Pengenalan Qatar
Tuan rumah Piala Dunia 2022 ini dalam proses mengembalikan maruah mereka yang tercalar selepas tersingkir awal dalam kejohanan Gulf Cup di Bahrain baru-baru ini. Fahad Thani kemudiannya dilantik menggantikan Paulo Autuori pada Selasa yang lepas. Ini merupakan langkah drastik mereka yang mungkin akan mengganggu persediaan menghadapi Malaysia, pasukan yang paling agung di rantau sendiri iaitu Asia Tenggara.
Berada pada kedudukan ke-106 dalam Ranking FIFA jelas merupakan kelebihan di atas kertas yang berpihak kepada pasukan Qatar. Namun sekiranya falsafah hebat FAM iaitu "Ranking TIDAK PENTING" itu mampu dibuktikan, sudah pasti pasukan Qatar akan mengalami kesulitan yang amat besar apabila melayani kunjungan anak buah Rajagopal kelak.
Seramai 26 orang pemain telah dipanggil oleh Fahad Thani berbanding Rajagopal 'The Scientist' yang hanya memerlukan 24 orang pemain sahaja. Saad Al Sheeb yang berusia 22 tahun dan baru sahaja memiliki 3 penampilan antarabangsa hampir pasti menjadi penjaga gol utama berikutan persembahan semasanya yang amat memberansangkan. Pemain pertahanan penuh pengalaman iaitu Bilal Mohammed yang berusia 26 tahun akan mengetuai barisan 'Back 4' Qatar. Dengan rekod 4 gol dalam 61 penampilan antarabangsa, beliau merupakan antara nadi penting untuk pasukan Qatar.
Selain itu, negara Qatar juga turut melaksanakan Program Naturalisasi seperti Indonesia dan Singapura. Program ini dikenali sebagai PNR1Q iaitu Program Naturalisasi Rakyat 1 Qatar. Mereka telah menjadikan pemuda Uruguay yang berusia 29 tahun iaitu Sebastian Soria sebagai warganegara Qatar yang sahih lagi sah. Soria adalah penyerang utama Qatar buat masa ini dengan rekod jaringan 26 gol dalam 66 penampilan buat pasukan ini.
Selain itu, negara Qatar juga turut melaksanakan Program Naturalisasi seperti Indonesia dan Singapura. Program ini dikenali sebagai PNR1Q iaitu Program Naturalisasi Rakyat 1 Qatar. Mereka telah menjadikan pemuda Uruguay yang berusia 29 tahun iaitu Sebastian Soria sebagai warganegara Qatar yang sahih lagi sah. Soria adalah penyerang utama Qatar buat masa ini dengan rekod jaringan 26 gol dalam 66 penampilan buat pasukan ini.
Sebastian Soria mangsa Program Naturalisasi Rakyat 1 Qatar |
Berikut adalah baki senarai pemain yang dipanggil oleh Fahad Thani (lagi 2 orang gagal dikesan):
- Qasim Burhan
- Baba Malik
- Ibrahim Majed
- Abdulkareem Hassan
- Mahdi Ali
- Ibrahim Ghanem
- Mohamed Mousa
- Khaled Muftah
- Yousif Muftah
- Khalid Abdulraouf
- Hamad Ismail Ahmed Yassir
- Talal Al Balooshi
- Hassan Al Haidous
- Abdulaziz Al Sulaiti
- Abdulaziz Hatem
- Younis Ali
- Mohammed Al Sayed
- Khalfan Ibrahim
- Majed Mohammed
- Yousef Ahmed
- Jarallah Al Marri
Rekod Pertemuan
Rekod Pertemuan Malaysia lawan Qatar | ||||||
Negara | Pertemuan | Menang | Seri | Kalah | Jaring | Bolos |
Malaysia
| 5 | 0 | 3 | 2 | 3 | 8 |
Jika dilihat pada rekod pertemuan peringkat senior antara Malaysia dan Qatar, kelebihan jelas berpihak kepada Qatar. Sepanjang 5 pertemuan, Malaysia hanya mampu seri 3 perlawanan manakala tewas dalam 2 perlawanan yang lain. Amat mengerikan. Mari kita sama-sama imbas kembali pertemuan antara Malaysia dan Qatar.
22 September 1980 - Piala Asia, Kuwait.
Malaysia telah seri 1-1 dengan Qatar pada perlawanan peringkat kumpulan B Piala Asia yang berlangsung di Kuwait. Gol hasil jaringan Tukamin Bahari pada minit ke-67 itu membantu Malaysia untuk mengikat keputusan seri. Pada kejohanan ini Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan B di belakang pasukan tuan rumah Kuwait dan musuh tradisi Korea Selatan. Manakala Qatar berada di tangga ke-4. Secara keseluruhan pula Malaysia menjadi pasukan ke-6 terbaik daripada 10 pasukan yang bertanding.
Malaysia telah seri 1-1 dengan Qatar pada perlawanan peringkat kumpulan B Piala Asia yang berlangsung di Kuwait. Gol hasil jaringan Tukamin Bahari pada minit ke-67 itu membantu Malaysia untuk mengikat keputusan seri. Pada kejohanan ini Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan B di belakang pasukan tuan rumah Kuwait dan musuh tradisi Korea Selatan. Manakala Qatar berada di tangga ke-4. Secara keseluruhan pula Malaysia menjadi pasukan ke-6 terbaik daripada 10 pasukan yang bertanding.
23 September 1986 - Sukan Asia Seoul, Korea Selatan.
Sekali lagi selepas 6 tahun, Malaysia dan Qatar diletakkan dalam kumpulan yang sama. Tetapi kali ini untuk kejohanan Sukan Asia yang diadakan di Seoul, Korea Selatan. Pada perlawanan ini juga Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Qatar. Gol hasil jaringan menerusi tandukan Ahmad Yusof pada mini-34 berjaya menyelamatkan maruah Malaysia daripada dimalukan Qatar.
Antara pemain yang beraksi ketika mementang Qatar ialah R. Arumugam, Razip Ismail, Serbegeth Singh, K. Gunalan, Subadron Aziz, Lim Teong Kim, Nasir Yusof, Radhi Mat Din, Zainal Abidin Hassan, dan Dollah Salleh. Namun amat malang bagi Malaysia apabila sekadar menduduki tangga tercorot di belakang Arab Saudi, Indonesia dan Qatar.
27 Mac 1989 - Tour of Qatar-Oman (Persiapan Kelayakan Piala Dunia 1990)
Skuad yang dibimbing oleh Trevor Hartley ini telah berangkat ke Qatar sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 1990. Namun mereka telah mencatatkan kekalahan pertama bertemu Qatar dengan tewas 1-0. Seterusnya seperti yang dijangka, Malaysia turut gagal layak ke Piala Dunia Itali 1990. Kasihan....
Skuad yang dibimbing oleh Trevor Hartley ini telah berangkat ke Qatar sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 1990. Namun mereka telah mencatatkan kekalahan pertama bertemu Qatar dengan tewas 1-0. Seterusnya seperti yang dijangka, Malaysia turut gagal layak ke Piala Dunia Itali 1990. Kasihan....
4 Mac 2001 dan 20 Mac 2001 - Kelayakan Piala Dunia 2002
Menjelang pusingan kelayakan ini, skuad Allan Harris dilanda masalah disiplin pemain. Penjaga gol utama Malaysia ketika itu Kamarulzaman Hassan bersama-sama penjaga gol kedua, Azmin Azram Abd. Aziz dan penyerang Perak, Khalid Jamlus diarah meninggalkan kem latihan pusat kerana melanggar tempoh masa perintah berkurung iaitu dengan keluar menghiburkan hati yang lara di Kelab Malam. Mereka bertiga kemudiannya mahsyur dengan gelaran "The Hard Rock Cafe Trio".
Mat Disko |
Akibat daripada ini, Allan Haris terpaksa memanggil penjaga gol vateran yang menjangkau usia 34 tahun, Mazelan Wahid untuk menggalas harapan terakhir umat Malaysia. Sementara itu Mohd. Syamsuri Mustaffa yang baru berusia 20 tahun dan belum cukup berpengalaman untuk diturunkan beraksi ketika itu telah disenaraikan sebagai penjaga gol kedua.
Selepas tujuh tahun tidak beraksi bersama pasukan Malaysia dengan kali terakhir bermain pada Sukan SEA Chiang Mai, jelas Mazelan Wahid sangat gugup. Musibahnya gawang gol Malaysia bolos 5 kali pada aksi pertama menentang Qatar di Hong Kong. Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi Rosdi Talib pada minit-9.
Antara pemain yang beraksi ketika menentang Qatar ialah B. Rajanikandh, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli, Anuar Jusoh (digantikan dengan Gilbert Cassidy), Khairil Zainal (kad merah), V. Saravanan (digantikan dengan Hardi Jaafar), Bahtiar Othman, dan Mohd. Shukor Adan.
Pada pertemuan kedua, 20 Mac 2001, Malaysia hanya mampu seri 0-0 dengan Qatar ketika peluang Malaysia untuk layak ke peringkat seterusnya sudahpun tertutup rapat. Akhirnya Malaysia menduduki tangga ketiga dibelakang Qatar dan Palestin. Manakala Hong Kong seperti biasa dikedudukan tercorot.
Peluang Harimau Malaya
Berpijak di bumi yang nyata adalah frasa yang sesuai untuk semua peminat Harimau Malaya ketika ini. Ini bermaksud kita perlu sedar diri bahawa Harimau Malaya memang tiada peluang untuk mengejutkan Qatar. Ini semua selepas diambil kira prestasi semasa Harimau Malaya dan keadaan Liga Malaysia yang hancur lodoh ini. Tetapi jika kena pada gaya dan taktikalnya, skuad Rajagopal boleh membuat kita semua tersenyum puas walaupun masih ada ragu di hati.
Cuba kita ambil contoh bagaimana Ong Kim Swee menewaskan pasukan bawah 22 tahun Qatar pada 17 Jun 2012 dengan jaringan 2-0. Bermain di Shah Alam ketika itu sememangnya kelebihan buat OKS. Tetapi mampukah Rajagopal merangka strategi menewaskan Qatar di bumi bertuah Doha, Qatar?
Cuba kita ambil contoh bagaimana Ong Kim Swee menewaskan pasukan bawah 22 tahun Qatar pada 17 Jun 2012 dengan jaringan 2-0. Bermain di Shah Alam ketika itu sememangnya kelebihan buat OKS. Tetapi mampukah Rajagopal merangka strategi menewaskan Qatar di bumi bertuah Doha, Qatar?
Kecederaan 11 pemain utama kesayangan Rajagopal bukanlah penghalang utama. Ini kerana nama seperti Safee Yang Menonggeng dan Wah Lan Talaha memang tidak patut berada dalam skuad kebangsaan ketika ini. Mujurlah mereka tercedera dan ini memberi peluang kepada pemain yang sedang berada pada prestasi terbaik seperi Fauzi Roslan dan Amri Yahyah mempamerkan tanduk sebenar mereka.
KM, Wak Am, Koji dan Hadi Yahya bersedia beraksi!!! |
Manakala di posisi lain pula pasukan Harimau Malaya kelihatan tiada masalah besar. Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias seperti biasa bersaing sihat di posisi penjaga gol. Posisi pertahanan kelihatan ampuh dengan Mahali, Aidil dan Fadli Shas semakin pasti mengisi posisi utama. Sambil itu Asraruddin, Amirizdwan Taj dan Nik Shahrul juga wajar dipertimbangkan aksi untuk pasukan utama berdasarkan prestasi semasa mereka yang dahsyat dalam Liga Malaysia.
Sementara itu dibahagian tengah pula kelihatan sangat cantik dan manis selepas ketiadaan Amar 'Pirlo' Rohidan dan Safiq Rahim. Sebagai ganti Rajagopal membariskan Shakir Shaari, Shukur Jusoh dan Affize Faisal Mamat. Manakala bahagian sayap pula Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad dan Ashari Samsudin sentiasa bersedia untuk beraksi kepada nusa dan bangsa.
Walaupun kejahilan FAM sering membuatkan tekanan darah kita menyirap naik, namun kita tetap perlu mendoakan kesejahteraan Harimau Malaya. Perlu diingat...jika kita kalah, Rajagopal akan meletakkan jawatannya. Manakala Presiden FAM pula akan sentiasa kebal dengan siri kekalahan ini. Oh, seriusnya aku kali ini. Selamat Maju Jaya HARIMAU MALAYA!!!!!!
Skuad Harimau Malaya
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali.
Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj Tajudin, Faizal Muhammad, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mahalli Jasuli, K Reuben, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim, Helmi Remeli.
Tengah: Shakir Shaari, Shukur Jusoh, Affize Faisal Mamat, Yong Kuong Yong, Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad, Ashari Samsudin.
Penyerang: Khyril Muhymeen Zambri, Amri Yahyah, Abdul Hadi Yahaya, Fauzi Roslan.