Sunday, August 18, 2013

Prebiu: Chelsea FC vs Hull City



Semalam kita dah lihat bagaimana Arsenal tersungkur dan bagaimana payahnya Liverpool hendak mendapat 3 mata pertama musim ini. Hari ini semua itu tidak akan berlaku kepada Chelsea. Sir Dave Richards juga ada bagi tahu aku tadi bahawa Premier Leagues sebenarnya bermula malam ini apabila Chelsea bertemu Hull CIty. Perlawanan semalam itu semuanya Pra-musim aje.

Kehebatan Chelsea sangatlah tidak dapat disangkal lagi. Ia berpadanan dengan kehadiran semula Mourinho di Stamford Bridge. Bak kata orang tua, "kalau dah jodoh, takkan ke mana". 

Pemain yang baru dibeli oleh Chelsea musim ini, Marco Van Ginkel khabarnya sudah tidak sabar untuk turun beraksi dan menjadikan Hull City sebagai santapan raya pada 11 Syawal.

"Saya sudah tidak sabar untuk bermain malam ini. 3 mata pada pertemuan dengan Hull dan Villa nanti merupakan tonik ajaib buat kami sebelum berhadapan dengan Manchester United pada 27 Ogos." - Marco Van Ginkel.

Gandingan MaZaKar (Mata, Hazard, Oscar) sudah pasti akan ditunggu oleh peminat Chelsea kerana keberkesanan mereka musim lepas. Namun kehadiran Kevin De Bruyne dan Andre Schurrle musim ini memberikan lebih pilihan kepada Jose dalam merangka taktik yang terbaik untuk Chelsea. Kebanjiran pemain posisi tengah serangan ini akan mendatangkan banyak faedah kepada Chelsea disamping memliki penyerang terbilang seperti Torres, Demba Ba dan Lukaku. Jadi, tugas menjaringkan gol akan menjadi lebih mudah dan tidak mengeluarkan peluh.

Malam ini Chelsea akan berkenduri besar. Pasukan lain semua dijemput hadir meraikan majlis gilang-gemilang ini. Turut menjemput...seisi keluarga.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...