Sunday, November 27, 2011

Selamat Tinggal London 2012


"Jika tak mampu menyokong ketika kalah, Jangan bersorak ketika menang"

Tiada tangisan kesedihan akibat kekalahan dgn Bahrain. Setelah kalah dgn Syria memang aku tak beharap sangat M'sia akan bangkit semula bertemu Bahrain. M'sia bermula mantap dan mendahului permainan dengan 2-0. Ia seperti sayur bayam buat pemain M'sia apabila Bahrain bermain dengan 10 orang sahaja. Tapi, pemain terbaik pada malam ini Afizie Faizal terpaksa dikeluarkan akibat terjahan itu. Sebelum itu Wan Zack dibawa keluar juga akibat kecederaan lama yg berulang. Kemudian satu lagi wira Nazmi Faiz pula cedera. Apa yg saya dapat rumuskan pemain Bahrain amat keras dan kuat fizikal mereka. Hasilnya OKS terpaksa memasukan pemain simpanan 'Kelas Ketiga' ke dalam pasukan.


Ferris Danial dan Shukor Jusoh sememangnya tidak merasai tekanan hebat di Bung Karno. Mereka kelihatan tak mampu menanggung beban mendahului 2-0. Irfan Fazail yg belum pulih kecederaannya pula terpaksa bermain dlam keadaan terhincut2. Syahrul Azwari masih lagi nampak tidak selesa setelah berehat akibat kecederaan di Sukan Sea. Akibatnya Midfield kita menjadi lemah dan hilang bola dgn amat mudah sehingga mendedahkan pertahanan dalam keadaan bahaya. Dahla jarang2 kena serang, sekali kena 'henjut' dgn Bahrain, tanjat boboi tau...


 
Dan akhirnya Msia tewas. Tamatlah satu lagi misi ke Olimpik kita. Maka Nazmi pun dapat mengambil SPM tahun depan dgn tenang. Tapi dimanakah paper SPM itu akan diambil????Munich?Ajax? Kepada semua peminat bolasepak tak kiralah anda mula sokong pasukan ni Isnin lepas atau sejak merdeka. Marilah kita sama2 berdoa agar ade kemajuan dlam bolasepak kita. Dah sampai masanya kita meninggalkan Asia Tenggara dan pergi meredah benua Asia. Aku takan marah kalau kita telepas juara AFF dan Sukan Sea sekiranya kita berjaya tapau Arab Saudi dan Korea Utara dalam Piala Asia.

Kepada Soltan Bola...ermmmmmmmmmmssss...TAKBIIIIIIIIIIIIIRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...