Thursday, August 16, 2012

Kesetiaan Dalam Bolasepak? Dah lama lupus...





Salam Ramadhon dan Syawal yang kian hampir tiba. Hari ini mahu bercerita tentang kesetiaan dalam bolasepak. Bolasepak moden kini amat payah untuk kita jumpa pemain bolasepak yang setia hanya pada satu kelab sahaja. Jikalau ada pun hanyalah beberapa kerat sahaja. Mungkin juga mereka tidak mahu digelar sebagai hanjeng yang setia pada tuannya. Maka mereka memilih untuk meninggalkan pasukan yang telah menaikkan namanya.


Saya mahu mengecilkan fokus kesetiaan pada kelab atau pasukan ini hanya kepada Arsenal F.C. Ini kerana Arsenal begitu sinonim dengan kehilangan tonggak utamanya pasukan lain. Apakah puncanya? Bosankah berkerja di bawah telor Arsene Wenger? Tak bebas bersosial? Tiada Piala? Setiap tahun datang Malaysia macam dah tiada tempat lain mahu pergi? Ermmmm..semuanya bergantung kepada pemain yang mahu berpindah itu sendiri.


Pada 2006, Ashley Cole telah meninggalkan Arsenal untuk beraksi bersama Chelsea yang nyata lebih kaya pada ketika itu. Dengan tawaran gaji yang lumayan, Cole memang tidak dapat menolak slip gaji dari Chelsea. Walaupun sebelum itu Arsenal adalah pasukan yang mantap, namun dek kerana baru sahaja berkahwin dengan Cheryl Tweedy, banyak hutang yang perlu dilunaskan selepas majlis gilang gemilang perkahwinan mereka berdua. Hutang mak andam, katering, dan penanggah sahaja sudah mencecah jutaan pound. Namun perpindahan ini memang langkah yang cerdik. Hasilnya deretan kejayaan yang Cole raikan bersama Chelsea. Manakala Arsenal pula mula mengalami kemarau piala yang mengerikan.


Thierry Henry adalah individu yang sangat berpengaruh ketika menjawat jawatan ketua pasukan di Arsenal. Daripada seorang budak 'pembancuh air' di Juventus, beliau bertukar menjadi pemain bertaraf dunia sehinggakan Azman Adnan pun menggigil lutut apabila mendengar nama Henry. Ya, memang dia seorang ketua pasukan yang hebat. Namun beban yang beliau pikul amatlah besar dan penuh tekanan. Kesudahannya beliau membuat keputusan berpindah ke Barcelona pada June 2007 dengan nilai perpindahan sebanyak 24 Juta Euro. Kehilangan Henry ini menyebabkan hampir 300 juta orang peminat Arsenal bertukar sokongan kepada kelab Barcelona.


Kisah sedih Arsenal berterusan apabila seorang remaja hebat, Fabregas turut mengambil langkah yang sama. Fabregas telah dilantik menjadi ketua pasukan Arsenal pada 2008 bagi menggantikan Gallas yang hanyut dengan rajuknya itu..."Menjadi ketua pasokan Arsenal merupakan impian saya sejak dari dalam perot mak saya lagi..." komen Fabregas pada sidang media perlantikannya sebagai ketua pasukan Arsenal. Seperti biasa, apabila reputasi semakin meningkat, anak muda dari Arsenal mula panas bontot setelah menerima tawaran dari kelab yang lebih hebat. Maka pada 2011, Fabregas telah membuat kejutan yang memang sudah ramai jangka...berpindah ke Barcelona dengan harga 29 Juta Euro. Dikhabarkan 10 orang pelajar Universiti of London cuba membunuh diri selepas menerima berita buruk ini..


Selepas itu Arsenal terus kehilangan pemain yang boleh dikatakan tonggak seperti Kalo Toure Emmanuel Adebayor, Gael Clichy dan Samir Nasri. Semuanya jatuh ke tangan Manchester City. Umum mengetahui sekiranya seseorang pemain itu berpindah ke Man City, ia adalah kerana untuk mencari kemewahan wang dan kejayaan menjulang piala. Tetapu kita juga perlu faham mereka ini semua manusia biasa yang berkerja makan gaji. Barang-barang makin mahal..minyak, rumah, kereta, tol...ermmmm...dekat UK mana ade kedai 1 MALAYSIA...


Dan terbaru!!!!!Si Van Persie pula membuat gerakan maut tahap hanjeng apabila dengan gembira mahu berpindah ke Machester United. Kenapa tidak ke Juventus? Entahlah...berpindah ke kelab musuh tradisi hanya akan mengeruhkan keadaan. Tidak sabar melihat perlawanan Arsenal vs Manchester United. Adakah kita akan dapat lihat adengan baling kerusi stadium? Pijak muka bekas rakan sepasukan? Inilah dia keseronokan bolasepak England. Susah hendak kita buang dari minda masyarakat Malaysia..padahal pasukan lain pun sibuk jual beli pemain..ye tak??

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...