Tuesday, May 21, 2013

Bukan Cerita Bola: Pasar Malam UIA Satu Fenomena Menjana Pemikiran Menjadi Lebih Kreatif dan Puitis.

Malam ini, bulan kelihatan tersipu-sipu malu. Seakan-akan segan untuk menonjolkan dirinya. Bulan pun, cahayanya tetap setia menyinari di segenap alam ini. Jam dikomputer menunjukkan 11:16 minit malam, menandakan malam semakin hampir kepada puncaknya sebelum pagi menjengah. Aku jadi bosan memikirkan musim bola sepak Eropah yang sudah tamat. Yang ada pun selepas ini adalah Piala Konfederasi. Tiba-tiba aku teringat pada Pasar Malam UIA. Entah kenapa UIA kelim ini pasar malam diorang pun aku kurang periksa.
 
Sebenarnya aku memang tidak suka pergi pasar malam UIA ni sebab aku teringat akan satu Hadis dimana mafhumnya, Rasulullah melarang umatnya untuk pergi ke pasar dengan tujuan untuk bersiar-siar dan membuang masa kerana di situ terdapat begitu banyak Syaitan berkeliaran. Jadi, jika aku betol-betol lapar barulah aku keluar mencari makanan. Jika tidak aku akan duduk sahaja di dalam bilik menelaah dan membaca buku serta membuat latih tubi yang diberikan oleh cikgu-cikgu BMI. Ya, aku seorang yang rajin. Ada masalah?
 
Ada jugak yang menggelar hari pasar malam UIA ini sebagai hari keluarga. Sebab masa inilah depa nak kuaq dating dengan marka masing-masing. Aku? Masih lagi di dalam bilik menelaah pelajaran. Bagi yang tiada pacaran pula, mereka gemar keluar secara berkumpulan. Kalau sekumpulan budak-budak lelaki ni dari jauh kita nampak macam perhimpunan haram anjuran sebuah parti pembangkang yang tewas pada PRU 13 baru-baru ini. Mana tidaknya, sekali keuar macam askar berkawad 2-3 batalion. Padahal nak beli sebekas dadih dan keropok lekor RM2. Kita biarkan budak-budak lelaki ini dengan dadih dan cinta mereka yang sering tak kesampaian tu.
 
Bagi pelajar perempuan pula masa inilah masanya mereka akan memperagakan skil catwalk dan andaman mereka yang kadangkala mengalahkan  model-model hijabista fashionista yang berlambak di pasaran. Ketika inilah sekumpulan budak lelaki yang aku mention kat atas tu akan mula memainkan peranan mereka. Tetapi biasanya tiada hasil yang mereka dapat. Kemungkinan hanya caci maki yang sudi dihadiahkan kepada mereka dari budak-budak perempuan tu. Aku? Masih tekun membuat latih-tubi di dalam bilik studi. 
 
Aku terjaga dari lamunan pasar malam UIA. Sebelum aku hanyut lebih jauh dengan kemunculan figura gadis-gadis arab dari UIA, adalah lebih baiknya aku bangun dan bangkit dari tilam yang empuk ini. Selepas musim bola sepak tamat nanti, putaran tidur kita pasti terganggu kerana sering berjaga malam menonton perlawanan bola sepak. Lebih molek kita gantikan ia dengan tahajjud. Maklumlah Ramadhan pun akan menjelma tidak lama lagi. Selamat Bulan Rajab!!!

2 comments:

Silakan Laser Saye...