There was an error in this gadget

Monday, January 14, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 3

Januari 15 2013, Selasa

Mohamed Borji


Jang Lauk Tok Gajah
Pahang mln Negeri Sembilan
8.45 mlm Stadium Darul Makmur, Kuantan


Ramai yang masih menggaru kepala apabila melihat carta kedudukan Liga Super 2013. Bagaimana pasukan yang begitu ayam 2 tahun lepas, kini sangat sombong di persada liga? Ini adalah satu kebangkitan yang amat luar biasa. Ya, kebangkitan Pahang musim ini memang iras-iras kehebatan pasukan TSG 1899 Hoffenheim di Bundesliga pada musim 2008-09. Tidak dapat dipastikan apakah budak-budak Pahang kenal akan pasukan dari negara Jerman ini.


Sementara itu, Mohamed Borji penjaring gol tunggal ketika menewaskan Felda mengakui ada berlaku kesilapan teknikal ketika perlawanan menentang Darul Takzim sehingga menyebabkan aksi beliau tidak ubah seperti Khalid Jamlus. "Saya tak perasan tersilap pilih kasut bola rupanya. Masa di Magribi dulu saya selalu pakai kasut Warrior. Tapi tak sesuai dengan rumput di Malaysia. Selepas bertukar kepada Adidas F50, barulah saya menjaringkan gol ketika bertemu Felda," ulas panjang lebar dari Mohamed Borji sambil tersenyum kambing.


Buat pasukan Jang, misi pemburuan 3 piala nampaknya sudah semakin parah. Sama saja parahnya dengan Jang yang melepas nak berkahwin dengan Milah. Jika dinilai prestasi semasa mereka, bukan sahaja 3 piala, satu piala pun belum tentu dapat merasa. Sekalipun mempunyai slogan 'Musuhnya Habis Binasa' yang penuh berseni dan beradat ibarat luahan tutur kata Rais Yatim, Negeri Sembilan langsung tidak digeruni oleh lawannya pada musim ini.


Khabarnya masih ada lagi 9 pemain Jang yang cedera dan tidak dapat diturunkan sehingga terbantut percaturan Divaldo Alves. Ketika ini hanya beberapa kerat sahaja pemain yang boleh diharapkan seperti Hamsani Ahamd, Fauzi Nan, Tengku Qayyum dan Paul Modibo. Yang lain hanya berlari-lari  anak di tengah padang sambil kadangkala diselang-seli dengan tendangan bola mengikut arah telor. Didoakan agar skuad Jang mendapat hidayah dengan kadar segera.


Pemain Tumpuan Pahang : Mohamed Borji
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan  : Hamsani Ahamd
Ramalan: Pahang 2 -Negeri Sembilan  0.

Keptusan:  Pahang 2-1 N.Sembilan



Pertarungan Menyedihkan
Terengganu mln Selangor 
4.45 ptg Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Ketika ini Selangor berada di tangga ke-6. Manakala Terengganu pula di kedudukan 9 liga. Terengganu yang seri dalam 2 perlawanan awal nampaknya perlu mencari kemenangan di perlawanan ke-3 ini. Walaupun Penyu sebenarnya bukanlah haiwan yang ganas. Tetapi mereka perlu bersungguh-sungguh apabila turun menentang Gergasi Merah kelak.


Seperti yang kita tahu, jurulatih Terengganu Elavarasan sangat bijak dan tidak sebangang Deepak Jaikishen. Ela pasti akan merencana pasukannya dengan sebaik mungkin demi menumbangkan Selangor. Faizal Muhammad dan Vincent Bikana akan melindungi Wan Azraei. Sambil kawasan tengah akan dijana oleh Ismail Faruqi dan Ashaari Samsudin bagi membekalkan peluang gol secukupnya buat Effa Owana ataupun Farderin Kadir.


Pasukan Selagor perlu segera bangkit dari kekalahan kepada Lions XII tempohari agar mereka boleh kembali menghidupkan peluang mengekalkan status mereka sebagai kuasa bola sepak dahulu, kini dan selamanya. Aksi longlai dan hilang punca ketika melakukan serangan perlu segera dibuang sejauh mungkin. Semangat sayangkan Selangor perlu ditanam dalam diri setiap pemain sebelum keadaan menjadi semakin kritikal seperti isu air, pasir, tanah, api, lobang, sampah...banyak betol masalah di Selangor ini.


Musim ini Irfan Bakti melakukan banyak rombakan posisi kepada pasukan Selangor. Yang kekal hanyalah Norazlan Razali. Kehadiran Mahali memaksa Bunyamin bermain di bahagian tengah. Asrar pula diletakkan sebagai pertahanan tengah menemani Ramez. Sambil itu, posisi pertahanan kiri milik Raimi pemain baru dari Felda. Bahagian serangan pula Irfan mengharapkan Shukor Jusoh dapat membantu Wak Doe untuk mencari gol. Perubahan posisi yang banyak ini menyebabkan pasukan Selangor bermula dengan agak perlahan kerana masih mencari keserasian. Bila dah serasi nanti, bukan sahaja Darul Takzim, Torpedo Lipis pun akan teruk dibelasah. Huh!!!


Pemain Tumpuan Terengganu : Faizal Muhammad
Pemain Tumpuan Selangor  : Norazlan Razali
Ramalan: Terengganu 1 -Selangor  0.

Keputusan: Terengganu 1-2 Selangor

Adiwira T-Ting


Gladiators Lawan Titans
ATM mln T-Team
8.45 mlm Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi


ATM mula mengganas. Begitu juga Marlon Alex. Jaringan hatrik beliau ketika 'menyunat' PKNS berjaya menutup molot orang yang mengkritik persembahan awal beliau yang tidak memberansangkan. Walaupun berusia, namun aksi beliau umpama anak muda dan menyerupai kehebatan pemain Harimau Muda, Thamil Arasu.


Melayan kunjungan T-Team yang baru sahaja meraikan kejayaan menewaskan Kelantan adalah satu tugas yang sukar buat anak buah Sathianathan. Namun dengan barisan pertahanan yang mantap muda bergaya seperti Reuben, Fitri Omar dan Amir Taj serta dibantu kuda tua Shukor Adan dan Irwan Fadli, pasukan ATM kelihatan sungguh ampuh dan seakan-akan sudah bersedia untuk berperang di medan peperangan.


Pasukan T-Team juga tidak kurang hebatnya. Buat masa ini pemain seperti Caleb Folan,  Aizulridwan dan Ahmad Syamim sedang berada pada prestasi tebaik mereka. Peter Butler juga bertuah kerana mempunyai Nuralif dan Mazlizam yang bergitu kebal di hadapan Md Amirul. Dengan barisan pemain muda dan import tebilang, pasukan ATM kelak akan melalui ranjau penuh liku bertemu T-Team ataupun lebih dikenali dengan nama manja, The Titans.


Pemain Tumpuan ATM  : Marlon Alex
Pemain Tumpuan T-Team : Ahmad Syamim
Ramalan: ATM 2 -T-Team 2.

Keputusan: ATM 3-0 T-Team




Muncul secara tiba-tiba.


Mat Yo atau Wak Lan?
Kelantan mln Johor DTFC 
8.45 mlm Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu


Red Warriors menyambut kedatangan Darul Takzim ke Kota Bharu dengan satu matlamat, mem-budu-kan Waks. Dan itulah yang akan dilakukan oleh anak buah Bojan Hodak. Red Warriors berjanji akan menumbangkan Waks seperti tewasnya Aidil Zafuan dalam pelukan Rita Rudaini pada suatu masa dahulu. Dengan rekod bongkak tidak pernah kalah di stadium keramat Sultan Muhammad IV sejak musim lepas, sudah pasti Darul Takzim akan mudah menjadi santapan buat Red Warriors.



Tetapi jika diambil kira prestasi semasa, kedua pasukan berpeluang untuk mengatasi lawan masing-masing. Bojan Hodak masih lagi bereksperimen musim ini dengan menjadikan Rajagopal sebagai rujukan utama. Ketika tewas kepada T-Team, Bojan Hodak mencuba gandingan baru antara Haris Safwan dan Keita Mandjou sambil Zairo Anuar mengisi posisi dibelakang 2 penyerang tersebut sebagai pemain tengah menyerang. Ternyata ia gagal dan nampaknya Bojan perlu memikirkan taktik baru untuk mengatasi pasukan Fandi Ahmad.


Ketika Darul Takzim menewaskan Perak tempohari, khabarnya bergegar sorakan Stadium Larkin membawa sehingga ke Legoland gamakya. Walaupun menentang 9 orang pemain Perak sahaja selepas Mohd Khairi dan Hisyamudin Shaari dilayangkan kad merah, namun Darul Takzim hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja. Itupun menerusi pemain pertahanan Aidil Zafuan pada minitk ke-50. Kemana perginya pemain yang begitu angkuh melaungkan janji untuk menjarinkan 50 gol musim ini?


Sama ada Wak Lan akan diturunkan ataupun ditinggalkan sahaja di Danga Bay, ia masih lagi misteri. Jika Wak Lan ke Kelantan, sudah pasti buluh runcing menanti beliau. Tetapi ia bukan masalah besar buat Fandi Ahmad kerana beliau masih memiliki Safee Yang Menonggeng untuk digandingkan bersama Danny Guiza. Zamir Selamat pula hampir pasti akan menjadi penjaga gawang Darul Takzim. Manakala bahagian tengah pula akan dibarisi oleh Del Nero, Azwan Roya dan ketua pasukan hebat Safiq Rahim. Berjaga-jagalah warga Cik Siti Wan Kembang!!


Pemain Tumpuan Kelantan  : Daudsu 'The Card Collector' Jamaludin
Pemain Tumpuan Johor : Nurul Azwan Roya
Ramalan: Kelantan 2 -Johor 0.

Keputusan: Kelantan 1-1 Johor DT



Felda Tenang Menghadapi Yob.
Perak mln Felda United
8.45 mlm Stadium TLDM, Lumut


Felda United kini dalam misi untuk mengelakkan diri dari menjadi pasukan paling hina dalam Liga Super 2013. Tidak mustahil mereka akan menggunakan pengaruh KWSP demi menyelamatkan kedudukan mereka di dalam Liga. Almaklumlah..Felda begitu bijak menguruskan penipuan. Ah, lupakan perkara remeh ini. Negara kitakan aman damai..


K.Devan masih yakin dengan misi menjerumuskan Felda ke Liga Perdana musim depan kerana kini pasukannya berada selesa di tangga ke-10 daripada 12 pasukan. Ketika ini pasukan Felda United masih gagal mencatatkan kemenangan. Sudah sampai masanya Felda United mengubah taktikal mereka dengan tidak berharap kepada Mat Ghaddar sahaja untuk menjaringkan gol. Penyerang tua seperti Mohd Norizam Salaman, Rudie Ramli dan Razali Umar Kandasamy perlu diberi lebih peluang di samping Shahrizal Saad yang suatu masa dahulu merupakan penyerang sensasi Johor FC.


Seperti biasa Azraai Khor tenang bagaikan air di kali walaupun 2 tonggak utama beliau digantung akibat kad merah ketika berkunjung ke selatan tanah air Jumaat lepas.  "Bagi saya, mendapat kad merah adalah perkara biasa dalam sesuatu perlawanan bertaraf dunia. Kami ada cukup pemain untuk menggantikan pemain yang digantung. Mereka adalah pemain sehebat Lagenda Azizol Abu Haniffah dan Azrul Amri Borhan."


Pada perlawanan menentang Felda nanti dijangka pemain import dari Perancis, Karim Rouani akan membuat penampilan pertama untuk Perak. Perak juga diramalkan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengutip 3 mata sekaligus memberi saingan di kedudukan atas Liga Super.


Pemain Tumpuan Perak  : Rafael Novais
Pemain Tumpuan Felda : Shahrizal Saad 
Ramalan: Perak 2 - Felda 0.

Keputusan: Perak 0-1 Felda Utd


Rafael Novais segak bergaya.


Singa Lapar Selangor Lagi
PKNS mln LionsXII 
8.45 mlm Stadium Shah Alam, Selangor



Masih menjadi misteri bagaimana si pembuat jadual boleh mengatur pertemuan antara PKNS-Kelantan, ATM, LIONSXII secara berturut-turut. Namun anak buah Haji Abdul Rahman tetap tabah menghadapi segala dugaan ini. Kekalahan 3-1 kepada ATM di laman sendiri wajar dilupakan segera. Dengan pertalian bagaikan adik beradik bersama pasukan negeri Selangor. Semestinya pasukan 'adik' ini mahu membalas dendam berikutan kekalahan Selangor di Jalan Besar Sabtu lepas.


Sepakan Gunting V Sundramoorthy menewaskan penjaga gol Brunei pada aksi Divisyen 2 tahun 1993.


V Sundramoorthy ataupun semasa muda lebih dikenali dengan panggilan The Dazzler, adalah insan yang paling lega buat masa ini kerana persembahan singa muda mereka yang amat memberansangkan. Ternyata lagi jelas bahawa mereka bergantung sepenuhnya kepada kecekapan Izwan Mahbod menepis bola pasukan lawan serta kepantansan Baihaki Khaizan dalam mematahkan serangan lawan mereka. Dengan keadaan Kelantan yang huru-hara, jika tiada pasukan lain yang mentap lagi menyerlah, pasukan Temasik ini dengan angkuhnya akan membawa pulang piala Liga Super.



Tetapi awas Lions XII!!! Selain Zed Zaidi, di Malaysia kami mempunyai pejuang sejati seperti Shasha Mendoza dan Sharifah Zohra Jabeen yang sudah pasti akan mempertahankan maruah Malaysia serta tidak akan mudah tunduk kepada keangkuhan Lions XII. Hiaaaaaaarrrgggggghhhhh!!!


Pemain Tumpuan PKNS  : Mohd Ramezey Che Ros.
Pemain Tumpuan LIONS XII :  Fazrul Nawaz
Ramalan: PKNS 1 - LIONS XII  3.


Keputusan: PKNS FC 1-0 Lions XII

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...