk Chelsea musim ini selepas Ramires. Seringkali diturunkan di posisi pertahanan kanan atau tengah dan ianya bergantung pada keadaan semasa Chelsea. Musim ini beliau banyak menjaringkan gol penting ketika Chelsea benar-benar memerlukannya ibarat 'ubat asma untuk pesakit semput'.




Giorgio Chiellini
Tembok kebal yang menjadi punca kepada kejayaan Juventus menjuarai Serie A tanpa mengalami satu kekalahan pun musim ini. Berani mati adalah moto dalam jiwa Chiellini. Persembahan mantap beliau membuatkan bekas pemain pertahanan Italy seperti Cannavaro dan Maldini tertawa riang sambil menjamu spagetti goreng pedas di rumah Roberto Baggio.





Sergio Ramos
Seperti yang diketahui ramai, beliau adalah sasaran utama budak-budak Barcelona untuk 'membakor line' sekiranya kedua pasukan ini bertemu.. Namun jiwa peragut beliau tidak mengendahkan itu semua. Memberikan persembahan konsisten sepanjang musim namun masih tetap tidak dapat menahan nafsu penyabitnya apabila melihat Messi membawa bola. Mujur Puyol tidak beraksi di Euro akibat kecederaan. Kalau tidak, mahunya huru hara lagi kem latihan Sepanyol pada kempen Euro kali ini.



Philip Lahm
Kecil molek tetapi sangat laju dan pantas apabila turun naik padang ketika beraksi. Beliau antara pemain pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini. Tidak banyak yang perlu diperkatakan mengenai kapten Bayern dan juga German ini. Lihat sahaja aksi anak kelahiran Munich Jerman Barat ini dan kita akan mengakui beliau adalah pemain yang penuh dedikasi. 





Yaya Toure
"Saya tidak minum arak, saya seorang Muslim". Inilah ungkapan keramat musim ini daripada mulut beliau. Hadir di Machester City untuk menabur bakti selepas abangnya Kolo Toure terlegih dahulu tiba di Etihad Stadium. Musim ini beliau banyak membantu Mancini merealisasikan impian memenangi BCL 2012 buat pertama kali selapas hampir 44 tahun kahausan menantinya bagaikan "Sang Gagak menunggu hujan di padang pasir".



Cristiano Ronaldo
Apa yang perlu diperkatakan tentang beliau selain daripada memberikan persembahan mantap musim ini dan mempunyai Irina Shayk di sampingnya? Musim ini bersaing hebat dengan Messi dalam mengejar tahkta penjaring terbanyak La Liga. Cuma satu sahaja kekurangan beliau iaitu, tidak berapa menyerlah ketika dalam perlawanan besar bertemu kelab elit Eropah.



Mesut Ozil
Musim ini Mesut Ozil melakukan 17 bantuan gol untuk pasukan Real Madrid secara keseluruhannya di dalam aksi La Liga. Memberikan aksi konsisten sepanjang musim ini setelah mendapat bimbingan daripada 'The Special One'. Beliau membantu Real Madrid memenangi gelaran ke 32 La Liga dengan membantu jaringan pertama dan menjaringkan sendiri gol kedua dalam pertemuan bertemu Atheletic Bilbao yang mana Real Madrid menang 3-0.



Van Persie
Sumbangan beliau paling diingati musim ini apabila menjaringkan gol terpantas BPL 2011-12 pada saat ke 28 ketika Arsenal bertemu Sunderland. Menjaringkan 30 gol untuk Arsenal bagi kempen musim ini serta menjadi pemain kedua dalam sejarah Liga Inggeris yang berjaya membolosi 17 pasukan berbeza dalam semusim. Persembahannya musim ini menimbulkan khabar angin bertiup kencang dari Manchester City yang ketagih khidmat beliau.



Lionel Messi
Sebenarnya saya malas mahu mengulas tentang beliau. Setiap musim semestinya beliau akan mempamerkan permainan yang memukau. Mustahil untuk melupakan nama beliau dari senarai ini, melainkan Messi mengalami kecederaan besar dalam kariernya. Jaringan hatriknya pada 2 May 2012 ketika bertemu Malaga membawa dirinya menjadi penjaring tebaik Eropah dengan jumlah 68 gol serta memecahkan rekod Gerd Muller (67 gol in1972-73). 7 hatriknya dalam La Liga musim ini mengukuhkan namanya sebagai pemain tebaik dunia ketika ini.



Robert Lewandoski
Pisang panas!!!Itulah dia hakikat yang perlu ditelan oleh pemuda berusia 23 tahun ini selepas mempamerkan persembahan terbaiknya selama 2 musim berturut-turut bersama Borussia Dortmund. Penjaring ketiga terbanyak Bundesliga dengan 22 gol serta membantu Dortmund memenangi Bundesliga dan DFB Cup musim ini. Sekiranya beliau membantu Poland melangkah jauh dalam Euro 2012 nanti, sudah pasti harganya di pasaran akan semakin meningkat.



No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...