Sunday, November 27, 2011

Pindah sana Pindah sini


Azrul pernah diharap sebagai pengganti
Azizul Abu Hanifah

Bolasepak sentiasa bergerak.Kalau dulu amat kurang kita nak mendengar orang berkata tentang perpindahan melibatkan pemain Malaysia. Pernah aku ingat dulu, seorang pemain bernama Azrul Amri Burhan yg pernah mewakili Kuala Lumpur dan juga Perak. Apa yg menarik ttg player ini ialah beliau hampir memecahkan rekod perpindahan pemain malaysia..kiranya boleh dianggap sebagai permindahan saga la jugak. pernah mendapat tawaran RM 1 Juta daripada kelab FC Montpellier namun permindahan itu tidak berjaya disaat2 akhir kerana mengalami kecederaan teruk di kejohanan Toulon Tournament di France pada tahun 1995. ketika itu beliau bersama pasukan malaysia sedang bermain dibawah kendalian Claude Le Roy menentang England. Yg lebih tragis kecederaan itu berpunca dari bentesan oleh Gary Neville dan juga David Beckham.

Bobby Pian dan kisah RM2.50
Selain tu, ade jugak kisah Azman Adnan sewaktu bermain utk Kuala Lumpur. KL, dalam usaha mereka untuk memastikan ayam tambatan mereka tidak terlepas, mereka tidak teragak-agak untuk meletakkan harga RM1 juta kepada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmat Azman. Namun hasil perbincangan lanjut ketika itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tan Sri Elyas Omar bersetuju melepaskan Azman ke Selangor dengan yuran perpindahan dalam lingkungan RM250,000 - RM300,000, satu jumlah yang kekal tertinggi di kalangan pemain tempatan sehingga ke hari ini.


Kini ia berulang kembali dgn ramai yg mula bercerita ttg perpindahan pemain dalam Liga Mlaysia. Ini merupakan perkembangan positif. Namun diharap pemain2 dan 'orang2' bolasepak di Msia jganlah syok sendiri. Cuba tingkatkan prestasi bagi memancing pasukan2 luar Msia utk menggunakan khdmat pemain kita. Safee Sali sudah ke Indon, tapi ade lagi usaha yg lain? .......................................


Kontrak dan Beraksi
  • Akmal Rizal berhijrah ke kelab Perancis, Strasbourg pada 1999 ketika berusia 19 tahun bersama Juzaili Samion.
  • Akmal Rizal beraksi untuk RC Strasbourg (1999-2000) dan pinjaman ke FCSR Haguenau (2000-2001).
  • Fadzli Shaari dan Rudie Ramli kontrak 5 bulan dgn kelab SV Wehen, Jerman. (2000).
  • Sebelum itu Rudie dihantar berlatih selama sebulan ke Bayern Munich ketika berusia 17 tahun pada 1999 dan setahun kemudian, dia beraksi sepenuhnya selama semusim bersama satu lagi kelab Jerman, SV Wehen.

Trial @ Percubaan
  • Syamsuri Mustafa, AFC Bournemouth, Eintranch Frankfurt.
  • Nasril Nourdin, Blackburn.
  • Lim Chan Yew, Bournemouth.
  • Syed Adney, Darlington FC ,Bournemouth & Middlesbrough FC.
  • Khalid Jamlus ,Eintranch Frankfurt.
  • Akmal Rizal, Eintranch Frankfurt.
  • Bunyamin, Chelsea.
  • Badrol Bakhtiar, Chelsea.
  • Asraruddin Putra Omar, PSV Eindhoven.
  • Khairul Fahmi Che Mat,PSV Eindhoven.
  • Safee Sali, Cardiff City.
  • Safiq Rahim, Cardiff City.

2 comments:

  1. azrul amri burhan mmg power gle time main dgn perak ..
    azman adnan mmg idola tempatanku smpai sekarang ..
    rusdi suparman pn idola gak ..hehe ..

    ReplyDelete
  2. pemain import termahal tak de cite bro? hehe..last paraghraph..tumbok rusok!!!

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...