Thursday, November 24, 2011

Norazlan Razali & Jeevanathan

Jeevanathan akan menyarung jersi Selangor musim 2012
Ini antara muka2 baru bagi pasukan Selangor Musim depan. Jeevanathan pemain berusia 31 tahun yg berasal dari Johor adalah bekas pemain USM musim lepas. Pada mulanya sebagai pemain pinjaman utk kempem Piala Malaysia Selangor. Aksi meyakinkan beliau ketika beraksi adalah lebih baik dibandingkan dgn 2 penjaga gol yg digugurkan musim ini iaitu Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar. Beliau hampir sahaja melengkapkan 'mimpi indah' Selangor yang hanya selangkah sahaja untuk ke Final sebelum dikecewakan Terengganu. Namun aksi beliau yang 'ye tak ye' itu sudah cukup utk menerima panggilan skuad kebangsaan dan kontrak tetap untuk musim 2012 bersama Selangor. Diharap Jeeva dpat meningkat permainan utk musim akan datang.

Aksi Norazlan musim lepas bersama Kuala Lumpur
Anak jati Johor ini berasal dari Tangkak. Dia merupakan penjaga gol Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat dimana tempat aku belajar dahulu. Beliau yg kini berusia 26 tahun adalah bekas pemain Johor sebelum berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur. Aksi mantap beliau bersama KL hampir sahaja menggagalkan Selangor untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini. Dia bakal bersaing dgn Jeeva untuk slot penjaga gol utama Selangor. Saksikan video di bawah ini aksi2 Norazlan ketika mewakili Kuala Lumpur.


Norazlan Razali a.k.a Alan

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...