UEFA Champions League 2012/13 | |||
Round of 16 (2nd leg) Mac 13, 2013 (Rabu) | |||
FC Schalke 04 (1) | vs | Galatasaray (1) | |
FC Barcelona (0) | vs | AC Milan (2) | |
Mac 14, 2013 (Khamis) | |||
Bayern Munich (3) | vs | Arsenal (1) | |
Malaga (0) | vs | Porto (1) | |
FC Schalke 04 (1) vs Galatasaray (1)
FC Schalke perlu berhati-hati berdepan Galatasaray walaupun beraksi sebagai tuan rumah. Kecekapan Hilderbrand akan diuji apabila Galatasaray membariskan penyerang agung Drogba dan pemain yang sedang meningkat naik dari Turki, Burak Yilmaz. Turut menarik perhatian adalah pertembungan di bahagian tengah antara Sneijeder dan Jemaine Jones. Kedua mereka adalah nadi untuk pasukan masing-masing. Peluang untuk kedua pasukan mara ke peringkat seterusnya adalah sama rata. Berikan tumpuan juga kepada Huntelaar (mungkin tidak dapat beraksi kerana kecederaan ketika bertemu Borrusia Dortmund) dan Farfan kerana mereka inilah penentu hala tuju pasukan FC Schalke 04 di dalam kejohanan ini.
Ramalan: FC Schalke 04 (2) vs Galatasaray (2): Galatasaray layak kelebihan gol tempat lawan.
FC Barcelona (0) vs AC Milan (2)
Ketika ini Barcelona masih lagi belum berada dalam prestasi tebaik mereka. Kalah dua kali kepada Real Madrid merupakan kepedihan azali yang sukar dipadam dari lubok jiwa lelaki lemah lembut Barcelona. Sedangkan AC Milan pula semakin gagah perkasa umpama lelaki termakan viagra di malam pertama. Dan Barcelona tidak syak lagi akan menjadi santapan batin buat skuad asuhan Massimiliano Allegri. Beberapa pemain AC Milan telah mencapai tahap persembahan terbaik ketika ini antaranya Christian Zapata (pertahanan), Montolivo (Tengah) dan El-Shaarawy. Mereka inilah yang akan membuatkan pemain Barcelona seperti Messi, Victor Valdes dan Iniesta menangis teresak-esak di penghujung wisel penamat. Barca Bungkus!
Ramalan: FC Barcelona (2) vs AC Milan (1): AC Milan layak 3-2.
Bayern Munich (3) vs Arsenal (1)
Bayern Munich masih belum selesai menyekolahkan Arsenal. Dalam perlawanan yang dijangka berat sebelah ini jelas lagi nyata sesungguhnya ia akan berpihak kepada Bayern Munich. Perlawanan menentang Arsenal akan dijadikan medan latihan buat anak buah Jupp Heynckes menjelang aksi sebenar dalam Bundesliga bertemu Bayer Leverkusen 2 hari selepas itu. Tetapi penyerang hebat Bayern, Mario Mandzukic tetap bemanis mulut dengan mengatakan bahawa pertarungan dengan Arsenal masih belum lagi selesai. Ini semua bagi memberi sedikit harapan kepada Arsene Wenger supaya yakin anak didik beliau mampu mengganas apabila diperlukan. Arsene Wenger Harus Bersara.
Ramalan:Bayern Munich (3) vs Arsenal (0): Bayern Layak 6-1.
Malaga (0) vs Porto (1)
Seperti yang dijangka Porto berjaya menjaringkan satu gol sebagai bekalan untuk dibawa ke La Rosaleda. Dan sekali lagi tugas besar bakal digalas Joao Mountinho dalam menjadi paksi utama pasukan Porto untuk mencatatkan kejayaan sekaligus mara ke Suku Akhir. Beliau juga telah melafazkan ikrar untuk memberi kejayaan kepada jurulatih Porto, Vitor Pareira dan ini menambah keyakinan rakan sepasukan yang lain. Moutinho juga akan dibantu oleh Fernando yang akan bertindak sebagai pemain tengah bertahan. Manakala di bahagian pertahanan pula Porto memiliki Alex Sandro dan Danilo yang begitu serasi bermain bersama serta penyerang berbisa Jackson Martinez yang bersedia menyumbat gol ke gawang Malaga bila-bila masa sahaja.
Jurulatih pasukan Malaga, Manuel Pellegrini nampaknya perlu berfikir dua kali sama ada untuk menurunkan gandingan Julio Baptista dan Santa Cruz sekali lagi pada perlawanan ini yang mana jelas gandingan ini telampau perlahan dan tidak mampu menggugat pertahahan Porto. Willy Caballero akan dikekalkan menjadi benteng terakhir buat Porto ketika Kameni dijangka akan hanya menjadi pemain simpanan. Demichelis akan mengetuai bahagian pertahanan. Manakala Joaquin, Isco dan Toulalan akan mengatur gerak pasukan Malaga dari bahagian tengah. Pertarungan ini dijangka seimbang dan pasukan yang tidak mensia-siakan peluang akan berjaya di akhir perlawanan.
Ramalan Malaga (0) vs Porto (1) : Porto layak 2-0.

No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...