Puas dapat menyanyikan Lagu Negaraku tanpa gangguan Indon
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Akhirnya kita berjaya juga melaksanakan misi mempertahankan pingat emas sukan sea.Saya mengaku terpaksa menelan semula kata2 pada awalnya M'sia susah utk mempertahankan pingat emas ini.Terbukti kini Malaysia adalah Gergasi Asia Tenggara yg baru.Masih tidak percaya namun inilah hakikatnya. 2 kejuaraan sukan sea (2009/2011) dan AFF Suzuki Cup membuktikan kita telah menguasai rantau ini. Ape yg penting kita perlu mengekalkan momentum dan sentiasa melahirkan pemain pelapis demi kemajuan bolasepak Malaysia.
'Back 5' Malaysia sememangnya telah menunjukan persembahan terbaik sepanjang kejohanan ini. Pujian terkini wajar diberi pada Zubir Azmi yg beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir semalam. Keserasian Apek, Fadli, Muslim dan Mahali semakin baik.OKS pula berani membuat percaturan dgn meletakan Asrarudin bermain sebagai left winger kerana ketiadaan Fandi.Ini antara perubahan taktikal yg berjaya memerangkap Indon apabila kita lihat Asrar mempunyai beberapa peluang sehinggalah berjaya menjaringkan gol. Kredit pada semua pertahanan Malaysia termasuk Fandi Othman jua yg memberi suntikan setelah masuk pada hujung2 perlawanan.
Cubaan terakhir Indon utk menafikan Emas Malaysia
Salah satu kelemahan utama pasukan M'sia adalah di bahagian serangan. Ramai yg menyalahkan pemain secara individu. Namun, kita harus ingat, pasukan OKS ni amat berbeza dgn pasukan Rajagopal. Jika Raja terlalu bergantung pada Safee Sali untuk menjaringkan gol, pasukan OKS pula mempunyai ramai pemain yg bole menjaringkan gol pada saat2 yg amat diperlukan. Aku dah ikuti team ni dari perlawanan bertemu Pakistan dan Lubnan. Ketika itu, Wan Zack dan Irfan Fazail adalah penjaring utama kita. Di Slovakia pula nama2 seperti Wan Kecik dan Shukor Jusoh mula kedengaran. Sepanjang sukan sea pula M'sia tak bergantung pada satu2 pemain untuk menjaringkan gol. Hasilnya Syahrul Azwari/Izaaq Faris/Fakri/Badrol/Asrar muncul antara penjaring gol sepanjang Sukan Sea ini.
Ape yg menarik kita dapat melihat kemunculan Nazmi Faiz. Pemain muda yg menunjukan aksi matang. Tidak mustahil beliau satu hari nanti akan menjadi pemain utama dlam Skuad Senior. Buat pemain M'sia semua jgn terlalu asyik dilambung pujian. Tahun depan misi mepertahankan AFF Suzuki Cup pula. Mungkin separuh dari pasukan OKS ini akan mengisi tempat dalam Skuad Raja tahun depan. Selepas ini kita cuba pula untuk pergi lebih jauh terutamanya di rantau Asia. Masih bnyak lagi yg perlu diperbaiki. Kemahiran teknikal pemain sangat perlu ditingkatkan.
Dulu saye pernah menulis: http://hadriegas.blogspot.com/2011/11/ong-kim-swee-ade-peluang-emas.html
"Andai semua bejalan lancar, pastinya skuad OKS mampu memberikan kegembiraan kpada kita. Ramalan saye mungkin amat menyedihkan peminat2 bola Malaysia. Mungkin kita hanya setakat di peringkat kumpulan sahaja. Sekiranya layak ke separuh akhir, maka emas milik kita. Amiiiiiiiiiiiin.................."
Sekalung tahniah sekali lagi kepada OKS dan pasukan serta seluruh rakyat M'sia yg terus berdoa. Penatla saya bersorak semalam..esok mau pegi Bukit Jalil pula lawan Syria..jom reramai..hehe..TAKBIIIIIIIIIIIIIR....
Detik Gemilang
terbaik bro!!!
ReplyDelete