Friday, January 20, 2012

Khas Preview: Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) 2012


Salam Satu Malaysia..hahaha..Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) Edisi 2012 akan dilangsungkan buat pertama kalinya dalam sejarah. Tema Putsol dipilih pada kali ini kerana mengambil kira keadaan peserta yang sibuk dengan komitmen masing-masing. Mungkin pada masa hadapan akan difikirkan aktiviti yang lain. Perlawanan putsol suka-suki akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 Februari 2012
Masa: 9.00 - 11.00 p.m
Tempat: Centremart, Setapak.
Acara:Putsol (takan galah panjang pulok)

Dibawah ini antara peserta-peserta yang setuju untuk membuat penampilan khas setelah berkurun lama  bertapa di kawasan masing-masing. Setakat ini masih ade lagi beberapa orang ahli yang belum dapat 'mengkompenkan diri. Sedikit info akan disediakan untuk tatapan anda semua..TAKBIIIRR!!!

Ujang
Ujang merupakan antara pemain penting era lewat 90-an bagi pasukan Peladang Tangkak. Juga anggota penting skuad Sastera pada musim 2000/2001. Aksi lincahnya dahulu sangat dahsyat sehinggakan beliau pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan 2000 bagi bulan April, Jun dan September. Penampilan beliau kali ini amat-amat dinantikan oleh peminat beliau yang sudah lama menrindukan jeritannya di tengah padang. Gambar di bawah ini bersama Taring yang hampir-hampir tidak nampak lehernya akibat terlalu gembira bertemu Ujang.

Taring(kemeja) tersenyum manis di sebelah Ujang (baju itam)



Amir
Beliau merupakan pemain misteri bagi pasukan sastera pada satu ketika dahulu. Aksi yo-yo beliau menyebabkannya hampir menggantung but pada usia yang muda.Namun kini beliau bangkit dan menjadi seorang penyokong Liverpool yang amatlah mengerikan hati saya..hihihi...adekah beliau benar-benar sudah berubah?Tunggu sahaja aksinya nanti..
Senyuman penuh dgn muslihat...

Posing ala-ala jutawan..takutnyer
Anep
Kini beliau antara usahawan yang berjaya dan hampir-hampir melupakan rakan-rakannya di Tangkak seperti Azimin dan Anuar.Dahulu beliau merupakan penyerang terbilang bagi pasukan peladang bersama-sama Ujang. Memimpin pasukan Sains bersama-sama pemain lain seperti Arep dan Omar dalam menghadapi Pasukan Sastera sepanjang musim 2000/2001.Kehebatannya membolehkan beliau menerima Anugerah Bunga Emas bagi peringkat Hostel Aspuri. Mampukah beliau 'membungakan' kembali jiwa-jiwa rakyat jelata??

 Apoi
Gambar diatas adalah keitka Apoi mahu pergi ujibakat Lebai Muda Astro Super Sport. Namun beliau terkandas di pusingan U-turn. Dahulu beliau antara ahli skuad Pasukan Taman yang seringkali bertemu Pasukan Peladang di peringkat akhir petang-petang jam 5.00 p.m. Beliau berhijrah ke Melaka pada tahun 2000 dan selepas itu hanya sekali sekala tampil utk Pasukan Sains. Namun beliau kembali menjadi pemain penting Pasukan Tangkak bagi menghadapi Padang Lalang pada musim 2002/2003. Idolanya adalah KALUNGA.

Milo
Namanaya sahaja sudah menggerunkan. Lihatlah gambar beliau dibawah ini..menakutkan..beliau ini boleh dikatakan pemain yang tenggelam timbul. Ketika rakan-rakan sastera yang lain bertungkus lumus 'cuba' menewaskan Pasukan Sains, kelibat beliau seringkali tak kelihatan. Sangat misteri..Kini beliau ingin melakukan perubahan dengan mempunyai sepasang lutut yang kuat!!!
Syam
Seorang penjaga gol yang tidak malu untuk meletakkan dirinya di atas tanah yang keras. Pakar dalam menyediakan tiang yang mempunyai simetri yang sangat tepat. Peristiwa dikejar hanjeng membuktikan beliau memang seorang yang sangat berani beradu tenaga sehinggakan hanjeng pun diajaknya berlumba lari. Kini aktif dalam sukan larian akibat kesan dari dikejar hanjeng.


Begitulah serba sedikit info tentang pemain-pemain yang setakat ni kompem menghadirkan diri pada majlis Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) 2012. Mungkin ade antara ahli-ahli Pailang Tangkak lain yang tak dapat saya kupaskan profil mereka disini. Harap maaf bebanyak..di harap edisi 2012 ini adalah permulaan kepada RSR yang lain-lain.Terima Kasih kepada semua yang merialisasikan edisi pertama RSR 2012 ini. Jumpa anda semua 28 Februari ini.TAKBIIIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. tuan empunya blog mana??

    ReplyDelete
  2. tuan punya blog minta hafizal hamat review dalam siaran langsung terus dari centermart setapak 28 hb ni...live on tv 100 saluran pembentungan anda!

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...