Buat kali ketiga Piala Super Itali berlangsung di negara China dengan Stadium Nasional Beijing menjadi pilihan. Perlawanan kali ini diselubungi dengan isu skandal rasuah bolasepak Itali yang kembali menghantui minda peminat bolasepak sejagat. Kesan daripada skandal ini, jurulatih Juventus telah digantun 10 bulan. Namun pemain Juventus menerimanya dengan redha dan hati terbuka.
Juventus bertemu Napoli dalam keadaan bumi Beijing dilimpahi hujan lebat. Tetapi ia tidak menghalang setiap pemain mempamerkan aksi-aksi menarik mereka. Juventus mempertaruhkan barisan pertahanan mantap yang diketuai oleh Buffon, Lucio, Bonucci dan Berzagli. Manakala Napoli masih yakin dengan barisan serangan tajam mereka sejak dari musim lepas lagi dengan sandaran kekal diberikan kepada Hamsik, Cavani dan Pandev.
Napoli dengan cemerlang mendahului perlawanan pada minit ke 27' hasil daripada jaringan Cavani yang cantik melepasi perangkap offside pasukan Juventus sebelum dengan cemerlang menewaskan Buffon ketika hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol berpengalaman tersebut. Ternyata penyerang yang menjadi sasaran Chelsea ini sangat berbisa apabila berada di hadapan gol.
Tersentak dengan jaringan itu, Juvetus mula mengatur serangan dengan lebih tersusun lagi. Hasilnya Kwadwo Asamoah berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 37'. Asamoah telah melakukan voli cantik selepas menerima hantaran dari Arturo Vidal. Tetapi percayakah anda Napoli adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan? Sekali lagi Napoli dihadapan pada minit ke 41' dengan Goran Pandev menjadi penjaring selepas kesilapan Bonuccin ketika hentak mengeluarkan bola dari kawasan gol Juventus. Tamat separauh masa pertama dengan Juventus 1- Napoli 2.
Separuh masa kedua Juventus pantas membuat pertukaran dengan memasukan Vucinic menggantikan Matri yang kelihatan gagal mempamerkan aksi terbaiknya. Hasilnya Vucinic nyaris-nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke 47' apabila cubaannya terkena tiang. Vucinic sekali lagi mempunyai peluang gol pada minit ke 57' namun aksi cemerlang De Sanctis menafikan Juventus untuk mendapatkan gol penyamaan.
Hujan semakin lebat dan Juventus semakin terdesak untuk menyamakan kedudukan. Sekurang-kurangnya kejayaan Juventus ini akan dapat mengubati kesedihan skandal rasuah yang melanda mereka. Usaha kental Vucinic yang tidak mengenal erti jemu akhirnya berhasil apabila berjaya menghadiahkan sepakan penalti selepas dikasari Fernandez di dalam kotak penalti. Vidal telah diberi kepercayaan untuk menyempurnakan penalti tersebut. Pada minit ke 70' kedudkan menjadi Juventus 2 - Napoli 2. Perlawanan semakin sengit dan mendebarkan.
Keganasan juga berlaku seiring dengan kerancakkan perlawanan. Kesannya Goran Pandev dilayangkan kad merah pada minit ke 85'. Manakala Zuniga pula dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke 90'. Jurulatih Napoli Walter Mazzarri juga turut diarahkan keluar padang selepas membantah keputusan pengadil tersebut. Perlawanan 90' minit tamat dan teruskan dengan masa tambahan. Napoli mula bermain dengan 9 orang dan ini sebanyak mengganggu rentak mereka.
Ternyata Juventus berjaya mengambil kesempatan dari kekurangan Napoli ini apabila mereka buat pertama kalinya mendahului dalam perlawanan ini selepas sepakan percuma Pirlo ditanduk sendiri oleh Christian Maggio pada minit ke 97'. Napoli semakin lumpuh apabila Vucinic akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-4 pada minit ke 100. Jelas taktik Napoli yang terlalu awal mengeluarkan Hamsik dan Cannavaro memakan diri mereka sendiri.
Akhirnya hujan lebat di bumi Beijing menjadi saksi kejayaan Juventus menjulang Piala Super Itali edisi 2012/2013. Mereka telah menunjukkan bagaimana cara terbaik untuk memenangi perlawanan walaupun sudah ketinggalan pada awalnya. Juventus 4 - Napoli 2. Tahniah buat Juventus!!!
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...