Monday, August 27, 2012

RVP, PSG dan Kegatalan Shabinee



Selamat Hari Raya Mahap Zahir dan Batin. Setelah penat seminggu mentekedarah kari, kambing, lemang, ketupat, semperit ,batang buruk..akhirnya kawe kembali dengan 'mood' segar bugar bagaikan baru kembali dari tanah suci Mekah gamaknya..Amiiin..Insya'allah..Raya tahun ini sedikit haru-biru dengan musim bolasepak Eropah dan Piala Malaysia yang muncul tepat pada waktu genting ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mahu membuat pengumuman keramat tersebut.

Eid Mubarak - Samir Nasri 

Sedang kita asyik menganyam ketupat palas dan ketupat pulut, Samir Nasri pula sibuk berjuang demi kejayaan kelab Manchester City yang terkial-kial mahu menewaskan Southampton - kelab yang baru naik Divisyen ke Liga Perdana Inggeris dalam aksi pertama mereka minggu lalu. Bila sebut pasal hari raya dan EPL, kita pastinya takan lupa dengan pengorbanan beberapa pemain bolasepak yang turut beraksi ketika menjelangnya Aidilfitiri. Antaranya Cisse dan Ba, Yaya dan Kolo Toure, Ben Arfa dan   Ali Al Habsi. Namun yang paling kita semua sayangi semestinya Abang Robin Van Persie. WOW!!!

RVP - Raya Sakan tahun ini. 

Gol Pertama bertaraf dunia!!!
RVP semestinya manusia yang gembira musim ini dengan memulakan aksi EPL menjelang Aidilfitri bersama kelab terulung Manchester United setelah meninggalkan sekumpulan kanak-kanak di Emirates Stadium (tak perlu keluar duit raya tahun ini). Mungkin penampilan pertama selama 20' minit ketika tewas kepada Everton tidak patut dijadikan ukuran prestasi bagi baki 9 bulan yang akan datang. Ini tidak adil!!


Tersentak dengan kekalahan kepada Everton. Man United tampil garang dengan meletakkan RVP dalam kesebelasan utama dengan meninggalkan Rooney, Wellback dan Chicharito termanggu-manggu di bangku simpanan tanpa ada idea untuk mengemaskini akaun twitter mahupun facebook mereka. RVP seperti dijangka membuka lembaran Aidilfitri dengan gol yang menarik sekaligus menutup molot anak-anak muda penyokong Arsenal yang memandang enteng kebolehan pemain yang menghampiri waktu senja ini.


Penganalisis hebat pernah berkata "Lebih baik kalah dengan Everton 1-0 daripada kalah 3-0 ataupun seri dengan pasukan baru naik divisyen". Namun saya dengan ANGKUH mengatakan bahawasanya lebih baik menang 3 perlawanan berturut-turut daripada seri 3 perlawanan berturut-turut. Oh Paris Saint Germain....


PSG - Seri kali ketiga adalah bencana menyerupai Tsunami.


Bukan tiket express untuk menuju kejayaan
Kadangkala tidak semua pelaburan gelojoh akan membawa hasil kejayaan yang segera. PSG nampaknya perlu lebih bersabar dan mencontohi kelab kaya gelojoh terdahulu seperti Chelsea dan Mancheter City. PSG telah seri dengan Lorient 2-2, Ajaccio 0-0 dan terkini Bordeaux 0-0. Kini mereka mengumpul 3 mata dan menduduki tangga ke-11 Ligue 1. Perkara seperi ini tidak sepatutnya berlaku di awal musim pembukaan Ligue 1 sekiranya kita mahu membandingan perbelanjaan yang mereka telah lakukan dengan pasukan-pasukan lain.
 

Mengikut kiraan saya, sejak Julai dan Ogos 2012, PSG telah membelanjakan  140 Juta Euro hanya untuk membawa masuk 5 orang pemain (Zlatan, Lavezzi, Moura, Verrati dan Thiago Silva). Dengan 140 Juta ini, kita boleh buat rumah terbuka hari raya di Seri Kembangan selama sebulan gamaknya...Namun Ancelotti semestinya tahu bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Ataupun masalah ini akan mengatasi Ancelotti dan beliau dengan mudahnya akan dipecat. Siapa tahu?


Sharibinee dan Kegatalan



Hari Raya tanpa Sharbinee Allawee ibarat beraya tanpa mercun dan bunga api. Pada perlawanan kedua Piala Malaysia antara pasukan Terengganu dan ATM. Sesuatu yang mengerikan telah menimpa Saudara Sharbinee yang kita semua sayangi...

“Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Amboih...sampai nak berbogel gamaknya. Mengalahkan Petr North dah ni..Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Mengikut laporan doktor yang merawat beliau, kegatalan teruk yang dialaminya itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubatan.  Mungkin beliau terlampau banyak makan udang dan ketam pada Hari Raya yang lepas sehingga terlupa dengan alahan yang dimilikinya itu. Begitulah pentingnya pemantauan makanan dikalangan atlet. Janganlah main sebat ikut sedap nafsu perut jek. Itu Sharbinee yang buka baju. Bayangkan kalau Alex Morgan berbuat demikian..fuuuuuuuuuuh...

Alex Morgan dan pingat emas Olimpik 2012

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...