Tuesday, November 29, 2011

My Team 2011

4-5-1

Yob!Inilah barisan pilihan saye dan ahli panel yg lain (Shebby Song dan Hasbolah Awing) bagi menutup tirai musim 2011.

Khairul Fahmi
  • Musim 2011 penuh cabaran buat Apek. Skandal dan citer luar padang selari dgn aksi mantap beliau diatas padang. Apek dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti sosial beliau sekiranya ingin berjaya dlam bolasepak dan dingati jasanya 10 tahun lagi.Masih lagi yg terbaik di negara ketika ini.
Marzuki Yusof
  • Pertahanan tua dan matang ini adalah tulang belakang pasukan T'ganu musim ini yg meraih gelaran Piala F.A dan Naib Juara Liaga Super serta Piala Malaysia. Antara pemain terbaik era Alan Haris yg masih mampu beraksi pada tahap tertinggi. 
Fadli Shas
  • Aksi konsisten ketika mewakili Harimau Muda di Jelajah Slovakia musim ini membolehkan beliau menerima tawaran utk beraksi dgn kelab Vion. Bermain sangat baik ketika berganding dgn Muslim. Namun kecermelangan beliau masih belum mampu utk melayakkan Malaysia ke Olimpik Lodon 2012.
Dausu Jamaludin
  • Bekas anggota skuad Sathianathan ketika Pesta Bola Merdeka 2007 ini bermain secara konsisten bersama Kelantan musim ini. Corak permainan lasak dan tak pernah mengalah antara ramuan dalam permainan beliau. Antara memori pahit beliau musim ini adalah jaringan sendiri di Final Piala FA menentang T'ganu.
Asrarudin Putra
  • Boleh dikatakan 'Hamba Abdi' yg cemerlang. Bermain sebagai Bek Kiri dan Tengah untuk Selangor musim ini. Sebelum digunakan oleh OKS sebagai Sayap Kiri ketika pertemuan Akhir Sukan Sea di Bung Karno.
Nazmi Faiz
  • Macam2 gelaran diberikan pada anak muda berusia 17 tahun. Antaranya Kaka, Justin Bieber dan juga Azizol Abu Haniffah in The Making. Aksi memukau dia dlam hanya tempoh sebulan membuatkan kami tak teragak2 menyenaraikannya My Team 2011 ini.
Safiq Rahim

  • Musim 2011 merupakan antara yg terbaik pernah beliau lalui. Namun, mengalami penurunan prestasi seketika sehingga beliau dilupakan K.Devan dan K.Rajagopal. Safiq akhirnya mernyerlahkan prestasi sebenar beliau di akhir2 musim termasuklah jaringan freekick menarik ketika bertemu Perak pada Suku Akhir Piala Malaysia.
Ashaari Samsudin

  • Secara peribadi dia adalah pemain kegemaran aku. Dia membuktikan aku benar dan Rajagopal silap. Berjaya membawa T’ganu menjadi Naib Juara Piala Malaysia dgn jaringan2 cantik sepanjang kempem musim ini.
S.Kunalan

  • Mempunyai 3 pasang paru-paru merupakan kelebihan beliau. Tidak menjadi penjaring tetap utk Negeri Sembilan. Tapi menjadi anggota tetap untuk pasukan ini sepanjang musim. Jaringan menarik di Final Piala Malaysia seterusnya membantu Negeri Sembilan menjadi juara antara kenangan manis yg takkan beliau lupakan.
Manaf Mamat

  • Beliau merupakan anggota pasukan Rajagopal yang memenangi pingat emas sukan sea 2009. Cemerlang ketika Piala Malaysia berjaya menenggelamkan nama Hadi Yahya. Dipanggil semula oleh Rajagopal utk perlawanan bertemu India, namun terpaksa menolaknya atas alasan keluarga. Diharap tahun depan kita dapat melihat aksi beliau mewarnai Liga Malaysia.
Norshahrul Idlan
  • Cemerlang bersama Kelantan musim ini mengulangi kejayaan beliau musim 2010 sebelum itu. Sebagai seorang penyerang yg berada pada kelasnya tersendiri, membuatkan beliau berbeza dari penyerang yg lain. Cuma diharapkan beliau lebih berani mencuba nasib di Liga luar dari Malaysia


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...