Seperti yang telah dijangka, Chelsea berjaya melalui Hari Natal dengan penuh gilang gemilang. Meleburkan rekod tanpa kalah Everton di Goodison Park musim ini ibarat rutin bermain bola sepak waktu petang buat Chelsea. Petr Cech pula membuat penampilan ke-400 untuk Chelsea dengan persembahan paling berpengaruh di atas padang. Manakala Lampard Lelaki Sejati pula dengan bergaya membuktikan kepada tuan punya kelab yang beliau masih berbisa bagaikan tedung di atas padang.
Kini misi Chelsea Untuk Mengindahkan Sambutan Tahun Baru Seluruh Umat mansia akan bermula. Menanti untuk menjadi mangsa seterusnya adalah QPR. QPR seperti yang diketahui pasukan ayam yang dipunyai oleh rakyat negara yang bola sepaknya juga ayam. Entah apalah nasib yang akan menimpa QPR nanti. Tapi yang pasti akan menjadi lauk buat santapan Chelsea di tahun baru ini.
Ketika ini hanya Chelsea sahaja yang layak dan berkemampuan menyekat kemaraan pasukan syaitan merah yang penuh kemungkaran itu. Hendak mengharapkan Manchester City serupa sahaja seperti berharap Johor United menewaskan Darul Takzim FC. Ia takkan berlaku. Hubungan rahsia Manchester-Manchester adalah seperti adik beradik. Di hadapan kita, mereka hanya bermain drama sahaja sedangkan apabila di belakang bukan main seronok bertepuk tampar. Hubungan akrab ini bagaikan aur dengan tebing.
Oleh itu percayalah kepada pasukan Chelsea. Yakinlah dengan Chelsea dalam misi melindungi umat manusia dari Syaitan Merah Yang Direjam. Nescaya kita semua akan sentiasa aman dan damai.
bro. haritu kan darul takzim kalah? ke aku silap?
ReplyDeleteitu semua mainan wayang mereka sahaja...
Delete