Sangat hebat!Itu sahaja ungkapan yang paling sesuai ketika ini untuk Chelsea. Menggunakan taktik keji yang sangat berkesan hasil daripada sentuhan seorang warga Italy yang botak telah membantu Chelsea menjuarai gelaran pertama Eropah mereka. BERTAHAN. Iya BERTAHAN. Ia adalah perkara biasa bagi bolasepak Italy. Anda boleh menggelarkan apa sahaja nama bagi taktik ini. Namun ia tetap tertulis dalam KAMUS BOLA SEPAK sebagai salah satu taktik paling berkesan untuk mendapat kejayaan mutlak.
Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke 83 hasil jaringan Thomas Muller, Chelsea tidak cepat panik. Malah mengatur serangan dengan lebih kemas dan teratur. Dengan perasaan terlampau konfiden, Jupp Heynckes mengeluarkan penjaring gol pertama Bayern, Muller dan memasukan pemain pertahanan pada minit ke 86. Hanya 2 minit selepas itu, Drogba berjaya menjaringkan gol hasil tandukan padu menewaskan Neuer. Cahaya kejayaan kian kelihatan dari kejauhan di ufuk timur...
Tamat perlawanan 90 minit. Masa tambahan lebih dramatik. Hendak dijadikan hikayat ini lebih menarik, Bayern munich mendapat penalti di masa kecederaan. Semuanya disebabkan oleh Drogba yang cuba memberi harapan palsu kepada seluruh peminat Bayern dengan menjatuhkan Ribery di dalam kotak penalti. Arjen Robben diberi mandat untuk tugasan tendangan penalti ini. Melangkah dengan penuh gagah..belari...dan satu sepakan dilepaskan.....
Satu susuk umpama 'Dark Veder' menyelamatkan keadaan. Siapa lagi kalau bukan Petr Cech. Robben terkedu lalu terdiam membisu..berat terasa dikepalanya bagaikan di hempap tahi bintang.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat masa tambahan. Perlawanan diheret kepenentuan penalti. Chelsea menyahut cabaran mengambil sepakan penalti dengan di belakang gol penuh dengan penykong Bayern. Ternyata ia tidak mendatangkan gerun kepada pemain Chelsea. Hanya Mata sahaja yang tidak menjaringkan gol. Luiz, Lampard, Cole semuanya berjaya menjairngkan gol. Termasuk pemain di bawah ini. Si Tua Dubuk Liar...
Jaringan Drogba memastikan Chelsea JUARA. Seluruh dunia meraikan kejayaan ini. Drogba berlari berpelukan bersama Petr Cech. Cech juga wira pada perlawanan ini. Menyelamatkan 2 lagi penalti daripada Olic dan Schweinsteiger. Dua orang veteran Chelsea ini wajar diberi pujian.
Seluruh pemain meraikan nikmat menjadi Juara Eropah buat pertama kalinya. Ia hanyalah satu permulaan setelah begitu lama Chelsea bersabar menantikan detik manis ini..
Dan keraian berterusan...gambar kenangan terus diambil...
Seorang wira tua menjulang piala idaman setiap umat Eropah..
Terima kasih buat individu di bawah ini..walau apa pun nasib beliau selepas ini, Roberto di Matteo adalah hero yang akan sentiasa kami sayangi.
Shebby adalah org paling sedih atas kejayaan ini. Beliau terpaksa menelan hakikat yg pasukan fevretnya bermain liga EUROPA next season.
ReplyDelete