Saturday, June 23, 2018

Belgium Tunisia | Korea Melawan Mexico | Jerman Sweden.

Wahbi Khazri dan Eden Hazard
Belgium Melawan Tunisia
8.00 PM (MYT)

Belgium boleh menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terbaik sekiranya mereka menewaskan Tunisia pada aksi malam ini. Pada perlawanan yang lepas, Belgium tidak mengalami sebarang masalah untuk menewaskan Panama dan mereka dijangka sekali lagi akan mendapat laluan mudah dan beroleh 3 mata pada malam ini.

Tunisia pula menganggap perlawanan ini cukup penting. Tiga mata menjadi buruan mereka. Namun ia agak mustahil. Paling tidak pun mereka berharap untuk tidak dimalukan Belgium dengan tewas dalam jumlah gol yang besar.

Belgium dan Tunisia pernah bertemu sebanyak 3 kali sebelum ini. Belgium menang 1 kali, Tunisia juga menang 1 kali dan seri 1 perlawanan. Aksi kedua pasukan dijangka berat sebelah dan tidak kompetitif dek kerana Belgium kelihatan terlalu ampuh jika hendak dibandingkan dengan Tunisia.

Selepas ditenung secara mendalam, aku merasakan Belgium akan menewaskan Tunisia dengan skor 3 - 0. Belgium 3 - 0 Tunisia.

Son dan Chicharito

Korea Selatan Melawan Mexico
11.00 PM (MYT)

"Bangkitlah Son!"

Seperti Messi dan Ronaldo, Son Heung Min juga memikul amanah seluruh umat Korea Selatan dalam Piala Dunia ini. Beliau mengakui kegagalan Korea Selatan dalam perlawanan pertama adalah berpunca daripadanya. Steady dan berani. Mampukah Son mengubah nasib Korea dalam perlawanan kedua ini?

Mexico pula pada ketika ini berada dalam prestasi terbaik mereka selepas berjaya menewaskan Jerman dengan penuh bergaya. Sekiranya barisan serangan pasukan Mexico yang diketuai oleh Chicharito tidak mensia-siakan peluang di hadapan gol, pasukan El Tricolor ini akan muncul pemenang dan pemungut 3 mata dalam pertembungan yang dijangka sengit ini.

Rumusannya aku berpendapat yang pasukan Korea Selatan akan cuba membawa perlawanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Namun perjuangan mereka akan ditamatkan oleh Mexico dengan 2 gol tanpa balas. Korea Selatan 0 - 2 Mexico.

Toni Kroos dan Emil Frosberg
Jerman Melawan Sweden.
2.00 AM (MYT)

Khedira yang bermain bola serupa berok semasa bertemu Mexico masih sempat mentertawakan netizen yang berseloroh tentang penempahan tiket kapal terbang awal Jerman selepas mereka tewas kepada Mexico tempohari. Manakala bekas lagenda Jerman, Miroslav Klose pula mengatakan tekanan hanya akan membuatkan pasukan Jerman menjadi semakin kuat. Heh! Takpe..kita tunggu dan nengok sahaja apa akan jadi kepada mereka apabila bertemu Sweden nanti.

Sweden pula sudah pasti akan berusaha untuk mengambil kesempatan ke atas kerapuhan barisan pertahanan Jerman. Mereka akan turun tanpa tekanan dan ini merupakan kelebihan awal buat anak buah Janne Anderson.

Emil Forsberg (RB Leipzig), Ludwig Augustinsson (Werder Bremen), Albin Ekdal (Hamburger SV), dan Marcus Berg (bekas pemain Hamburger SV) pastinya akan menggunakan pengalaman mereka beraksi di Liga Jerman untuk menyaingi barisan pemain terkemuka pasukan Jerman.

Berdasarkan persembahan semasa, aku memilih Sweden untuk menang dalam perlawanan ini dan seterunya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. Pesta gol akan berlaku. Jerman 2 - 3 Sweden.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...