Saturday, May 12, 2012

Euro 2012 Player to Watch:GIORGIO CHIELLINI

Panglima Berdarah:GIORGIO CHIELLINI
Sungguh tak mengejutkan bahawa pemain pertahanan telah dipilih oleh saya di kalangan pemain Italy yang perlu diberi perhatian. Beliau telah beraksi untuk semua perlawanan peringkat kelayakan bagi pasukan Italy. Ketika ini sedang meraikan kejayaan membantu Juventus memburu kejuaraan Serie A mereka. Ketiadaan pemain senior yang sudah bersara dari peringkat antarabangsa seperti Nesta dan Cannavaro memberi peluang pemain berusia 27 tahun ini menunjukan tahap sebenar beliau.



Chiellini telah dipanggil untuk skuad Itali pada Euro 2008, setelah kecederaan kapten, Fabio Cannavaro semasa sesi latihan. Namun beliau telah dipinggirkan dalam permainan pembukaan menentang Belanda, yang mana Itali telah tewas 3-0. Beliau seterusnya mendapat tempat beraksi bersama Cristian Panucci pada perlawanan kedua dan seterusnya, mengekalkan lagi tempat dalam pertahanan Azzurri.

Beliau memberikan aksi paling mengesankan ketika menentang Sepanyol pada suku akhir, di mana beliau berjaya meneutralkan ancaman duo Sepanyol ketika itu iaitu David Villa dan Fernando Torres. Permainan berakhir 0-0, dengan Itali akhirnya kalah menerusi penentuan penalti. Bersama Buffon nanti beliau pastinya akan menyulitkan pasukan yang bertemu Italy untuk menjaringkan gol.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...