Friday, August 31, 2012

EP 1: Fokus Bola Eropah 2012.

Piala Super Eropah : Chelsea vs Atletico Madrid : 1/9/2012 2:45 AM MYT


Falcao


Kemantapan Chelsea wajar dicemburui oleh semua pihak. Keangkuhan Chelsea menjadi punca kepada "Musuhnyo Habis Binaso" di pagi rayo. Bertemu Juara Piala Europa iaitu Atletico Madrid akan menyerlahkan karakter sebenar anak buah Di Matteo untuk musim ini. Masalah Torres sudah selesai. Eden Hazard telah datang dan membawa sinar kejayaan buat Chelsea. Sudah pasti rekod 3 kemenagan dalam liga tempatan mahu diteruskan pula di eropah.


Bagi Atletico Madrid, bekas juara Piala Super Eropah 2010 ini, bolasepak Eropah Kelas B memang adalah kepakaran mereka. Jika tidak pakar, masakan boleh menjadi juara Piala Europa 2009/2010 dan 2011/2012. Oleh itu Chelsea perlu ada rasa gentar pada urat kentut dengan prestasi semasa Atletico Madrid yang mana baru-baru ini berjaya mengalahkan A.Bilbao 4-0. Ketajaman penyerang kelahiran Colombia, Falcao memang sudah sedia maklum dan wajar diberi perhatian oleh barisan pertahanan Chelsea.


Walaupun tanpa kehadiran Lelaki Perkauman Makan Isteri Kawan si John Terry, saya yakin almari piala di Stamford Bridge akan menjadi semakin sempit gamaknya.



Liga Perdana Inggeris : Liverpool vs Arsenal : 2/9/2012 8:30 PM MYT



Raheem Sterling


Kehilangan Persie bukanlah penghujung nyawa buat Arsenal. Namun melihat aksi Arsenal dalam 2 perlawanan yang lepas, ternyata skuad Arsene Wenger ini wajar dimasukkan ke ICU dengan kadar segera. Jika tiada perubahan pada barisan hadapan Arsenal, maka Liverpool pastinya akan dapat menewaskan mereka. Dengan spekulasi perpindahan Wallcott yang belum ada penyelesaiannya, ia sedikit sebanyak menggangu persediaan 'kanak-kanak tadika' menjelang pertemuan penting ini.


Manakala Liverpool pula kelihatan begitu bermasalah di bahagian pertahanan mereka. Walaupun barisan serangan mereka boleh dikatakan lebih baik dari Arsenal, namun tiada maknanya jika mereka dengan murah hati melepaskan gol-gol cap ayam kepada pasukan lawan mereka. Tumpukan perhatian pada Raheem Sterling. Anak muda ini berjaya mendapat aksi penuh dalam penampilan pertama ketika menentang Man City. Walaupun agak kabut, tapi kita mahu melihat wajah baru ditampilkan agar pemain-pemain tua tak terlalu selesa.


Skuad bersejarah Liverpool akan membuatkan anak muda Arsenal menangis teresak-esak.

Seria A : Inter vs Roma : 3/9/2012 2:45 AM MYT


Diego Militto


Bolehlah dikatakan Roma ketika ini sedang dalam keadaan tidak selesa. Selepas seri dalam perlawanan pertama mereka mesti mengukir kemenangan sulung dalam aksi yang diramalkan panas membara bagaikan api perjuangan kemerdekaan gamaknya. Erik Lamela menonjol dalam perlawanan pertama. Barisan tengah yang diketuai Rossi pastinya akan menghadirkan resah kepada Inter Milan. Sekiranya Roma mahu menang, si tua kacak Totti perlu diletakkan dalam kesebelasan utama bersama-sama Pablo Oswaldo. 


Diego Militto dalam kemucak prestasinya ketika ini. Kehadiran Cassano juga menjadikan barisan serangan Inter kelihatan amat berpengalaman dalam mencari gol ke atas pasukan yang mereka tentang. Namun selain daripada itu, pasukan Inter adalah sama sahaja seperti musim lepas. Tiada pemain yang benar-benar mampu mendatangkan gerun apabila lawan bertemu mereka. Bisa Sneijder masih ditagih jurulatih Andrea Stramaccioni dalam mencorakkan serangan Inter Milan.


Kedua pasukan mempunyai pertahanan yang mantap. Keputusan seri 2-2 sudah cukup membuatkan penyokong masing-masing tersenyum kelat.


La Liga :  Barcelona vs Valencia : 3/9/2012 3:30 AM MYT





Alba


Tewas pada Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol hanya menjadikan Barcelona lebih bersemangat. Namun ketiadaan pertahanan tengah yang tulen seperti Pique dan Puyol menyerlahkan kelemahan utama Barca. Meletakkan si kecil Macsherano sebagai pengganti Puyol hanya mendedahkan bahaya kepada Valdes yang sememangnya sengal-sengal ayam. Bagi Jordi Alba pula, dia berpeluang mempamerkan aksi cemerlang dihadapan bekas majikannya. 



Setiap musim Valencia pasti akan kehilangan pemain terbaik mereka. Tetapi prestasi mereka tidak pernah jatuh merudum. Dua keputusan seri sebelum ini ketika bertemu Real Madrid dan Deportivo bolehlah dikatakan rezeki di bulan syawal. Jika tewas kepada Barcelona, maka Valencia akan lebih terjerumus ke dasar bawah liga. Masih terlalu awal untuk kita menilai presatasi mereka kerana Valencia pasti akan bangkit apabila mereka sudah mula 'panas badan'.


Musim lepas pertemuan kedua pasukan lebih berpihak kepada Barcelona. Dan itu akan berterusan...

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...