Tuesday, June 12, 2018

Russia Melawan Arab Saudi



Russia Melawan Arab Saudi

Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu adalah pada Oktober 1993. Arab Saudi menang ketika itu dengan skor 4-2. Setelah sekian lama mereka 'dijodohkan' kembali dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018. Aaaaaah...tentu sekali!


Sebagai rekod, Russia tidak berjaya mencatatkan sebarang kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka menjelang Piala Dunia ini. Begitu juga dengan aksi mereka di peringkat Piala Dunia. Russia gagal menang dalam 5 perlawanan (2 seri, 3 kalah). Sekali imbas Russia bagaikan sebuah pasukan tuan rumah Piala Dunia yang sangat lemah. Tidak tahulah apa perancangan Stanislav Cherchesov yang memikul tanggungjawab seluruh umat Russia.


Sementara itu Arab Saudi pula akan tampil dalam kejohanan Piala Dunia mereka yang ke-5, kali pertama sejak 2006. Berdasarkan sentimen Asia Untuk Orang Asia, kita terpaksa menyatakan sokongan penuh kepada pasukan Asia yang lain sekiranya pasukan kita sudah kelaut. Tetapi serba salah jugak aku nak sokong Arab Saudi ni. Ini kerana mereka tidak menang dalam 10 perlawanan terakhir di Piala Dunia, 8 daripadanya tewas. Adeeeeh.

Asbab ini ramai yang mengatakan perlawanan pembukaan ini mungkin akan membosankan dan tidak menarik. Dan ada antara mereka lebih redha menantikan rancangan Sampaikan Salam Aidilfitri di Tivi 3.

Ramalan: Mampukah Arab Saudi mengekang tekanan beraksi di hadapan penyokong Russia? Sekaligus memenangi perlawanan Piala Dunia mereka yang pertama sejak kali terakhir menumpaskan Belgium 1-0 di pada Piala Dunia 1994? Russia ada kelebihan beraksi sebagai tuan rumah dan mungkin faktor ini akan menyelamatkan mereka. Aku merasakan 3 mata untuk Russia. . Russia 2 - Arab Saudi 0.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...