Giliran Kelantan diPerbudakkan Budak Felda
Felda United mln Kelantan 4.45 ptg (Siaran Langsung Arena 801)
Bermain di waktu petang bukanlah jaminan kejayaan buat Felda United. Namun mereka boleh mengambil kesempatan ke atas pasukan Kelantan kerana negeri Cik Siti Wan Kembang ini tidak biasa beraksi siang. Kali terakhir bermain petang, Kelantan telah tewas kepada T-Team. Jadi tidak mustahil Felda mampu mengejutkan Kelantan dari lamunan indah.
Kemenangan tempohari memberikan nafas lega buat K. Devan dan Felda United. Dan seperti biasa khabarnya saham FGVH naik mencanak bagaikan mentari terbit di pagi hari. Sungguh indah. Tetapi Kelantan bukan sama seperti Perak dan di Stadium MBPJ nanti keupayaan sebenar Felda United bakal diuji. Selain itu, pertembungan Mat Ghaddar dan rakan-rakan lamanya di Kelantan antara situasi yang menarik untuk dilihat.
Walaupun perlawanan ini tidak menjanjikan botol, mercun dan potensi pembakaran kereta secara berjemaah. Namun ia masih mampu memberi tarikan kepada Astro Arena untuk membuat liputan siaran langsung. Jurulatih berbadan gempal milik Red Warriors, Bojan Hodak juga turut yakin bahawa Red Warriors mampu mengatasi Felda di tempat lawan sekalipun agak gusar dengan kegagalan Kelantan menjaringkan lebih banyak gol (setakat ini Red Warrios sudah pun beroleh 3 jaringan).
Kembalinya Khairul Fahmi bagaikan satu rahmat. Kemantapan Daudsu, Obinna, Nik Shahrul Azim dan Zairul Fitree menyukarkan pihak lawan untuk menembusi gawang mereka. Manakala Shakir Shaari, Badri Radzi dan Norfarhan pula sentiasa mengancam apabila mengatur serangan. Cuma ketumpulan Keita Mandjou sahaja yang menggusarkan Red Warriors.
Pemain Tumpuan Felda United : Azmizi Azmi.
Pemain Tumpuan Kelantan : Nik Shahrul Azim
Ramalan: Felda United 1 -Kelantan 2.
Kejutan PKNS!!!
T-Team mln PKNS 4.45 ptg
Peter Butler pastinya mahukan 3 mata penuh dari pemain skuad The Titans beliau dan ia tidak mustahil dengan Caleb Folan berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan jumaat ini sementara gandingan tengah antara George Boateng dan Mohd Hasbullah Awang dijangka bakal menguasai bola dari dimiliki oleh PKNS. Dengan semangat mulot celupar Peter Butler, berkemungkinan besar PKNS bakal dihempap The Titans di Kuala Terengganu.
PKNS telah menepati ramalan pakar tilik bola sepak terkemuka, Ayah Pin apabila dengan gigih menewaskan LIONS XII yang maha angkuh itu. Persembahan mantap daripada penjaga gol Remezey Che Ros serta kekebalan Helmi Rameli mengemudi barisan pertahanannya menjadi teras utama kejayaan anak buah Haji Abdul Rahman. Aksi bergaya daripada Norhakim Hassan yang digandingkan dengan Fauzan Dzulkifli serta Azrin Khazali banyak membantu Nazrin Syamsul Bahari untuk menyumbat gol dengan mudahnya.
Jika Peter Butler dengan lancangnya menggelar Bojan Hodak sebagai Lelaki Berdagu Dua. Apakah pula gelaran yang beliau hendak berikan kepada jurulatih terbilang negara, Haji Abdul Rahman? Lelaki Berdagu Runcing? Yang pastinya bukan Lelaki Jejari Runcing. Kelak mengimbau kenangan lama dari Khairul Fahmi.

Pemain Tumpuan T-Team : Mohd Hasbullah Awang
Pemain Tumpuan PKNS: Fauzan Dzulkifli
Ramalan: T-Team 2 - PKNS 0.
Pasukan Kaya atau Kayap?
Johor DTFC mln ATM 8.45 mlm
Kesian melihat nasib Fandi Ahmad. Beliau seorang lagenda yang hebat, namun memiliki skuad yang lemah mental. Adapun yang benar-benar memahami bagaimana bola sepak dimainkan adalah Danniel Guiza. Masih jelas bahagian tengah menjadi masalah utama DTFC ketika ini. Kegagalan bahagian tengah berfungsi dengan baik memaksa mereka menggunakan taktik 'ragbi'. Iaitu menyepak secara terus membuta tuli dari pertahanan sampailah ke penyerang. Manakala pemain tengah seperti Safiq Rahim pula akan menjadi 'kucing' di tengah-tengah.
Satu lagi hal yang hendak ditegur ialah berkenaan 'escort'. Apa kejadahnya pergi ke Kota Bahru siap ber-'escort' bagai. Selangor, Kedah, Terengganu (sekadar menyebut beberapa pasukan) semuanya JANTAN. Mereka hanya berbekalkan 2 bijik telor sahaja demi mengharungi buluh runcing di Kota Bahru. Ini bukan Perang Sabil. Ini adalah sukan untuk golongan lelaki yang gagah, berani dan perkasa. Bukan sekadar jambang tebal di pipi, tetapi hati nipis bagaikan gula kapas.
Manakala Sathianathan pula diberitakan sudah bersedia 300% untuk menghadapi pasukan DTFC jumaat ini. Dengan barisan pemain veteran likat berkilat seperti Rezal Zambry dan Shukor Adan, mereka kelihatan akan menguasai bahagian tengah dengan mudahnya apabila menentang DTFC nanti. Marlon Alex semakin menemui sentuhan asalnya dan ini adalah khabar kurang enak buat Aidil dan Muslim.
Sama ada ATM mampu mengecewakan DTFC ataupun tidak, sama-sama kita nantikan pertemuan agung ini.
Pemain Tumpuan Johor DTFC : Daniel Guiza
Pemain Tumpuan ATM : Rezal Zambry Yahya
Ramalan: Johor DTFC 2 -ATM 2.
Januari 19 2013, Sabtu
Singa Merawat Lara..Pergggh..
Lions XII kembali ke Stadium Jalan Besar, padang tiruan kesayangan mereka dan ngauman lantang penyokong Singapura. Satu kelebihan yang boleh menghantui mana-mana pasukan lawan yang bertandang ke sana dan kali ini yang bakal diuji ialah pasukan tangga ke-10 Liga Super dan bekas juara Piala FA 2011, Terengganu.
Terengganu tidak mempunyai barisan serangan yang gah seperti tahun lepas. Setakat ini Owana hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja. Walaupun begitu, Elavarasan mempunyai penyerang pilihan lain terdiri dari Manaf Mamat dan Farderin Kadir selain daripada barisan tengah berbahaya seperti Ismail Faruqi, Khairan Ezuan dan Ashaari Shamsuddin. Cuma satu isu yang mungkin menjadi penghalang ialah hakikat bahawa pertahanan Lions XII juga tidak kurang hebatnya dibawah teraju Baihakki Khaizan.
Ini Barulah El Clasico Sebenar!!!
Kisah Jang dan Yob.
Yob seluruh dunia khabarnya kini menyerongeng sambil makan deghoyan dengan berkata, "Ini tahun keme!".Tetapi Azraai Khor pantas memberi ingatan awal bahawa "Yob masih belum konsisten, teman masih nunggu bile mendenye nak berlaku". Yob semua pasrah.
Kekalahan Perak kepada Felda benar-benar mengejutkan ramai pihak. Tewas di Ipoh sememangnya kenyataan yang pahit untuk ditelan. Lagenda Perak Ahmad Shahrul Azhar juga berkerut seribu dahinya tidak percaya dengan keputusan ini. Manakala penyerang Perak, Hadi Yahya, Azlan Ismail dan Failee masih belum menunjukkan sebarang taring. Begitu juga dengan import mereka Karim Rouni yang tidak lagi beraksi sehingga kini. Ketumpulan barisan serangan adalah masalah utama Perak ketika ini.
Negeri Sembilan musim ini juga tidak konsisten tetapi harus diingat mereka masih belum tunduk lagi di Stadium Paroi walaupun tanpa daulat dari Sultan. Berdasarkan rekod pertemuan di Paroi, Perak tewas keduanya pada tahun 2011 dan 2012. Dan ini adalah berita baik buat Divalvo Alves dan juga Hamsani Ahmad yang mengepalai barisan pertahanan Jang. Emanuel De Porras diharap dapat memburu gol buat Jang sementara Idris Karim, jika turun malam Sabtu adalah otai yang diharap dapat membimbing Jang ke jalan yang lurus.
Singa Merawat Lara..Pergggh..
LionsXII mln Terengganu 7.45 mlm
Lions XII kembali ke Stadium Jalan Besar, padang tiruan kesayangan mereka dan ngauman lantang penyokong Singapura. Satu kelebihan yang boleh menghantui mana-mana pasukan lawan yang bertandang ke sana dan kali ini yang bakal diuji ialah pasukan tangga ke-10 Liga Super dan bekas juara Piala FA 2011, Terengganu.
Terengganu tidak mempunyai barisan serangan yang gah seperti tahun lepas. Setakat ini Owana hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja. Walaupun begitu, Elavarasan mempunyai penyerang pilihan lain terdiri dari Manaf Mamat dan Farderin Kadir selain daripada barisan tengah berbahaya seperti Ismail Faruqi, Khairan Ezuan dan Ashaari Shamsuddin. Cuma satu isu yang mungkin menjadi penghalang ialah hakikat bahawa pertahanan Lions XII juga tidak kurang hebatnya dibawah teraju Baihakki Khaizan.
Pemain Tumpuan LionsXII : Baihakki Khaizan.
Pemain Tumpuan Terengganu : Manaf Mamat.
Ramalan: LionsXII 2 -Terengganu 0.
Selangor mln Pahang 8.45 mlm (Siaran Langsung Arena 801)
Ketika mula-mula Irfan Bakti dilantik menjadi jurulatih Selangor, beliau dengan pantas melaungkan ikrar "Lantik saya. Dan saya akan berikan paling kurang 2 piala." Namun setelah setahun berlalu sebiji piala pun belum muncul. Mungkin musim inilah masa yang paling sesuai buat beliau menghadiahkan kegembiraan buat warga Selangor.
Selangor berjaya menewaskan Terengganu selepas 11 tahun kempunan berbuat demikian. Semuanya gara-gara kehebatan tidak terbendung dari Amri Yahyah dan S. Kunalan. Menentang Pahang nanti, Irfan perlu berhati-hati dengan corak permainan pantas dari anak-anak muda Pahang. Namun dengan kehadiran semula Sharbinee serta barisan pertahanan ampuh seperti Asraruddin dan Ramez, anak buah Dollah Salleh tidak akan mudah menembusi gawang Gergasi Merah.
Seperti dijangka Pahang mudah menewaskan Negeri Sembilan. Juga semuanya gara-gara kehebatan tidak terbendung dari Fauzi Roslan. Dan hasilnya nama beliau terselit dalam senarai 26 pemain untuk mengikuti latihan pusat skuad kebangsaan. "Alhamdulillah..koi tahu koi hebat. Koi sokmo skor. Jadi koi berhak ada dalam skuad ni!!!" jawab anak jati Pekan ini ketika ditanya apakah perasaan beliau selepas tersenarai dalam skuad kebangsaan.
Selain itu, menarik untuk dilihat bagaimana bekas lagenda Selangor seperti Dollah dan Zainal merencana taktikal untuk menentang bekas pasukan mereka. Juga kembalinya wira lama Gergasi Merah ke Shah Alam iaitu Amirulhadi dan Razman. Apa yang pasti Soltan Bola takkan menghantar askar Pahang ke Stadium Shah Alam.

Pemain Tumpuan Selangor : Amri Yahyah
Pemain Tumpuan Pahang : Fauzi Roslan
Ramalan: Selangor 3 - Pahang 1
Negeri Sembilan mln Perak 8.45 mlm
Yob seluruh dunia khabarnya kini menyerongeng sambil makan deghoyan dengan berkata, "Ini tahun keme!".Tetapi Azraai Khor pantas memberi ingatan awal bahawa "Yob masih belum konsisten, teman masih nunggu bile mendenye nak berlaku". Yob semua pasrah.
Kekalahan Perak kepada Felda benar-benar mengejutkan ramai pihak. Tewas di Ipoh sememangnya kenyataan yang pahit untuk ditelan. Lagenda Perak Ahmad Shahrul Azhar juga berkerut seribu dahinya tidak percaya dengan keputusan ini. Manakala penyerang Perak, Hadi Yahya, Azlan Ismail dan Failee masih belum menunjukkan sebarang taring. Begitu juga dengan import mereka Karim Rouni yang tidak lagi beraksi sehingga kini. Ketumpulan barisan serangan adalah masalah utama Perak ketika ini.
Negeri Sembilan musim ini juga tidak konsisten tetapi harus diingat mereka masih belum tunduk lagi di Stadium Paroi walaupun tanpa daulat dari Sultan. Berdasarkan rekod pertemuan di Paroi, Perak tewas keduanya pada tahun 2011 dan 2012. Dan ini adalah berita baik buat Divalvo Alves dan juga Hamsani Ahmad yang mengepalai barisan pertahanan Jang. Emanuel De Porras diharap dapat memburu gol buat Jang sementara Idris Karim, jika turun malam Sabtu adalah otai yang diharap dapat membimbing Jang ke jalan yang lurus.
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan : Emanuel De Porras
Pemain Tumpuan Perak : Hadi Yahya
Pemain Tumpuan Perak : Hadi Yahya
Ramalan: Negeri Sembilan 2 -Perak 0.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...