Saturday, January 5, 2013

Chelsea Meneruskan Misi Cengkaman Piala FA.



Kalau zaman dahulu, bila keluar sahaja iklan Dunhill Road To Wembley dekat TV RTM, semua umat manusia akan tertumpu pada imej yang dipaparkan pada mesin bercahaya tersebut. Pakcik yang sedang menghisap rokok daun di Warong Mampir serta merta menelan asapnya. Ini semata-mata untuk mengelakkan daripada asap rokok beliau melindungi pandangan mata orang dibelakangnya. Jika tidak, makan pakcik tua tersebut akan menjamah penampar sebagai santapan tengaharinya.


Tahun demi tahun, zaman demi zaman terus berlalu. Kini dengan teknologi serba maju dan monopoli dari Syarikat TV berbayar Astro. Maka hanya mereka yang melanggan Astro sahaja yang dapat menikmati keseronokkan Road To Wembley. Sedangkan yang tiada Astro pula hanya akan menunggu keluarnya paparan keputusan di muka surat belakang akhbar pada keesokan harinya. Sesungguhnya amatlah rugi barangsiapa yang tidak dapat melihat secara langsung akan kehebatan Chelsea dalam aksi Piala FA ini.


Ketika ini Chelsea dalam misi mencari kejuaraan Piala FA yang ke-8. Demi mencapai misi ini, Chelsea perlu menewaskan lawan yang mantap iaitu Southampton. Berdepan Soton bukanlah satu tugas yang mudah, namun seperti biasa Encik Rafa tenang bagaikan air di kali merencana taktikal pasukan Chelsea.

Bertali leher merah sebagai lambang akan menjadi sejarah di Liverpool


Pihak pengurusan Chelsea juga bermain bijak apabila menghantar keluar seorang pemakan gaji buta, Daniel Sturridge untuk beraksi bersama kelab penuh bersejarah, Liverpool. Maka Liverpool berjaya mendapatkan seorang pemain lebihan yang sebenarnya tidak berguna dan kurang berdaya saing. Tahniah.


Demba Ba tersenyum tenang menanti tugasan seterusnya.

Bagi menampakkan lagi kebijaksanaan Chelsea. Seorang pemain muslim, Demba Ba telah dibawa masuk dengan harga £7 Juta. Selepas perginya Anelka yang juga seorang muslim, kehadiran Demba Ba sememangnya amat didambakan oleh kem pasukan Chelsea. Chelsea ketika ini bukan sahaja memerlukan seorang penyerang sehebat Torres. Tetapi Chelsea juga amat MenDembakan seorang lelaki yang mempunyai ketenangan jiwa dan naluri yang mantap serta solihin.

Tak puas lagi? Dari dekat wajah seorang pemain yang gemar sujud syukur...

Saya sendiri semakin yakin dan ingin menyeru anda semua supaya percaya kepada kekuatan Chelsea yang dilihat bertambah dari sehari ke sehari. Apa yang pasti, Chelsea tidak mempunyai pemain yang derhaka kepada pengurusnya.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...