Saturday, March 8, 2014

Piala Dunia 2014: Italy


Piala Dunia 2014: Italy

Pengenalan 

Setiap kali Piala Dunia, pasukan Itali sudah pasti akan menjadi pilihan Juara. Ia sama sepertimana orang ramai menggembar-gemburkan pasukan macam Brazil, Argentina dan Jerman untuk menjadi Juara. Oh tidak lupa juga England yang percaya sangat mereka akan menjadi juara Piala Dunia kononnya suatu hari nanti. 

Mungkin inilah tekanan menjadi peminat Itali setiap kali Piala Dunia. Sebab The Azzurri sentiasa mempunyai label 'Pasukan Juara' setiap kali Piala Dunia bersepak mula. Orang sudah menjangka mereka akan juara dan akan beri perhatian sepenuhnya pada Itali. Dari Milan hingga ke Palermo, dari Kota Rome membawa ke Taranto. Semua warga Itali akan bersama Spaghetti Bolognese dan Pizza untuk melihat aksi pasukan kesayangan mereka. 

Sebab itu meminati Itali bagi aku adalah benda yang  membebankan. Jika tidak menjadi juara, makanya akan berlakulah 'kiamat kecil'. Tapi oleh kerana Itali adalah antara negara bola sepak yang paling efisien dan komited dalam memajukan bolasepak, tidak mustahil mereka akan mampu melakukan kejutan pada Piala Dunia kali ini.


Jurulatih: Cesare Prandelli. 


Dia tidak mempunyai reputasi dahsyat seperti ‘tuhan’ bernama Maradona. Tetapi beliau adalah individu yang berjaya mengembalikan semula reputsi pasukan Itali di mata peminat bola sepak seluruh dunia. 

Prandelli melatih Fiorentina selama 6 tahun sebelum dia bersetuju untuk menjadi pengurus pasukan Itali pada May 2010. Kejayaan paling manis buat beliau setakat ini adalah semasa menewaskan Jerman 2-1 di separuh akhir Euro 2012 ketika ramai pemerhati bola sepak meramalkan Jerman akan menang mudah ke atas Itali. 

Kita nantikan sama ada magis masih lagi milik Cesare Prandelli. 


Ketua Pasukan: Gianluigi Buffon.   


Tidak perlu bercakap panjang tentang penjaga gol lagenda seperti ini. 

Penjaga gol Juventus ini sudah memiliki 138 penampilan untuk skuad kebangsaan Itali dan merangkul 4 trofi Serie A serta Juara Piala Dunia 2006 yang menjadi milik beliau. Aku ulang sekali lagi "Tidak perlu bercakap panjang tentang penjaga gol lagenda seperti ini". 


Pemain Bintang: Mario Balotelli. 


Suatu masa dahulu jika anda bertanya kepada pakcik Google, nescaya anda akan menemui lebih banyak perkara negatif daripada perkara positif tentang pemain ini. Mungkin kini keadaan sudah berubah selari dengan kematangan usia beliau. 

Hebat, sukar dijangka dan seorang penyerang merbahaya yang perlu sentiasa diberi perhatian. Kejayaan Prandelli yang sebenarnya adalah mengawal perangai dan emosi Balotelli menjadi pemain yang lebih fokus dan berakal. 

Dia juga disebut-sebut antara calon pemenang kasut emas pada Piala Dunia 2014 nanti. 


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Marco Verratti


Disebut-sebut sebagai pengganti kepada Andrea Pirlo. Pada usia hanya mencecah 21-tahun beliau sudah berjaya mengikat kontrak mewah bersama PSG. 

Setakat ini sudah mempunyai 4 penampilan untuk skuad The Azzurri dan menjaringkan 1 gol. 

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...