Tetapi hebat bagaimana sekalipun segala kepincangan tetap akan terdedah. Dan di entri kali ini kita lihat senarai beberapa perkara yang berpunca dari salah tadbir dan kelemahan pengurusan bolasepak Malaysia.
1) Kain rentang sebesar alam yang terpampang gambar Annuar Musa atau TMJ dengan kata-kata hikmah seperti ‘terima kasih’, ‘syabas’ dan ‘jasamu dikenang’. Nampak sangat bolasepak Malaysia masih menetek kepada politikus-politikus dan anak-anak raja berkepentingan yang hanya mahu populariti dari sukan bolasepak.
2) Keperluan perkenan para sultan-sultan bagi merasmikan perlawanan dan dimulia-muliakan sebagai peneraju bolasepak negeri masing-masing. Selepas menang boleh pula disebut kejayaan merangkul Piala Malaysia sebagai hadiah sempena pertabalan baginda. Berapa banyak hadiah mahu kasi? Bolasepak ialah sukan golongan proletariat, bukan sukan bangsawan. Nak berbangsawan, main polo.
3) Kurangnya kawalan keselamatan di stadium. Pertama mungkin barangkali FAM tertidur macam biasa. Kedua mungkin FAM sudah minta bantuan PDRM tetapi anggota polis tidak cukup kerana lebih ramai diperlukan untuk menjadi pengiring konvoi sultan-sultan serta politikus yang datang.
4) Ketiadaan pengalaman pegawai perlawanan dalam mengendalikan sikap liar penonton. Sebagai contoh katakan Piya yang mahu ambil sepakan sudut entah berapa kali dibaling botol dan mercun tetapi penjaga garisan sibuk juga suruh Piya segera mengambil sepakan sudut.
5) Abang FRU berdekatan yang berdiri tercangak menghadap penonton boleh buat bodoh dengan apa yang berlaku. Mungkin arahan tugas beliau ialah berdiri di balapan untuk menjaga ketenteraman awam. Jawabnya memang tercegat berdiri sajalah walaupun Piya tadi yang mahu ambil sepakan sudut dibaling berpuluh kali.
Senarai di atas adalah beberapa perkara yang dapat diperhatikan sagan tahun ketika berlangsungnya perlawanan. Selebihnya adalah elok kita bertukar-tukar rangkaian ke ESPN dan Starsport, tidak lupa juga slot Cerekarama TV3.
Mutu perlawanan dari segi keseluruhan menepati jangkaan untuk satu kejohanan bertaraf Piala Malaysia. Biasanya akan ada pelbagai aksi merepek dipersembahkan dengan kesemua 22 pemain mengamalkan konsep tendang bola ke arah mana-mana yang dihadap mereka pada masa itu. Kalau menghadap ke laut, maka ke lautlah jawabnya bola itu pergi.
Benda sebegini adalah lumrah untuk bolasepak Malaysia. Yang membuatkan bolasepak kita sebenarnya lagi sukar untuk diduga berbanding BPL, La Liga dan yang seangkatan dengannya. Kalau bagi John Dyke pun belum tentu dia boleh predict dengan betul. Iyalah siapa sangka Negeri Sembilan hampir terkeluar awal-awal lagi? Hanya dengan menghabiskan 90 minit aksi merepek di atas padang saja keputusan tidak terduga sebegini boleh berlaku.
Mengenai upacara bakar mercun dan flare, bakar kerusi dan belasah budak-budak JDT, yang itu akan dikupaskan dalam pos yang lain.
Itu pun kalau aku ada teringat nak kupas.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...